DADAH : Kenalilah dadah dengan lebih mendalam

View previous topic View next topic Go down

Re: DADAH : Kenalilah dadah dengan lebih mendalam

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sun May 16, 2010 11:48 am

PENYALAHGUNAAN DADAH PERANGSANG

Dadah perangsang sering digunakan untuk mendapatkan rasa percaya kepada diri-sendiri, rasa berkuasa, segar, besar dan untuk menghilangkan rasa penat dan lain-lain. Bahan kimia psikoaktif ini akan merangsang semua aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat beberapa jenis dadah perangsang yang sangat kerap digunakan iaitu :

Amfetamin
Kokain
Kafein
Nikotin
Chat
AMFETAMIN

Amfetamin mula dihasilkan pada tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Amfetamin adalah dadah yang paling berkesan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang. Nama-nama lain bagi dadah jenis Amfetamin ialah ‘Speed’, "Pep-pill’, Dexies, Crosswords, Hearts, Co-pilot, ‘A’, ‘B’ dan sebagainya.

Dadah ini boleh memberikan kesegaran kepada seseorang itu, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat.

Untuk seseorang yang menghadapi masalah kegemukan, dadah Amfetamin boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Ia juga mampu meningkatkan konsentrasi pengambilnya. Sebenarnya inilah kebanyakan tujuan mengapa dadah jenis ini sering disalahgunakan. Mereka selalunya mengambil dadah ini secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.

Pengambilan dadah jenis Amfetamin memberi kesan buruk kepada penggunanya. Pengambilnya boleh menjadi gila dan kemungkinan akan mati akibat pendarahan yang sering berlaku dalam otak.

Dadah Amfetamin sangat digemari oleh para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan dan juga ahli sukan supaya mereka menjadi lebih cergas dan bertenaga.

Amfetamin boleh didapati dalam bentuk cecair dan kapsul. Amfetamin dalam bentuk cecair boleh disuntik masuk ke dalam pembuluh tapi cara ini jarang dilakukan. Jenis-jenis Amfetamin yang sering digunakan ialah Amfetamin ( Benzadrine ), Dextroamfetamin ( Dexedrine ) dan Methamfetamin ( Methedrine ). Bahan-bahan lain yang baoleh ditemui yang mana kesannya sama seperti Amfetamin adalah Phentermine, Ephedrine dan lain-lain.

KESAN PENGGUNAAN AMFETAMIN

Seperti juga dadah jenis lain, Amfetamin juga memberi kesan buruk ke atas penggunanya. Walaupun Amfetamin memberi kesan yang tidak baik, permintaan terhadap amfetamin adalah tinggi. Ini kerana Amfetamin dilanggan dan disalahguna untuk tujuan tertentu untuk kepentingan peribadi mahupun untuk tujuan memperoleh pendapatan. Di antara kesan penggunaan Amfetamin ialah :

Pengambilan amfetamin boleh memberi keyakinan kepada penggunanya di samping menjadi lebih bertenaga dan cergas. Inilah sebabnya Amfetamin sering disalahgunakan oleh para pelajar dan pekerja.
Dos Amfetamin yang diambil secara sederhana boleh menghalang keletihan, mewujudkan rasa percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira. Tetapi bagi orang-orang tertentu pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.
Jika Amfetamin diambil dalam jumlah yang kecil, ia akan mewujudkan keadaan yang dipanggil euforia. Sebaliknya jika diambil dalam jumlah yang banyak ia akan memberi keseronokkan yang berlebihan.
Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti :
Menggeletar
Resah gelisah
Tidak boleh tidur
Tidak rasa lapar
Rasa ghairah
Suka bercakap berlebih-lebihan
Mereka yang ketagih Amfetamin berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga.
BAHAYA-BAHAYA AMFETAMIN

Di antara risiko-risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengambil Amfetamin ialah :

Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar Amfetamin atau selepas menggunakan beberapa dos biasa dengan berterusan. Penagih akan mengalami paranoia atau perasaan syak-wasangka dan takut terhadap orang lain. Pada tahap ini, pengguna mungkin menjadi ganas.
Penagih yang kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 hingga 12 bulan selepas berhenti menggunakan Amfetamin.
Pengambilan Amfetamin yang teruk dan berlanjutan akan menyebabkan wujud tanda-tanda yang menyerupai ‘ skizofrenia paranoid’ yang bahayanya seperti berikut :
Risiko diserang demam paru-paru
Mendapat sakit darah tinggi dan sakit jantung
Letih lesu dan kekurangan zat makanan kerana tidak makan
Kerosakan otak yang berkekalan
KOKAIN

Dadah jenis ini dihasilkan daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan pokok-pokok lain daripada spesis Erythroxylon yang banyak tumbuh meliar di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Daun koka sudah lama digunakan oleh penduduk asli di negara Bolivia dan Peru kerana masalah kehidupan yang mereka hadapi di sana.

Kokain adalah seakan-akan dalam bentuk hablur yang mengandungi 7% kokain tulen. Kokain selalunya dijual dalam bentuk tepung dan kadang-kala dalam bentuk pil Sebelum kokain sintetik ditemui, kokain diguna untuk tujuan anesthetic tempatan dalam perubatan. Pada masa itu para doktor lebih sukakan penggunaan kokain asli.

Kokain adalah sejenis dadah penyegar yang sangat kuat kesannya. Kokain boleh di makan tetapi biasanya ia disuntik ke dalam pembuluh darah. Dadah ini juga boleh disedut dan meresap masuk ke dalam darah melalui sel-sel yang terdapat dalam hidung.

Kesannya sama seperti menggunakan Amfetamin di mana penggunanya akan rasa segar, lebih cergas, gembira dan lain-lain lagi. Inilah antara motif yang dikehendaki oleh para pengambil dadah jenis ini seterusnya menyebabkan penyalahgunaan kokain. Penggunanya juga dapat menghilangkan keresahan dan dapat lari daripada masalah selepas mengambil dadah ini.

Kokain boleh dikenali dengan nama lain seperti The Leaf, Snow, Speedball iaitu bahan yang didapati apabila kokain dicampurkan dengan dadah jenis heroin. Manakala dalam bentuk minuman, apabila kokain dicampurkan dengan arak, ia akan menghasilkan satu bahan baru iaitu Vin Mariani. Coka-cola pula mengandungi ekstrak daun koka dan kafein dari biji kola. Tetapi sekarang , hanya terdapat kafein dalam Coka-cola.

JENIS-JENIS KOKAIN

Daun Koka
Daun koka adalah daun yang didapati daripada pokok Erthroxylon coca yang tumbuh di pergunungan Andes.

‘Paste’ koka ( Koka Paste)
‘Paste’koka adalah bahan yang didapati selepas daun koka dituai. Ia

terhasil apabila daun koka hancur dicampur dengan alkohol atau benzol, asid sulfurik dan natrium karbonat. Ia dihisap bersama ganja atau tembakau. Paste koka dibersihkan untuk menghasilkan kokain.

Kokain
Serbuk berwarna putih yang terhasil daripada Paste koka dan tidak berbau. Kokain yang sering ditemui adalah dalam bentuk kokain hidroklorida. Ia selalunya di hidu iaitu bagi kokain yang mencapai 82 % tulen. Ia akan dikenali sebagai ‘Speedball’

apabila dicampur dengan heroin dan disuntik ke dalam pembuluh darah atau di bawah kulit.

Kokain ‘Freebase’
Ia adalah bes kokain yang asli tanpa sebarang bahan campuran lain. Ia mengandungi 50% kokain tulen yang dilarutkan ke dalam air dan diekstrak dengan bahan kimia yang mudah terbakar. Biasa dihisap dengan menggunakan paip khas.

Kokain ‘Crack’
Kokain ‘Crack’ atau kokain ‘ Rock’ adalah kokain yang biasa dihisap menggunakan paip kaca yang dipanggil stem atau batang. Beberapa biji buah putih kekuningan dalam paip itu sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu khayal keriangan selama 10 minit dan diikuti pula dengan rasa sedih serta-merta. Dadah ini diperolehi apabila serbuk kokain dibakar dengan soda penaik untuk membersihkannya dari segala kotoran. Dadah ini mempunyai tahap ketulenan sebanyak 90% dan merupakan dadah yang paling bahaya.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN KOKAIN

Kesan-kesan pengambilan kokain yang paling ketara ialah :

Memperolehi kesan segera iaitu perasaan riang dan gembira yang terlampau (euphoria) dan diiringi dengan tekanan nadi yang kuat.
Pengambilan kokain dalam dos yang banyak menyebabkan butir percakapan tidak jelas dan tidak logik. Ia juga akan menyebabkan halusinasi, menggeletar, susah hati, rasa dianiayai, sugul, gelisah dan dalam sesetengah keadaan akan menyebabkan kekejangan.
Namun begitu, pengambilan kokain dalam jumlah yang kecil akan memberikan kesegaran kepada penggunanya dan menimbulkan rasa puas hati.
Pengguna kokain juga akan mengalami muntah-muntah, tekanan darah cepat, peningkatan dalam kadar denyutan jantung. Perasaan palsu juga akan wujud dalam diri mereka seperti berasa mempunyai kuasa yang kuat, tenaga, fikiran dan kekayaan.
BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN

Pengambil dadah ini akan mengalami kemabukan dan kekeliruan.
Urat saraf akan keletihan selama beberapa hari akibat pengambilan kokain yang banyak. Pengguna juga akan mengalami gangguan tidur dan lupa tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihannya.
Psikosis kokain akan berlaku iaitu sejenis penyakit jiwa yang serius seperti skikofrenia. Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan.
Risiko kematian yang tingi kerana pernafasan terhenti.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: DADAH : Kenalilah dadah dengan lebih mendalam

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sun May 16, 2010 11:48 am

NIKOTIN

Nikotin adalah sejenis bahan aktif yang terdapat dalam tembakau. Terdapat lebih daripada 60 spesis pokok tembakau dan diantaranya termasuklah pokok Nicotina tobacum yang merupakan tumbuhan utama yang diusahakan oleh penduduk Amerika. Nikotin adalah satu-satunya dadah yang paling bahaya. Ia bertindak seperti dadah sianida yang digunakan untuk membunuh diri dan di bilik-bilik pembunuh ( gas chamber ). Ia boleh dimakan, disedut dan disuntik. Nikotin tidak mengandungi sedikit pun khasiat ubat.

Tembakau diproses pada beberapa peringkat dan diawetkan secara teliti untuk mendapatkan rasa dan bau tembakau yang dikehendaki. Jenis tembakau yang sering ditemui ialah Turkish dan Burley. Kebanyakan rokok-rokok mengandungi beberapa jenis campuran tembakau. Tembakau cerut diproses dengan cara yang berbeza daripada tembakau dalam rokok biasa. Manakala, tembakau paip pula ditambah perisa yang dipanggil ‘ likuoris’.

KESAN-KESAN PENGAMBILAN NIKOTIN

Kesannya hampir sama dengan dadah perangsang yang lain. Seseorang yang mengambil tembakau tidak akan berasa penat, peningkatan dalam tugas-tugas tertentu tetapi tingkat perubahannya ini kurang berbanding dadah perangsang yang kuat yang lain.

Nikotin akan memberi rasa tenang dalam beberapa keadaan. Juga ia boleh menyebabkan rasa yakin pada diri-sendiri, euphoria yang berlebihan berbanding dengan pengambilan amfetamin dan kokain. Tekanan jantung, darah dan kadar respirasi pengguna nikotin juga meningkat. Begitu juga rasa loya, pening kepala, muak dan muntah-muntah adalah merupakan kesan paling ketara terutamanya bagi pengguna-pengguna baru.

Nikotin sangat toksik jika diambil dalam jumlah yang secukupnya. Salah satu kegunaan nikotin adalah sebagai racun serangga dan boleh mengakibatkan tanda-tanda keracunan yang sebenar. Ini termasuklah sesak nafas, muntah-muntah, lemah kadar denyutan jantung dan nadi dan sebagainya. Kematian juga mungkin yang disebabkan oleh kegagalan sistem respirasi .

Kesan penggunaan nikotin yang sediit susah untuk ditentukan kerana kebanyakan pengambil nikotin juga mengambil dadah yang lain. Contohnya para perokok. Perokok biasanya mengalami masalah kanser paru-paru dan sakit jantung.

Penyakit emfisema paru-paru pada perokok wujud apabila sel-sel di permukaan paru-paru mula tumbuh akibat daripada perangsang asap rokok. Apabila ini berlaku. karbon dioksida akan terperangkap dalam pundi-pundi udara dan boleh mengakibatkan sesak nafas dan kurang tenaga.

Nikotin juga boleh menyebabkan pemendapan lemak terutamanya kolestrol dalam saluran darah. Pembuluh-pembuluh akan menjadi keras akibat terdapatnya lemak. Ini akan menghalang pembekalan darah ke jantung, otak dan organ-organ lain. Pembekuan darah dalam saluran darah akan menyebabkan penyakit jantung.

KESIMPULAN

Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseirang tanpa pengawasan pihak perubatan. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan gejala-gejala yang tidak diingini yang baloeh membinasakan manusia.

Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan rasa sakit, untuk mendapatkan rasa segar, mengelakkan letih, mengelakkan tekanan hidup, untuk melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.

Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam dadah terdapat bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan pergantungan hidup kepada dadah. Sebagai racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh membawa maut. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya.

Oleh itu, jalan yang terbaik adalah mengelakkan diri daripada mengambil dadah. Sebagai umat Islam melalui Al Quran kita telah dilarang daripada mengambil bahan-bahan yang memabukkan seperti arak dan ini termasuklah juga dadah. Pengharaman ini sebenarnya mengandungi hikmat yang tersendiri untuk kebaikan hambaNya.

Jika menyedari bahaya dan risiko pengambilan dadah ini, sudah tentu ramai yang tidak akan menggunakannya. Namun, kerana faktor kejahilan dan menurut hawa nafsulah maka dadah diambil untuk kepentingan sementara tanpa menyedari potensi yang dibawanya sebagai pembunuh nombor 1 dunia.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: DADAH : Kenalilah dadah dengan lebih mendalam

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Mon May 17, 2010 12:24 pm

Panjang lebarnya informasi Saudara YeeYew. Saya tidak dapat membaca kesemua-semuanya. Pada pendapat saya, penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah "terkenal" yang terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah ada yang menjadi tidak siuman.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: DADAH : Kenalilah dadah dengan lebih mendalam

Post  Sponsored content Today at 2:37 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum