Karangan: Inflasi

View previous topic View next topic Go down

Karangan: Inflasi

Post  kuanchin91 on Fri May 21, 2010 1:41 pm

Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik.

Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkah-langkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi.

1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol.
Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter.
Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun.
Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi.
Hal ini kerana kerajaan akan bankrup.
( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan )
Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol.
Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan.
Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi)
Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja.
(Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh)

2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal.
Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol.
Kenderaan berkurangan di jalan raya.
Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan.
Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran.
Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.
Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam tenaga alternatif.
Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan.

3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan diberi kapada golongan miskin.
Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150. Tol lebuh raya dikurangkan
Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan
Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan.
Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas.
Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan.
Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan peningkatan harga barang keperluan harian serta perkhidmatan yang menyusul, kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan.
Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin.

4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana.
Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam. Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara
Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan petrol.
Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal
Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di perluaskan.
Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan hidroelektik lebih mendesak.

Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak?

Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport?

Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada pengguna?

Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya.
Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir.

OIC, OPEC
Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin Tower.
Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja
Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi
Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup

kuanchin91

Posts: 61
Join date: 2009-05-12
Age: 22

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Re: Karangan: Inflasi

Post  HanXin (U6A/10) on Fri Jul 23, 2010 3:22 pm

Inflasi dapat didefinasikan sebagai satu keadaan di mana kenaikan dlm tingkat harga umum yg berterusan.

Jenis-jenis inflasi
1) Inflasi Tarikan Permintaan- disebabkan oleh kenaikan permintaan agregat dlm pasaran. Apabila permintaan agregat meningkat melebihi drpd tingkat guna tenaga penuh, ekonomi akan menghadapi masalah inflasi ini.

2) Inflasi Tolakan Kos- disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran. Kos pengeluaran semakin meningkat disebabkan oleh kenaikan upah, kenaikan harga input pengeluaran lain (spt bahan), dan kenaikan cukai ke atas barang.

3) Inflasi Import- disebabkan oleh mengimport barang dan input pengeluaran drpd negara yang mengalami inflasi. Misalnya bila negara Jepun mengalami inflasi, Malaysia akan mengalami inflasi juga jika mengimport barang dan input pengeluaran dari negara Jepun.

HanXin (U6A/10)

Posts: 19
Join date: 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum