PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

4 posters

Go down

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Empty Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

Post  LowYuePeng(U6B) Mon May 17, 2010 6:40 pm

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran
17/05/2010 5:26pm


IPOH 17 Mei – Seorang peniaga maut selepas ditembak oleh seorang lelaki ketika mangsa sedang minum di sebuah restoran di Taman Syabas di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa, Choong Gee Kong, 52, mati di tempat kejadian akibat tembakan yang mengenai kepalanya. – Utusan.

Masalah sebegitu semakin meningkat dan ini amat membimbangkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang paling efektif untuk mengatasi masalah ini?
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Empty Re: Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 18, 2010 11:55 am

Saya telah melihat berita ini, peniaga tersebut menganggap pembunuh tersebut bergurau dengan dia apabila tembakan pistol pembunuh tidak dapat dilepaskan. Namun, pembunuh berterus dengan tembakan yang kedua, kali ini tembakan tersebut terkena kepala mangsa. Mangsa tersebut mati terus di tempat kejadian. Oleh disebabkan perkara tersebut telah memeranjatkan setiap orang di tempat itu, tiada orang berani berbuat apa-apa. Dan pembunuh tersebut berjalan ke motosikalnya dengan perlahan, apabila pembunuh tersebut menaiki ke motosikalnya, dia masih melihat mayat mangsa sebelum larikan diri. Saya berharap pihak polis haruslah menyiasat kes ini dengan teliti.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Empty Re: Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed May 19, 2010 1:49 pm

Kes yang amat unik.....
Langkah yang paling efektif adalah dengan membekalkan semua orang dengan baju kalis peluru dengan helmet kalis peluru..... kidding.

Langkah yang paling efektif adalah dengan memasang lebih banyak kamera litar tertutup. Dengan ini, penjenayah akan mengetahui yang mereka sedang diperhatikan dan tidak akan bertindak sesuka hati.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Empty Re: Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed May 19, 2010 4:57 pm

Kenapalah pembunuh itu memiliki pistol?
Undang-undang harus dikuatkuasakan. Hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang memiliki senjata api secara haram.
Pemeriksaan di kastam juga harus diketatkan bagi mengelakkan penyeludupan senjata api secara haram.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Empty Re: Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum