PPSMI. Pendapat anda?

Go down

PPSMI. Pendapat anda?

Post  Jennifer Ong on Wed May 28, 2008 5:31 pm

Saya percaya tentu rakan-rakan pernah membaca tentang perkara-perkara yang hangat dibincangkan di Dewan Rakyat mutakhir ini. Ada yang berpendapat yang kita harus membiarkan pelajar sekolah rendah untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka.

Pada hemat saya, pengajaran Sains dan Matematik harus terus diajar dalam bahasa Inggeris(BI). Mengapakah kita harus menyusahkan kanak-kanak dengan mengajar mereka tentang subjek-subjek tersebut dalam bahasa ibunda dan selepas itu mengajar mereka dalam Bahasa Inggeris pula pada peringkat sekolah menengah? Ini bukan sahaja akan mengelirukan para pelajar malah akan memberi masalah tambahan kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan belajar dalam BI.

Saya terbaca tentang pendapat J.C. dari Kuala Lumpur dalam The STAR hari ini. Dia berpendapat bahawa pelajar sekolah rendah harus belajar Sains dan Matematik(S&M) dalam bahasa ibunda dan pelajar tersebut harus diberi kelas tambahan ataupun diberi masa yang lebih untuk belajar BI. Saya rasa ini akan membuang masa pelajar sahaja.

Kebanyakan SJK(C) kini mengajar S&M dalam BI dan juga Bahasa Cina. Ini adalah kerana mereka mahu memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk memilih sama ada untuk memasuki sekolah swasta ataupun sekolah kebangsaan untuk pengajaran peringkat menengah mereka. Kebanyakan sekolah swasta Cina hanya mengajar subjek S&M dalam BC manakala ada juga yang mengajar S&M dalam BC dan juga BI.

Apa pendapat rakan-rakan tentang isu ini?

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  bee happy on Thu May 29, 2008 9:12 am

pertama sekali,saya nak tanya apa itu PPSMI??haha.. Embarassed

Saya juga tidak bersetuju S&M diajar dalam bahasa ibunda..saya rasa pendidikan ini dalam inggeris sejak kecil lagi amat penting.Apa benda pun kena mula dari kecil,walaupun susah,namun apabila dewasa,kita akan menikmati kemanisannya.
secara ikhlas,saya rasa saya sekarang amat susah kerana semua subject sudah menjadi BI,saya seumpama belajar semula..banyak perkataan saya tidak memahami.
Jadi,sekiranya pendidikan dalam BI diterapkan dari sekolah rendah,pelajar tidak akan berasa susah apabila naik ke sekolah menengah atau ke universiti..mereka dapat menyesuaikan diri dengan mudah kerana nereka mempunyai asas..
Dengan ini,saya harap guru-guru yang mengajar S&M dalam Bahasa Inggeris jangan berputus asa ...berusaha mendidik generasi yang akan datang dengan sepenuh hati.. Wink

bee happy

Posts : 9
Join date : 2008-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  vinclam1314 on Fri May 30, 2008 6:34 pm

Urm.. saya tidak bersetuju dengan kakak bee... saya berasa cara pembelajaran kini di sekolah rendah cina adalah agak bagus, iaitu belajar dalam dwibahasa dalam sains dan matematik.. saya berasa cara ini akan menyebabkan pelajar lebih berminat dan lebih faham tentang apa yang mereka belajar.. kita bukannya semata-mata belajar untuk peperiksaan sahaja, saya berasa kita haruslah belajar dengan kefahaman kita dan minat kita.. jika pelajar hanya mahu dapatkan keputusan yang bagus dalam peperiksaan sahaja, mereka tentulah hanya mahu belajar dalam satu bahasa sahaja kerana dengan ini mereka dapat lebih mahir dalam bahasa inggeris yang terutamanya dalam perkataan sains.. Oleh itu, saya amat menyokokng bahawa pelajar pelajar sekolah rendah harus lah belajar dalam dwibahasa kerana..
dalam bahasa ibunda -- lebih memahami tentang subjek itu dan menaruh minat dalam pelajaran itu..
dalam bahasa inggeris - sebagai tapak asas untuk pelajaran di sekolah menengah..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  siewMei on Sat May 31, 2008 6:50 pm

ermm....abang lam mempunyai pendirian sendiri tetapi pada pendapat saya,saya rasa pembelajaran science dan math dalam dwibahasa akan membebankan kanak-kanak..Adik saya merupakan pelajar darjah enam,untuk pengetahuan anda semua,setiap hari dia kena belajar dari 7.25 hingga pukul 4 petang,dan saya perhatikan dia sangat letih apabila dia sampai rumah...saya sendiri belajar hingga pukul 1 juga rasa sangat letih..malahan mereka yang perlu belajar hingga pukul 4 semata-mata belajar s&m dalam dwibahasa? Tambahan pula,terdapat pelajar rendah yang pergi tuisyen selepas sekolah,ini kan lagi letih?? Shocked
Akan tetapi,pembelajaran s&m dalam bahasa ibunda memang boleh meningkatkan minat peljar terhadap kedua-dua subjek ini,ini memang tidak boleh dinafikan..secara tuntasnya,saya setuju pandangan abang lam tentang kebaikan daripada pembelajaran dwibahasa,tetapi ini juga mempunyai keburukannya... Apa pandangan kawan-kawan yang lain?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  weichian_89 on Sun Jun 01, 2008 12:10 pm

tidak dapat menafikan memanglah berat bagi pelajar sekolah rendah mempelajari dalam dwibahasa.tetapi dunia sekarang amat memerlukan orang yang boleh menguasai pelbagai bahasa terutamanya bahasa inggeris dan bahasa cina dalam pelbagai bidang.fenomena inilah yang menyebabkan kerajaan melaksanakan ppsmi dalam sukatan sekolah rendah.ini dapat menaikkan kuasa persaingan rakyat kita dengan rakyat negara lain di antarabangsa.tambahan pula,rakyat malaysia mempunyai bakat dalam menguasai pelbagai bahasa,tengoklah betapa banyak bahasa rakyat malaysia boleh bertutur.saya amat menyokong belajar dalam dwibahasa dan saya yakin ini dapat ditangani oleh mereka yang belajar dalam dwibahasa. Razz

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 29
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  siewMei on Mon Jun 02, 2008 5:30 pm

Betul kata kakak weichian,persaingan kini semakin sengit dan kanak-kanak masa kini perlu berusaha dengan lebih sungguh berbanding masa kanak-kanak kita dulu supaya kuasa persaingan mereka meningkat dan dapat bersaing dengan negara lain... Rasa agak kesian terhadap kanak-kanak kini kerana beban yang semakin berat,walaupun taraf hidup makin meningkat dan semua infrastruktur yang mereka menikmati lebih baik berbanding dulu,usaha yang perlu mereka curahkan secara tidak langsung juga menjadi lebih banyak..jika tidak,mereka akan ketinggalan...aihz,inilah realiti kehidupan kini...

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  vinclam1314 on Wed Jun 04, 2008 10:46 pm

Ya. beban pelajar sekarang semakin berat.. Pada pandangan saya, beban ini telah menyebabkan banyak pelajar menjadi robot ibu bapa mereka.. anak mereka diminta menduduki banyak kelas tambahan atau tuition.. mereka sudah ketiadaan masa kanak-kanak / ingatan kanak-kanak yang mereka patut mempunyai.. Sekumpulan pelajar pula tidak tahu apa yang mereka patut atau yang mereka ingin mahu.. mereka hanya asyik mengikut kata ibu bapa tanpa berfikir dengan teliti / baik-baik.. Ya, mungkin.. kebanyakan kata-kata ibu bapa adalah betul.. tetapi juga yang salah, kan? patut kan pelajar kini cuba mengeluarkan pandangan mereka? biarkanlah ibu bapa tahu apa yang mereka fikirkan.. apakah fikiran generasi baru ini.. mungkin fikiran mereka adalah betul sedangkan kata-kata ibu bapa adalah salah.. jika fikiran anak adalah salah.. barulah ibu bapa boleh membetulkan fikiran mereka.. kan? bagus.. haha..apa yang saya ingin tekankan disini adalah.. kebanyakan pelajar sekolah rendah ( saya tidak tekan kepada pelajar sekolah menengah kerana saya berasa mereka sudah / patut boleh berfikir .. .. etc. ) terpaksa menduduki banyak kelas tambahan dengan tujuannya mendapatkan keputusan yang baik / cemerlang dalam peperiksaan.. pembelajaran dwibahasa ini juga memungkinkan mereka terpaksa menduduki lebih banyak kelas tambahan dan ini akan mengurangkan masa kanak-kanak mereka ( bermain / berehat /etc -->> hak kanak-kanak) Oleh itu, saya berasa pembelajaran dwibahasa ini mungkin akan membebankan segolongan pelajar dan mengakibatkan hak mereka sekali lagi dihakiskan oleh ibu bapa mereka.. Exclamation

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  siewMei on Sat Jun 07, 2008 6:56 pm

yaya,kanak-kanak kini hanya membuat perkara yang diminta atau diharap oleh ibu bapa mereka,mereka langsung tidak mempunyai hak untuk memilih sendiri lagi.Secara tidak langsung,ini bermaksud ibu bapa telah melampaui batasan,sesetengah keputusan yang sepatutnya dibuat oleh kanak-kanak tersebut sendiri. saya rasa mereka patut mengeluarkan pandangan mereka sendiri,jika tidak,lama-kelamaan kemungkinan berlaku salah faham ataupun konflik antara anak dengan ibu bapa. pembelajaran dalam dwibahasa memang akan memberi beban yang lebih berat kepada pelajar,sekarang ditambah pula konflik dan kelas tambahan yang ibu bapa paksa akan menambah berat beban kanak-kanak kini..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  weichian_89 on Sun Jun 08, 2008 6:21 am

ya,kanak-kanak sekarang berbeza dengan kanak-kanak zaman kita,kebanyakan ibu bapa sekarang berpendapatan tinggi dan mereka amat harap anak mereka boleh mendapat kejayaan sehingga hantar anaknya belajar ini dan belajar itu.sekarang ada dwibahasa dalam sukatan sekolah rendah,saya pernah nampak satu berita dari suratkhabar tentang pihak kementrian pelajaran sekarang sedang kaji tentang patutkah menambahkan sukatan sejarah bagi pelajaran sekolah rendah.inilah lagi menambahkan beban pelajar sekolah rendah,bukankah mereka telah mempunyai subjek kajian tempatan yang juga berkaitan dengan sejarah???jika ini benar-benar dimasukkan sukatan sekolah rendah,kesianlah pelajar sekolah rendah.adakah rakan kalian rasa tindakan ini patut diamalkan???

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 29
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  Jennifer Ong on Sun Jun 08, 2008 10:42 am

Jika subjek Sejarah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, saya akan setuju hanya jika subjek itu akan diajar sebagai pengetahuan tambahan kepada pelajar sekolah rendah, bukannya sebagai salah satu mata pelajaran untuk peperiksaan. Pada pendapat saya, jika kerajaan benar-benar mahu menanam sifat patriotik dalam jiwa anak-anak muda seperti pelajar sekolah rendah, pengajaran itu hendaklah dalam bentuk yang lebih menarik seperti tengok wayang sejarah, menceritakan tentang tokoh-tokoh sejarah yang penting, menunjukkan foto-foto, menceritakan apa yang berlaku dalam sejarah dan lain-lain untuk memberi pengajaran kepada pelajar. Cara ini adalah lebih efektif daripada menjadikannya sebagai subjek teori dan peperiksaan kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka akan lebih berminat untuk belajar melalui gambar, wayang dan aktiviti praktikal misalnya pertandingan melukis, bercerita dan kuiz kecil.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  PnLeela on Mon Jun 09, 2008 5:31 pm

Hi kelas,

Saya amat tertarik dengan topik ini, kerana seperti yang dikatakan oleh jeniffer, isu ini hangat diperdebatkan oleh semua pihak. Bahasa amatlah penting sebagai alat perantaraan komunikasi. pembelajaran S& M dalam Bahasa Inggeris akan membantu generasi muda untuk bersaing dalam dunia pekerjaan di peringkat antrabangsa. Tambahan pula rujukan bahan-bahan internet seperti BBC juga akam membantu murid-murid.

Syabas kepada semua pelajar yang menghuraikan fakta dan hujah dengan teratur dan padat. Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  siewMei on Thu Jun 12, 2008 11:27 am

Jennifer Ong wrote:Jika subjek Sejarah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, saya akan setuju hanya jika subjek itu akan diajar sebagai pengetahuan tambahan kepada pelajar sekolah rendah, bukannya sebagai salah satu mata pelajaran untuk peperiksaan. Pada pendapat saya, jika kerajaan benar-benar mahu menanam sifat patriotik dalam jiwa anak-anak muda seperti pelajar sekolah rendah, pengajaran itu hendaklah dalam bentuk yang lebih menarik seperti tengok wayang sejarah, menceritakan tentang tokoh-tokoh sejarah yang penting, menunjukkan foto-foto, menceritakan apa yang berlaku dalam sejarah dan lain-lain untuk memberi pengajaran kepada pelajar. Cara ini adalah lebih efektif daripada menjadikannya sebagai subjek teori dan peperiksaan kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka akan lebih berminat untuk belajar melalui gambar, wayang dan aktiviti praktikal misalnya pertandingan melukis, bercerita dan kuiz kecil.

cheers ya...saya 100% setuju..memang betul apa yang jenifer huraikan.. jika subjek sejarah ini dijadikan satu subjek wajib dalam peperiksaan,maka kanak-kanak belajarnya demi mencapai keputusan yang baik bagi subjek tersebut dan mereka langsung tidak memahami pengajaran sebenar yang tersemai dalam subjek sejarah,mereka hanya menghafal secara membuta-buta dan selepas peperiksaan,semua cerita tentang sejarah sudah tiada lagi..ini merupakan pengalaman saya juga,saya skor A bagi sejarah tapi kini jika saya ditanya tentang sejarah Malaysia,kebarangkalian saya tidak dapat menjawab agaj tinggi,haha.. Very Happy

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI. Pendapat anda?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum