PUNCA TANAH RUNTUH

View previous topic View next topic Go down

PUNCA TANAH RUNTUH

Post  kuanchin91 on Fri May 21, 2010 6:39 pm

Pendahuluan:
Alam sekitar mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga
Kini khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya
Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibat kepupusan flora dan fauna
Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku fenomena tanah runtuh
Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian kalau tiada angin masakan pokok bergoyang

Punca:
Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit

Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak
pemaju

Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

Penutup:
harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata
alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesuka hati menimbulkan kemurkaan Tuhan menatijahkan pelbagai bencana alam
bersinergi melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama

kuanchin91

Posts: 61
Join date: 2009-05-12
Age: 22

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum