PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

need help! (T_T)

4 posters

Go down

need help! (T_T) Empty need help! (T_T)

Post  nur Tue Mar 02, 2010 11:38 am

kesan penggunaan senjata biologi kepada manusia dan alam sekitar.

nur

Posts : 2
Join date : 2010-01-26
Age : 33
Location : k.trg

Back to top Go down

need help! (T_T) Empty Re: need help! (T_T)

Post  PnLeela Fri Mar 19, 2010 3:47 pm

Nur, harap fakta-fakta ini dapat membantu anda Smile
SENJATA BIOLOGI

Berperang secara konvensional, menggunakan bom dan peluru, mungkin akan menghadapi masa depan yang sedikit tergugat dengan kehadiran teknik-teknik berperang baru yang menggunakan agen-agen biologi dan kimia.

Penggunaan agen atau bahan berasaskan biologi dan kimia sebagai medium untuk mengancam nyawa dan kepentingan manusia dilihat sebagai satu lagi cara berperang yang mungkin berkesan - tidak memerlukan tentera berani mati yang ramai, efektif dari segi psikologi manusia dan yang lebih penting kesannya adalah lebih kejam, `realistik' dan `memakan' mangsa daripada generasi ke generasi.

Dr. Franklin Cockrerill, seorang profesor dan pengerusi penyelidikan mikrobiologi di Mayo Clinic, Rochester mendefinisikan perang biologi (atau bioterrorism) sebagai penggunaan organisma untuk menyiksa atau membunuh manusia. Dalam hal ini, pengganas cenderung untuk menggunakan organisma yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit.

Organisma yang dipilih juga harus mampu disebarkan kepada manusia dengan mudah dan cepat. Terdapat juga kecenderungan pengganas untuk menggunakan organisma yang boleh mendatangkan kesan kekal atau diturunkan kepada generasi demi generasi, seperti kecacatan fizikal mahupun hilang upaya.

Dr. Franklin yang juga seorang penyelidik dalam perkembangan pengesanan bioterrorisme terhadap manusia dan alam sekitar menambah bahawa antraks dan cacar adalah agen biologi yang diklasifikasikan sebagai bahaya terbesar. Ancaman ini dilihat menerusi keupayaan dan keberkesanan penggunaan kedua-dua agen ini. Bagaimanapun, pengganas mungkin juga menggunakan organisma-organisma lain.

Lain-lain organisma yang digunakan sebagai agen biologi ialah Yersina pestis (sejenis agen hawar), tularemia (sejenis wabak berasaskan jangkitan bakteria) dan clostridium botulinum (sejenis racun makanan). Bakteria-bakteria ini bukan pilihan utama, lantaran ia sukar untuk disebarkan atau dihasilkan. Tambahan lagi, bakteria-bakteria ini kurang berkesan berbanding dengan antraks.

Antraks atau nama saintifiknya Bacillus anthracis berjangkit melalui ruang luka atau cedera yang terbuka. Antraks juga boleh memasuki usus manusia melalui makanan tercemar. Individu yang menyedut udara tercemar antraks akan mengundang bakteria ini ke dalam paru-paru mereka.

Di samping penggunaan agen biologi, pengganas juga cenderung untuk menggunakan agen kimia. Agen kimia merupakan bahan-bahan kimia yang digunakan, sama seperti agen biologi, untuk mengancam nyawa manusia.

Sarin umpamanya adalah gas saraf yang amat toksik. Di Jepun suatu ketika dulu, sekumpulan pengikut ajaran sesat telah melepaskan gas ini ke dalam laluan kereta api bawah tanah, menyebabkan 12 orang terbunuh. Mereka yang terkena gas ini akan mengalami tanda-tanda seperti hidung berair, mata berair, penglihatan kabur, kesukaran bernafas, sakit kepala, air liur sentiasa meleleh dan berpeluh. Gas sarin mampu membunuh dengan melumpuhkan otot-otot yang digunakan untuk bernafas.

Agen kimia lain yang biasa digunakan adalah gas mustard. Gas ini pernah digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan khabarnya turut digunakan semasa perang Iran-Iraq pada pertengahan tahun 1980-an dulu. Gas berwarna kuning kecokalatan ini mempunyai bau seperti bawang putih. Ia boleh menyebabkan iritasi mata, bronkitis, kulit terbakar dan gangguan sistem respirasi.

Klorin juga biasa digunakan sebagai senjata kimia. Kita biasa menggunakan klorin dalam air untuk kegunaan domestik dan kolam renang. Gas klorin yang dibebaskan dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan kepedihan mata sehingga penglihatan menjadi kabur. Dalam ketumpatan yang tinggi, gas ini mampu membunuh. Manakala phosgene yang pernah digunakan sebagai senjata kimia Perang Dunia Pertama, boleh menyebabkan masalah pernafasan. Gas ini tiada warna dan biasa digunakan dalam industri kimia. Terdapat sesetengah kes, individu masih lagi hidup walaupun terdedah kepada phosgene.

Pakar-pakar menyatakan bahawa agen biologi dan kimia lebih digunakan sebagai ancaman kepada kelompok kecil, berbanding untuk sekumpulan sasaran yang besar. Ini mungkin disebabkan senjata ini terbukti sukar untuk dikawal penyebarannya atau kesukaran untuk mengatur kedudukan sendiri. Sebagai contoh, spora antraks sukar dikawal kerana ia cenderung dibawa angin. Sebab itulah antraks disebarkan melalui bungkusan atau surat untuk kelompok tertentu, tidak disebar secara meluas melalui semburan misalnya.

Bakteria, virus atau bahan kimia boleh dihasilkan di dalam makmal. Tetapi, penyebaran bahan-bahan ini memerlukan kemahiran, teknik dan alat-alat khas berteknologi tinggi. Risiko juga terjadi kepada mereka yang mencipta atau mengendalikan urusan berkenaan agen-agen ini.

Kebanyakan vaksin yang boleh meneutralkan kesan senjata biologi atau kimia dikhususkan untuk tentera - tentera sahaja, terutamanya tentera Amerika, berbanding untuk orang awam. Mereka ini dikatakan sebagai golongan yang berisiko tinggi. Adakah ia menjawab spekulasi bahawa tentera Amerika merupakan tentera yang takut mati?

Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (sebelum berpecah) adalah dua negara yang aktif dalam kerja-kerja penyelidikan agen kimia dan biologi untuk tujuan peperangan. Pada pandangan Soviet, agen biologi terbaik adalah agen yang tidak mempunyai penawar atau tidak boleh dineutralkan. Pegangan Soviet ini bertentangan dengan falsafah awal Amerika yang mengharuskan penyelidik menghasilkan sekali penawar terhadap senjata biologi yang dihasilkan. Namun begitu, `falsafah' ini telah dibatalkan oleh Presiden Nixon melalui satu arahan eksekutif pada tahun 1969.

Selepas Soviet menjadi ahli kepada Konvensyen Senjata Biologi dan Toksik 1972, satu perdebatan dalaman berlaku terhadap arah tuju dan masa depan penggunaan senjata biologi. Ahli-ahli konvensyen bersetuju untuk menggalakkan lagi kajian penggunaan senjata biologi. Untuk itu, sekitar tahun 1972 hingga 1992, fokus program penyelidikan terhadap senjata biologi telah dikembangkan lagi.

Jurnal Perspective, Volume IX, Nombor I (September - Oktober 1998), terbitan Institut Kajian Konflik, Ideologi dan Polisi, Universiti Boston menyatakan bahawa tumpuan-tumpuan asal program pengembangan kajian senjata biologi 1972-1992 adalah:




Untuk memaju dan mencari teknik terbaik dalam penghasilan dan ujian senjata biologi.


Memajukan teknik-teknik penggunaan senjata sedia ada.


Meneroka kemungkinan agen-agen lain sebagai senjata biologi.



Manakala penekanan-penekanan baru program tersebut adalah:




Mengendali penyelidikan terhadap biologi molekul dan kejuruteraan genetik, dalam usaha untuk memajukan lagi agen - agen yang tahan serangan antibiotik, dan strain yang boleh bergabung dengan dua atau lebih virus.


Kajian terhadap peptid, yang boleh memberi kesan psikogenik atau neurogenik sebagai kemungkinan alternatif senjata biologi.


Memindahkan mikroorganisma bukan penyebab penyakit kepada mikroorganisma penyebab penyakit.



Soviet memahami bahawa kajian-kajian mendalam terhadap penggunaan agen biologi adalah sukar kerana mereka telah menandatangani konvensyen 1972 itu.

Khabarnya, program senjata biologi Soviet lebih rahsia berbanding dengan program senjata nuklearnya. Semua kajian, pembangunan, pembuatan dan kerja-kerja berkaitan dengan senjata biologi oleh Soviet telah diklasifikasikan sebagai `rahsia besar' (top secret) dalam aras 'kepentingan khusus' (special importance). Perlindungan terbaik diberikan terhadap semua pekerja, kemudahan sehinggakan kepada kepingan-kepingan peralatan yang kecil dalam kerja-kerja penyelidikan senjata biologi ini.

Soviet pernah melengkapkan sekeliling bangunan penyelidikan senjata biologi mereka dengan penapis arang yang menyerap sebarang pelepasan gas. Ini adalah untuk mengelak bahan-bahan tersebut daripada dikesan di luar bangunan.

Walaubagaimanapun, insiden pada tahun 1979 telah mencemaskan Soviet apabila spora antraks pernah terbebas dan dikesan di luar makmal penyelidikan mereka.

Tekanan Barat terhadap Soviet pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an telah menjejaskan sedikit sebanyak kerja-kerja penyelidikan senjata biologi. Bersama-sama Amerika dan Britain, Soviet terpaksa menjalankan program pemeriksaan menyeluruh terhadap senjata biologi. Dalam hal ini, Soviet terpaksa menutup ruang-ruang kajian mereka secara terbaik.

Akhirnya, kejatuhan Soviet pada tahun 1992 telah menyebabkan Presiden Rusia ketika itu, Boris Yeltsin, mengeluarkan arahan untuk menamatkan sebarang aktiviti berkaitan senjata biologi. Namun, sebilangan yang kritikal berpendapat, masakan Soviet sanggup menanggung rugi terhadap kos pelaburan yang banyak dicurahkan untuk kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan senjata biologi dengan akur pada arahan tutup tersebut. Ini adalah antara isu yang menghantui kebimbangan Amerika sehingga kini.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

need help! (T_T) Empty Re: need help! (T_T)

Post  nur Fri Mar 19, 2010 4:04 pm

terima kasih pn Leela Very Happy Very Happy

nur

Posts : 2
Join date : 2010-01-26
Age : 33
Location : k.trg

Back to top Go down

need help! (T_T) Empty Re: need help! (T_T)

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 6:21 pm

Kesan Pertama :

Senjata biologi dan senjata nuklear akan menyebabkan mutasi gen. Contohnya, bom-bom atom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki meninggalkan kesan radiasi yang tinggi dan berbahaya. Kesan radiasi ini memakan jangka masa yang agak panjang untuk luput. Flora dan fauna yang terkena radiasi ini akan mengalami mutasi. Radiasi ini akan mengganggu genetik dan DNA di tubuh badan kita dan mengakibatkan kecacatan anggota badan dan jika terkena organ-organ utama, ini akan menyebabkan seseorang itu mati. Selain itu, seseorang itu juga akan mudah menghadapi penyakit kanser seperti penyakit kanser kulit. Sekiranya ibu yang mengandung yang terkena radiasi, bayi yang dilahirkan akan cacat anggota dan terencat akal.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

need help! (T_T) Empty Re: need help! (T_T)

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue Apr 27, 2010 7:33 pm

Dipetik daripada
http://azzahraku.multiply.com/video/item/18
Senjata biologi ialah agen toksin sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus atau toksin dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan di mana kadar toksinnya akan menyebabkan kematian dan kerosakan sama ada sementara atau kekal. Kejadian pencemaran oleh senjata biologi agak sukar dikenali kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas seperti bau. Gejalanya hanya timbul setelah beberapa jam atau beberapa hari. Insiden biologikal selalunya merangkumi kawasan yang lebih luas kerana pergerakan individu yang tercemar tanpa disedari. Secara amnya kejadian pencemaran oleh senjata biologi dikenali melalui kewujudan dan pertambahan mendadak sesuatu jenis penyakit di kalangan populasi yang sihat, mangsa menghadapi simptom seperti masalah pada sistem pernafasan, sakit di bahagian perut dan demam, kewujudan penyakit yang lazimnya berlaku (endemik) tetapi tidak pada masa dan corak yang sepatutnya, kewujudan penyakit yang biasanya tidak normal pada geografi sesuatu negeri, corak rintangan antibiotik yang tidak normal, kematian atau kecederaan spesies haiwan dan ikan serta kemunculan kumpulan serangga tertentu.

Dunia kini haruslah mengetahui implikasi menggunakan senjata biologi, oleh itu, diharapkan semua negara dapat memberi komitmen untuk menghapuskan senjata yang tidak berperikemanusiaan ini~

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

need help! (T_T) Empty Re: need help! (T_T)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum