Isu Pengangkutan Awam

View previous topic View next topic Go down

Isu Pengangkutan Awam

Post  kuanchin91 on Fri May 21, 2010 7:26 pm

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

kuanchin91

Posts: 61
Join date: 2009-05-12
Age: 22

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

isu pengangkutan awam

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) on Thu May 27, 2010 10:14 pm

memang tidak dapat dinafikan jadual perjalanan yang tidak tetap bagi pengangkutan bas telah memberi banyak masalah kepada masyarakat.ini menyebabkan golongan yang sering menggunakan pengangkutan awam sukar untuk menjangka masa perjalanan mereka untuk sampai ke destinasi. perkara ini pernah saya mengalami.saya telah mengunakan masa selama satu jam untuk menunggu bas yang saya ingin naik Mad . ini bukan sahaja membazir masa malah menyebabkan saya lewat bertemu dengan kawan saya.

selain itu,etika pemandu bas juga perlu diperbaiki.sikap mereka yang kurang sabar,tidak bertoleransi dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya telah menyebabkan kadar kes kemalangan jalan raya semakin meningkat. sesetengah pemandu bas menurunkan pelanggan mereka di tepi jalan di mana banyak kenderaan yang berlalu. ini menyebabkan keselamatan pelanggan tidak terjamin. Mad

Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts: 29
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Isu Pengangkutan Awam

Post  leeyoong_U6B on Tue Jun 08, 2010 8:43 pm

kuanchin91 wrote:Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu.

Sekiranya saudara kata tambang teksi mahal, saya setuju. Memang tidak dinafikan bahawa tambang teksi adalah lebih mahal sekiranya dibandingkan dengan pengangkutan awam. Namun, saya tidak setuju bahawa saudara kata tambang LRT mahal. Pada pendapat saya, tambang LRT bukanlah sangat mahal dan agak berbaloi. LRT bukan sahaja dapat mengelakkan kita mengalami kesesakan lalu lintas bahkan juga akan mempercepatkan perjalanan kita. Jika saudara hendak banding, tambang LRT boleh dikategorikan murah jika dibandingkan dengan tambang monorail.

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Isu Pengangkutan Awam

Post  HanXin (U6A/10) on Thu Jun 10, 2010 4:08 pm

Saya tak setuju bahawa LRT mempunyai pengguna yang agak kurang. Pada hari Isnin hingga Jumaat, LRT adalah 'sesak' pada 'peak hour' iaitu pukul 4 hinnga 7. Selain itu, pengangkutan lain seperti bus awam biasanya tidak akan tiba sesuatu perhentian mengikut masa yang tetap, dan bayaran tambang teksi adalah lebih mahal, oleh itu masih ramai orang mengguna perkhidmatan LRT pada masa kini.

HanXin (U6A/10)

Posts: 19
Join date: 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: Isu Pengangkutan Awam

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Fri Jun 11, 2010 11:24 am

HanXin (U6A/10) wrote:Saya tak setuju bahawa LRT mempunyai pengguna yang agak kurang. Pada hari Isnin hingga Jumaat, LRT adalah 'sesak' pada 'peak hour' iaitu pukul 4 hinnga 7. Selain itu, pengangkutan lain seperti bus awam biasanya tidak akan tiba sesuatu perhentian mengikut masa yang tetap, dan bayaran tambang teksi adalah lebih mahal, oleh itu masih ramai orang mengguna perkhidmatan LRT pada masa kini.

saya bersetuju dengan saudara Han Xin.
LRT memang sesak dan padat dengan orang pada "peak hour". Selain itu, ramai juga orang yang menggunakan perkhidmatan LRT semasa hujung minggu untuk pergi berhibur dan sebagainya.
Manakala teksi pula kadang-kadang tidak menggunakan meter dan caj mengikut kehendak pemandu teksi. Bas pula sering lewat dan tidak menjadi pilihan utama para pengguna.
Kesimpulannya, isu pengangkutan awam di Malaysia adalah satu isu yang agak membimbangkan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts: 152
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Isu Pengangkutan Awam

Post  leeyoong_U6B on Sat Jun 12, 2010 9:19 pm

HanXin (U6A/10) wrote:Saya tak setuju bahawa LRT mempunyai pengguna yang agak kurang. Pada hari Isnin hingga Jumaat, LRT adalah 'sesak' pada 'peak hour' iaitu pukul 4 hinnga 7.

Han xin salah faham maksud saya.. silent Saya tidak mengatakan LRT mempunyai pengguna yang kurang.. Apa yang saya ingin tegaskan ialah TAMBANG LRT tidak mahal (seperti apa yang diterangkan oleh kuanchin)... Sebaliknya, tambang teksi lagi mahal...

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Integrasi khidmat rel patut disegerakan

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat Jun 12, 2010 9:30 pm

SARANAN kerajaan bagi menggalak rakyat menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan jalan raya hanya menjadi laungan kosong jika sistem pengangkutan sedia ada tidak diperhalusi dan dipertingkatkan.

Saya pernah berasa pengalaman menggunakan kemudahan perkhidmatan rel beberapa bulan lalu ke tempat kerja ketika kereta rosak. Saya dapati perkhidmatan rel ini tidak sistematik, lambat, gerabak tidak mencukupi dan laluan tidak meluas.
Perjalanan dari Kota Damansara ke Ampang mengambil masa hampir dua jam kerana saya terpaksa mengambil teksi dari Kota Damansara ke stesen LRT Putra Taman Bahagia, seterusnya bertukar pula di stesen Masjid Jamek untuk menaiki LRT Star ke Ampang.
Keadaan ini amat menyusahkan berikutan tiada sistem penyelarasan atau integrasi antara semua perkhidmatan rel seperti sistem aliran transit ringan (LRT), komuter dan monorel.

Saya berharap sistem perkhidmatan rel transit (MRT) seperti dimaklumkan dalam beberapa akhbar baru-baru ini dapat mengatasi masalah ini dan menjadi penyelesaian kepada beberapa kekurangan yang wujud dalam sistem pengangkutan awam sedia ada. Antaranya adalah:

# Menyepadu dan menghubungkan semua laluan perkhidmatan rel seperti LRT, komuter, monorel dan pengangkutan darat supaya sistem pengangkutan awam menjadi lebih cekap dan efektif;

# Memudahkan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama warga emas dan orang kurang upaya untuk bertukar tren atau mengambil bas transit dan teksi yang disediakan di stesen MRT untuk ke destinasi;

# Menjimatkan masa kerana tren yang digunakan dalam MRT lebih laju dan menyediakan ruang penumpang lebih banyak; dan

# Laluan rel dapat diperluaskan ke kawasan perumahan utama supaya penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan bagi mengatasi kesesakan jalan raya selain menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan bahan api.

Dengan ada sistem berintegrasi seperti MRT ini, ia mampu menarik lebih ramai pengguna untuk memilih pengangkutan awam khususnya perkhidmatan rel sebagai pilihan utama.

Saya berharap agar pihak terbabit dapat melaksanakan rancangan ini untuk mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bagi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Isu Pengangkutan Awam

Post  leeyoong_U6B on Sat Jun 12, 2010 10:34 pm

Ong SQ (U6B/2010) wrote:. Saya dapati perkhidmatan rel ini tidak sistematik, lambat, gerabak tidak mencukupi dan laluan tidak meluas.

Saya setuju dengan pendapat SQ. Memang tidak dinafikan bahawa laluan LRT tidak luas. LRT tidak meliputi semua kawasan bandar.

Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya memperbanyakkan station LRT dan laluannya. Dengan ini, barulah dapat memastikan bahawa semua masyarakat boleh menikmati kemudahan awam.

Selain itu, bukan sahaja laluan LRT patut diperbesarkan, laluan bas juga patut diperluaskan terutamanya bagi penduduk luar bandar yang mengalami masalah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain ..

Sehubungan itu, perubahan ini juga boleh menyeru dan meningkatkan kekerapan masyarakat mengambil kenderaan awam... Secara tidak langsung, ini akan menyumbang kepada pengurangan masalah pencemaran udara... =p

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum