PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Menu daging anjing

Go down

Menu daging anjing Empty Menu daging anjing

Post  yeow_U6A/2010 Sat May 15, 2010 3:20 am

Diet angkasawan China di angkasa lepas

SHANGHAI: Angkasawan China makan daging anjing bagi memastikan kekuatan mereka ketika mengelilingi orbit Bumi. Yang Liwei, 44, juruterbang tentera memberi arahan misi Shenzhou Five pada 2003, mendedahkan menu kapal angkasa terbabit dalam autobiografinya, The Nine Levels between Heaven and Earth. “Ramai rakan tertanya-tanya apa saya makan di angkasa lepas. Saya fikir angkasawan perlu ada hidangan mewah seperti sup sirip yu atau abalon. Sebenarnya kami makan seperti biasa,” katanya.

Menu itu termasuk ayam tumis, ikan stim dan daging anjing dari daerah Huajiang, Guangdong, terkenal dengan manfaat khasiatnya di China.

Satu perumpamaan tempatan di selatan China, ‘anjing Huajiang lebih baik daripada ginseng’.

Beliau memberitahu, diet itu ditetapkan oleh pakar nutrisi China dan makanan itu dibeli dari pembekal khas di Beijing. Anjing dimakan secara meluas di utara China, ia dipercayai membantu melawan cuaca sejuk.
Menu itu masih digunakan tahun lalu apabila angkasawan China melakukan perjalanan angkasa lepas pertama. China merancang untuk mendaratkan angkasawannya ke Bulan menjelang 2020.

Pendedahan itu menyebabkan juru kempen hak asasi haiwan menyifatkan Yang memberi contoh buruk kepada jutaan peminatnya.

“Yang Liwei contoh kepada ramai golongan muda dan beliau antara hero terhebat China,” kata Jill Robinson, pengasas Animals Asia.

“Kami harap beliau sedar anjing hero bagi haiwan kerana menemui mangsa terselamat selepas gempa bumi Sichuan dan melindungi orang daripada pengganas ketika sukan Olimpik. Pengiktirafan sepatutnya lebih besar,” katanya. – Agensi

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum