PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

OPS sikap 17...........

+2
siewMei
wonderfoo_99
6 posters

Go down

OPS sikap 17........... Empty OPS sikap 17...........

Post  wonderfoo_99 Tue Sep 30, 2008 11:13 am

APAKAH CARA YANG BERKESAN MENYELESAIKAN MASALAH KEMALANGAN JALAN RAYA PADA MUSIM PERAYAAN????

pemandu harus:
-berhati-hati
-awas
-perihatian
-bermoral di jalan raya
-merancang masa perjalanan

ADAKAH cara ini berkesan???????????

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  siewMei Tue Sep 30, 2008 6:12 pm

memang cara-cara yang disebut oleh abang wengfoo akan berkesan. Malangnya,adakah pemandu-pemandu mengaplikasikan langkah-langkah tersebut!! Selain itu,menambah kemudahan-kemudahan di perhentian berehat.. sebagai contohnya,pemandu-pemandu lebih gemar berhenti di perhentian yang mempunyai gerai-gerai makan..kebanyakan pemandu tidak akan berehat di perhentian yang hanya mempunyai kemudahan tandas sahaja..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  vinclam1314 Thu Oct 02, 2008 3:31 am

Ya, selain itu, keselamatan di perhentian adalah kurang baik... terdapat banyak kes yang berlaku di perhentian-perhentian ini terutamanya perhentian yang kurang orang pergi.. Selain itu, saya kurang menyokong cara ini.. kerana ini adalah mengenai sikap pemandu.. bagaimanakah pihak berkuasa dapat memastikan sikap manusia ini bersifat positif? selain itu, sikap manusia juga tidak akan berubah dalam masa jangka pendek..
berhati-hati, awas, perihatian, bermoral... Ini semua adalah berfungsi jika anda sampai ke destinasi anda dengan selamat.. Jika anda terlibat dalam mana-mana satu kemalangan, anda adalah dikira tidak berhati-hati, tidak awas, tidak perihatian, dan tidak bermoral.. kan? kerana tidak mengira betapa berhati-hati anda, tidak mengira betapa awas anda telah, tidak mengira betapa perihatian dan bermoral anda, anda tidak dapat tahu bagaimankah sikap pemandu lain-lain.. Sebagai contohnya, jika anda memandu dalam kelajuan yang rendah, seperti 60km/j yang dikatakan selamat, anda juga kemungkinan mengalami kemalangan , kan? pada pandangan saya, pihak berkuasa harus sentiasa bertindak tegas seperti dalam perayaan balik kampung.. jikalau pihak berkuasa sentiasa bertindak sebegini, pemandu-pemandu tidak akan biasa dengan kelajuan yang tinggi dan bersikap negatif ini.. seseorang yang kebiasaan follow the rule tentulah tidak akan sengaja atau tidak sengaja melanggar peraturan lalu lintas, kan? Oleh itu, saya berpendapat bahawa pihak berkuasalah yang merupakan pihak utama yang memancutkan kebiasaan pemandu dengan sikap negatif di jalan raya.. Pihak berkuasalah yang harus mengubahkan sikap mereka supaya semua pengguna jalan raya adalah selamat.. adakah kalian setuju dengan apa yang adik katakan?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  weichian_89 Thu Oct 02, 2008 7:00 am

saya amat setuju dengan pandangan abang toh wai,walaupun terdapat banyak tempat rehat disediakan d lebuh raya,tetapi kemalangan masih berlaku.kadang-kala,berlakunya kemalangan adalah tidak dapat dijangkakan,susahlah kita untuk menggelakkan,tetapi sikap pemandu dapat meminimumkan risiko menghadapi kemalangan.biasanya sikap pemandu yang kerja masa akan menjadikan mereka golongan yang berisiko tinggi dalam menghadapi kemalangan.seperti yang dikatakan abang toh wai,sikap pemandu tidak dapat diubah pada jangka masa pendek,oleh itu,pengetahuan keselamatan jalan raya harus disemaikan sejak kecil semasa di sekolah rendah lagi.dengan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan jalan raya dengan lebih berkesan. Very Happy

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  szejiengoo (U6F) Sat Oct 04, 2008 6:19 pm

Kerajaan telah menunjukkan usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya terutamanya ketika musim perayaan. Sejak kebelakangan ini, iklan-iklan tentang keselamatan jalan raya telah disiarkan dalam televisyen. Ada yang menyiarkan kepentingan memakai tali pinggang belakang dan ada yang mengenai pemakaian topi keledar. Jikalau kita membezakan iklan-iklan ini dengan iklan yang lama, maka kita dapat lihat kemajuan dan usaha kerajaan menitikberatkan keselamatan jalan raya.

Saya berasa cara ini akan dapat mengurangkan berlakunya kemalangan kerana ini berkaitan dengan isu psikologi. Iklan yang disiarkan menunjukkan situasi yang kerap berlaku dan akibatnya yang boleh meragut nyawa. Pemandu mahupun penumpang yang pernah melihat iklan tersebut akan menyedari kepentingan menjaga keselamatan diri serta orang yang tersayang kerana mereka tidak mahu perkara seperti dalam iklan berlaku ke atas mereka.

oleh itu saya mendapati bahawa iklan akan dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan negara.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  CikguPA Sat Jan 02, 2010 5:48 am

JPJ fokus 7 kesalahan
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Tujuh kesalahan besar menjadi fokus Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun ini bagi mengurangkan kemalangan maut.

Pengarah Penguat Kuasaanya, Salim Parlan, berkata kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju yang dibenarkan, melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, memotong garisan berkembar serta mengekori rapat kenderaan hadapan.

“Peningkatan statistik kemalangan menyebabkan kami memberi tumpuan kepada kesalahan ini, memandangkan secara tidak langsung ia menjadi punca kemalangan maut,” katanya pada sidang media di Plaza Tol Jalan Duta di sini ketika mengetuai Ops Ambang Tahun Baru awal pagi semalam.

Menurut Salim, sepanjang tahun lalu sebanyak 4,452 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat, memandu lorong kecemasan (635), memotong garisan berkembar (6,153) dan mengguna telefon bimbit tanpa alat bebas tangan (4,325).










“Semua kesalahan itu dikenakan saman RM300 dan JPJ memberi kelonggaran bayaran bagi tempoh tertentu. Jika pemandu membuat bayaran di antara hari pertama hingga hari ke-15 selepas disaman, mereka hanya perlu membuat bayaran 70 peratus, manakala antara hari ke 16 hingga ke-30, mereka dikehendaki membayar 85 peratus daripada jumlah saman,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemandu dikehendaki membayar saman penuh selepas 30 hari dan potongan bagi menggalakkan orang ramai membayar saman mereka.

Dalam operasi itu, Salim berkata, sebanyak 9,676 kenderaan diperiksa di 26 lokasi di seluruh negara dengan 952 saman dikeluarkan dan 80 kenderaan disita kerana pelbagai kesalahan.

Operasi bermula jam 10.30 malam hingga awal pagi itu mengesan pelbagai kesalahan pemandu, antaranya tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

OPS sikap 17........... Empty Re: OPS sikap 17...........

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum