Sanusi Junid syor tubuh Bank Model Ekonomi Baru

View previous topic View next topic Go down

Sanusi Junid syor tubuh Bank Model Ekonomi Baru

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Fri May 14, 2010 4:30 pm

2010/05/14
KUALA LUMPUR: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid mencadangkan penubuhan Bank Model Ekonomi Baru (BMEB) atau Bank 1Malaysia dengan modal sebanyak RM10 bilion yang bermatlamat untuk membasmi kemiskinan
serta menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
Katanya BMEB boleh bertindak sebagai bank konvensional atau institusi kewangan Islam sepenuhnya atau menggabungkan kedua-duanya sekali.
"Ini ialah satu usaha untuk menggabungkan hasrat dan perjuangan yang belum selesai dengan aspirasi generasi masa kini yang mencabar dan membawa Malaysia yang bersatu ke arah kejayaan dalam menghadapi cabaran global yang sering bergolak," katanya.

Beliau berkata demikian di dalam kertas kerja mengenai modal dan kewangan
usahawan Melayu yang dibentangkannya pada Konvensyen Usahawan Melayu 2010
anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini hari ini.

Sumber modal tersebut, katanya, boleh diperolehi dari Petronas, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Haji, zakat,
pelabur serta kerajaan pusat dan negeri.

Antara kegiatan bank berkenaan adalah untuk membiayai pendidikan, pinjaman perumahan, peniaga kecil, pelancongan, kesihatan, penanam padi, petani,
penternak dan nelayan, kraftangan, industri kampung, industri kecil dan
sederhana. - Bernama
avatar
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum