Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

View previous topic View next topic Go down

Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  PnLeela on Mon May 26, 2008 9:23 am

Hi kelas,

Tahukah anda, berita terbaru yang terpapar dalam akhbar adalah berkaitan dengan komen pihak-pihak tertentu tentang pakaian pelajar sekolah yang dianggap menjolok mata. Buletin utama juga mengutarakan bebrapa pendapat yang mengatakan pakaian pelajar sekolah yang jarang juga menjadi punca kes rogol uang berleluasa dalam kalangan pelajar.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Cool

Nyatakan dengan ringkas dan padat

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  Jennifer Ong on Mon May 26, 2008 9:57 am

Saya berpendapat bahawa pernyataan yang dibuat oleh pelajar Munirah itu tidak rasional. Ada banyak sebab yang menyebabkan kes rogol berlaku. Mengapakah perlu sampai menuding jari ke atas pakaian yang dipakai oleh pelajar perempuan ke sekolah? Banyak orang yang memakai bikini sahaja di pantai-pantai Miami dan negara-negara Barat yang lain, tetapi tidak banyak kes yang menyatakan perempuan di situ dirogol kerana pakaian seksi mereka. Pada musim panas di negara barat, kebanyakan penduduknya memakai pakaian yang jarang kerana cuaca yang panas, tetapi kes rogol di negara tersebut tidak menampakkan peningkatan yang ketara secara tiba-tiba pun. Malah, kes-kes rogol di Malaysia banyak melibatkan kanak-kanak seperti kes Nurin. Adakah dia berpakaian seksi untuk ke pasar?

Saya rasa penduduk negara kita perlu mengubah perspektif mereka terhadap kes-kes ini.
Kenapa tidak menyalahkan lelaki yang tidak boleh mengawal nafsu mereka? Kalau perempuan tidak boleh memakai pakaian seksi kerana akan meningkatkan nafsu lelaki, bagaimana kalau kita terus sahaja menghentikan pengeluaran hormon testosteron lelaki ataupun terus memandulkan sahaja mereka yang tidak boleh mengawal nafsu mereka? Kan lebih baik begitu? Bagaimana kalau semua penduduk di Malaysia sudah berpakaian 'tutup semua badan' dan lelaki masih tidak boleh mengawal nafsu mereka kerana alasan seperti mereka berasa terangsang selepas mendengar suara perempuan, melihat cara berjalan perempuan ataupun melihat wajah perempuan? Takkan kita tidak boleh bercakap, berjalan ataupun mesti tutup muka kita dengan "mask" untuk mengelakkan mereka berasa gatal?

Ada lagi kes seperti perempuan haruslah diberi kesedaran tentang poligami. Ada wakil rakyat yang menyatakan bahawa isteri-isteri tidak memahami bahawa suami-suami mereka perlu "berseronok" semasa isteri mereka sedang hamil ataupun mangalami "masalah"(menopause). Ke manakah intelek manusia? Banyak kes mati pucuk yang didapati dalam kalangan lelaki di Malaysia. Kalau begitu, perempuan juga boleh bersuami empatlah kerana mereka juga manusia yang ingin memenuhi kepuasan mereka semasa suami mereka mengalami "masalah" tersebut.

Secara tuntas, walaupun faktor pakaian juga merupakan salah satu punca berlakunya kes rogol, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa punca utama terletaknya pada kebolehan mengawal nafsu lelaki itu sendiri. Oleh itu, kanak-kanak haruslah diberi pendidikan tentang perbezaan jatina dari awal lagi. Mereka juga harus belajar untuk menghormati satu sama lain dan melayan rakan dari jantina yang berbeza secara sopan santun. Harap-harap, rakyat Malaysia boleh berfikir secara rasional dan melayan sesama diri dengan penuh rasa hormat supaya kes rogol dapat dikurangkan, bukan dengan hanya menyalahkan pihak wanita sahaja.


Last edited by Jennifer Ong on Wed May 28, 2008 4:04 pm; edited 1 time in total

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

RE: Pakaian Pelajar Sekolah Seksi

Post  NCH CHEAN on Mon May 26, 2008 2:16 pm

Saya amat setuju dengan pakaian pelajar sekolah yang seksi juga menjadi salah satu punca kes rogol yang berleluasa .Pada masa ini, ramai pelajar ingin mengikut fesyen .Mereka berpendapat bahawa memakai pakaian yang jarang dapat menunjukkan betapa fesyen mereka yang ada.Terdapat juga dalam kalangan mereka yang berpendapat bahawa berpakaian yang formal adalah meninggalkan zaman dan amat diketawakan .Hal ini harus diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja bagi pelajar perempuan sendiri maka juga pihak sekolah dan ibu bapa mereka.Pihak sekolah seharusnya mengetatkan peraturan sekolah bagi menyekat pelajar perempuan berpakaian seksi agar diri tidak menjadi mangsa rogol.Di samping itu, ibu bapa juga harus membetulkan pemikiran anak mereka yang berpendapat bahawa berpakaian jarang adalah salah satu fesyen .Ibu bapa seharusnya membimbing mereka dan menasihati mereka dan menunjukkan beberapa contoh kes-kes rogol yang disebabkan pemakaian jarang kepada anak mereka agar mereka akan bersedar dan tidak melakukan peristiwa sebegitu lagi.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Mon May 26, 2008 8:01 pm

Topik ini topik yang agak bagus untuk dibincangkan.. Laughing

Saya agak setuju dengan pendapat kakak Bunga.. Saya berasa apa yang beliau cakap adalah sangat munasabah.. Saya berasa dalam kes rogol, lelaki yang seharusnya dihukum dan bukanlah perempuan yang difitnah.. jikalau pakaian perempuan menjadi satu punca yang akan menyebabkan kes rogol berlaku, mengapakah terdapat juga kes rogol yang berlaku di negara asia barat yang wanitanya berpakaian secara tutup? Saya berasa kes rogol ini berlaku kerana perogol tidak dapat/tahu mengawal nafsu mereka.. Seperti apa yang kakak Bunga cakap, saya berasa pendidikan seks adalah sangat penting di masyarakat kita.. fikiran tradisional generasi dahulu seharusnya bertukar ( cubalah tengok tayangan 银楼金粉 , tayangan ini memberikan ajaran bahawa fikiran tradisional haruslah bertukar! ).. berfikirlah secara terbukalah! sekarang adalah generasi yang baru.. What a Face

Selain itu, saya ingin memberikan satu cara untuk mengelakkan penyakit AIDS tersebar dengan berleluasan..
Sila gunakan Kondom semasa anda ..xx.. Terima Kasih..
Di negara barat, terdapat banyak wanita yang asyik bersediakan kondom di dalam beg mereka.. Keadaan ini berlaku kerana di negara mereka terdapat banyak kes rogol berlaku.. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti penyakit AIDS perogol, mangsa wanita yang terlibat di dalam kes rogol akan cuba menasihati perogol menggunakan kondom ( jika tidak dapat larikan diri daripada kes itu berlaku ).. tapi, saya tidak tahu perogol akan gunakan atau tidak lah..
<<< Kisah Benar >>>

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  siewMei on Tue May 27, 2008 6:17 pm

wah...Pandangan saudari jenifer memang menakjubkan,saya amat setuju dengan apa yang dikemukan olehnya.. cheers
memang betul cakapnya,kita tidak boleh hanya menuding jari pada perempuan atas masalah merogol di negara kita,ini amatlah tidak adil jika hanya menyalahkan perempuan kerana pakaian seksi ini menyebabkan lelaki tidak dapat mengawal nafsu mereka. malahan saya tidak rasa pakaian seragam ini seksi,ia dianggap seksi kerana masalah kualiti fabrik yang membuat pakaian seragam perempuan. Masalahnya bukan berpunca daripada pakaian seragam,pakaian seragam kini telah menutup semua bahagian penting tubuh badan kita,masalahnya ialah fabrik pakaian seragam sesetengah agak "transparent",ini merupakan masalah fabrik itu bukannya pakaian seragam kita..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  Jennifer Ong on Wed May 28, 2008 3:59 pm

Memang betul kata siew mei, baju sekolah bukannya punca utama berlakunya kes rogol.

Walau bagaimanapun, saya rasa kualiti kain baju kemeja sekolah pelajar-pelajar tidak baik.
Maksud saya, kain yang digunakan untuk dijahitkan sebagai baju sekolah akan melekit pada badan kita jika kita berpeluh. Memanglah betul baju sekolah pelajar tidak cukup tebal, tapi kalau nak jadikan tebal pun biarlah ia bersesuaian dengan cuaca panas di Malaysia.
Pendapat saya tentang baju sekolah kita ialah baju tersebut seakan-akan memerangkap haba di sekeliling dalam baju itu. Saya kata begitu kerana saya berasa panas sangat apabila memakai baju itu.
Saya harap kajian akan dibuat oleh kerajaan untuk meneliti kualiti baju sekolah pelajar dan memilih bahan yang lebih sesuai untuk membuat baju sekolah.


Last edited by Jennifer Ong on Fri May 30, 2008 3:04 pm; edited 1 time in total

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Pakaian pelajar di sekolah

Post  wenze on Fri May 30, 2008 12:52 pm

Sebagai seorang pelajar perempuan,saya rasa memang bukan satu punca utama pakaian pelajar di sekolah adalah seksi sehingga menyebebkan kes rogol berlaku.Memang tdk blh dinafikan bahawa pd sesetengah masa pakaian sekolah blh memyebabkan pelajar berasa tdk selesa @ berasa panas,terutamanya mereka yg memakai baju berlengan pjg.Tetapi disini saya ingin mengutarakan suatu fenomena yg sedang berlaku di sekolah kita di kalangan pelajar perempuan.Ada sesetengah pelajar perempuan yg sengaja tdk memakai baju mereka dgn cara yg sesuai @ "elok".mereka sengaja tdk mahu membutangkan butang yg terakhir(teratas).saya berasa hairan & tdk faham akan perbuatan mereka.Adakan mereka berasa panas?ATAU sengaja mahu biar sesetengah orang tertarik dgn mereka @ melihat mereka?Adakah mereka tdk mementingkan kesopanan & juga imej mereka.Apakah pandangan abang & kakak kalian tentang isu ini?

wenze

Posts : 7
Join date : 2008-01-14

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  Jennifer Ong on Fri May 30, 2008 3:19 pm

Betul!! Betul!! Apa yang Wen Ze cakap betul.
Saya juga dapat perhatikan yang banyak pelajar perempuan dan juga lelaki sekolah tidak membutangkan butang pertama baju mereka.

Bagi pihak lelaki, mungkin mereka rasa mereka ada otot dada, sebab itulah mereka suka sangat untuk menunjukkan dada mereka, tetapi daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar lelaki sekolah kita yang tunjuk dada sebenarnya hanya tunjuk tulang rusuk mereka, tidak seksi pun.

Bagi pihak perempuan pula, ada yang tidak membutangkan butang pertama, ada yang tidak mencangkuk cangkuk yang ada di pinafore mereka. Mungkin pelajar perempuan juga mahu menunjukkan bahawa mereka ada buah dada yang besar dan menarik, supaya pelajar lelaki akan tergoda. Bagaimanapun, pada pendapat saya, kalau nak tunjuk pun biarlah di luar kawasan sekolah. Sekolah adalah tempat rasmi untuk belajar, tidak sesuailah kalau mereka berbuat begitu.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Fri May 30, 2008 6:43 pm

haha... kenapa kakak bunga sangat shock dalam pembalasan di atas ini.. haha.. Laughing

Saya ingin memberikan pertahanan terhadap lelaki kepada kakak bungan... kadang kala, memanglah panas barulah kita membuka butang teratas lah.. (tetapi saya biasanya buka butang di tengah..-- tiada orang mahu tengok perut cantik saya.. Embarassed ) Selain itu, bukan semua lelaki mahu menunjukkan dada mereka ( seperti apa yang kakak bunga cakap -- tak cantik, macam mana boleh tunjuk? ) Saya berasa mereka ingin menunjukkan kejahatan / kelelakian / kesemangat mereka.. mereka mungkin berasa jika berbaju sebegini , mereka akan lebih bersemangat ( seperti kongsi gelap.. semua biasanya tidak menutup butang teratas ) selain itu, mereka just mungkin berasa semua pelajar bersopan-santun / jenis belajar / tidak jahat asyik menutupkan butang teratas mereka supaya nampak lebih macam pelajar bagus.. Mungkin ini juga merupaka satu simbol di antara mereka...

Bagi pelajar perempuan pula, saya tidak begitu bersetuju dengan kakak Bunga,, saya berasa.. kebanyakan mereka tidak mempunyai dada yang besar / xx / .. / etc. macam mana mereka menunjukkan ? atau mereka hanya ingin menunjukkan bahawa kulit badan mereka sangat putih, dan ingin menyebabkan orang lain cemburu.. hehe.. Evil or Very Mad

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  siewMei on Sat May 31, 2008 6:37 pm

pada pendapat saya,salah satu sebab perempuan tidak membutangkan butang pertama mereka adalah seperti yang dikatakan oelh weizhen bahawa mereka mahu menunjukkan buah dada mereka yang "besar".. Shocked
saya rasa selain daripada itu,mereka juga harap dapat menunjukkan betapa "slim"nya badan mereka kepada pelajar lelaki,iaitu mempunyai bentuk badan yang langsing... Razz oleh itu mereka tidak membutang cangkuk pada pinafore mereka...demi menunjukkan pinggang mereka kecil dan buah dada yang besar!!! Shocked
Dai segi lelaki,saya rasa kata-kata tohwai dan weizhen dua-dua juga munasabah...kedua-dua faktor yang disebut oleh abang dan kakak merupakan sebab mereka tidak membutangkan butang pertama mereka..
Saya rasa mereka yang berpakaian sedemikian(tidak kemas) adalah kerana mereka masih mempunyai fikiran yang belum matang,bukannya mereka tidak mementingkan imej mereka..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  penyang on Sat Jun 07, 2008 7:52 pm

memang betul percakapan kalian baju sekolah bukanlah punca utama yang menyebabkan kes rogal.
Pada pendapat saya baja sekolah malaysia terutamanya baju sekolah perempuan adalah agar kemas dan bukannya menjolok mata.
Cuba tengoklah pakaian sekolah negara lain seperti Jepun ,Korea, Taiwan,.... adakah itu merupakan menjolok mata jika dibandingkan dengan pakaian sekolah kita? Embarassed Embarassed
Tengoklah juga atelit-atelit... adakah mereka memakai pakaian yang menutup segala tubuh badan untuk pertandingan berenang?? Laughing
Berfikir secara positif..Jika pakaian sekolah ditukar, adakah indeks jenayah rogol akan menurun? jawapannya tidak..

penyang

Posts : 9
Join date : 2008-06-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  weichian_89 on Sun Jun 08, 2008 5:42 am

saya amat setuju dengan pandangan rakan kalian,walaupun uniform sekolah bukan salah satu punca berlakunya kes rogol,tetapi saya berasa pakaian-pakaian pelajar sekarang memang tidak senonoh.saya dapat perhatian tentang uniform sekolah sesetengah pelajar perempuan terlalu pendek dan ketat.memanglah saya hairan,adakah mereka ini memakai bajunya dengan selesa???selain itu,saya juga dapat perhatian sesetengah uniform pelajar pernah diubahsuaikan,adakah ini dibenarkan???walaupun terdapat peraturan yang menentukan kepanjangan skirt,tetapi saya rasa pihak sekolah haruslah ambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 26
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  siewMei on Thu Jun 12, 2008 11:49 am

weichian_89 wrote:saya amat setuju dengan pandangan rakan kalian,walaupun uniform sekolah bukan salah satu punca berlakunya kes rogol,tetapi saya berasa pakaian-pakaian pelajar sekarang memang tidak senonoh.saya dapat perhatian tentang uniform sekolah sesetengah pelajar perempuan terlalu pendek dan ketat.memanglah saya hairan,adakah mereka ini memakai bajunya dengan selesa???selain itu,saya juga dapat perhatian sesetengah uniform pelajar pernah diubahsuaikan,adakah ini dibenarkan???walaupun terdapat peraturan yang menentukan kepanjangan skirt,tetapi saya rasa pihak sekolah haruslah ambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Sudah tentu tidak dibenarkan,akan tetapi pelajar perempuan masih pergi mengubahsuaikan uniform mereka..Pelajar seperti ini memang tahu perbuatan ini melanggar peraturan sekolah,tetapi mereka tetap mengubahsuaikan uniform mereka kerana mereka berasa selepas pengubahsuaian itu barulah mereka terlihat lebih "trend" dan mereka tidak ketinggalan dari dunia "fashion"..selain itu,kebelakangan ini saya nampak beberapa pelajar lelaki yang membawa beg yang saya rasa beg itu lebih sesuai digunakan oleh perempuan.mengapa ya?kenapa cara pemakaian kini semakin "hebat"? Shocked

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  hawjiun on Thu Jun 12, 2008 3:51 pm

Pada pendapat saya pula, saya berasa pakaian sekolah rasmi sememangnya tidak menjolok mata. Hal ini boleh berlaku kerana sikap pelajar yang ingin mengejar trend-trend yang terkini. Ibubapa juga memainkan peranan yang penting. Sekiranya ibubapa mengambil berat terhadap pakaian anak-anaknya, maka tidaklah berlaku hal sebegini.Saya berasa hal seperti ini sepatutnya berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. Berkemungkinan pelajar tersebut dipengaruhi oleh rakan sebayanya ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti media-massa dan persekitaran.Akhirnya saya berasa pihak sekolah seharusnya mengkaji gejala ini supaya masalah ini tidak berlanjutan. Laughing

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Fri Jun 13, 2008 10:14 am

Ya, saya juga berpendapat bahawa uniform sekolah tidak menjolok mata dan agak sesuai dengan persekitaran yang panas di Malaysia.. akan tetapi, pernahkah kakak dan abang kalian ternampak terdapat segolongan kecil pelajar suka memakai baju sejuk? mereka asyik memakai baju sejuk yang panjang supaya uniform sekolah mereka tidak dapat dinampak.. adakah mereka memang berasa sejuk / sakit / hanya mahu mengejar trend baju sejuk? negara kita adalah negara di khatulistiwa, saya berasa kami akan berasa sangat panas jika kita masih memakai baju sejuk walaupun dalam cuaca yang panas..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  hawjiun on Fri Jun 13, 2008 10:51 am

Betul kata anda abang toh wai.Terdapat segelintir pelajar di sekolah suka memakai baju sejuk pada bila-bila masa walaupun pada hari panas. Ini merupakan contoh kepada sikap pelajar yang suka mengikut trend-trend yang terkini. Adakah memakai pakaian seragam sekolah adalah perkara yang amat menjijikan? Saya berasa memakai pakaian seragam sekolah merupakan sesuatu yang membanggakan. Apabila kita meninggalkan sekolah kita, kita berkemungkinan tiada peluang untuk memakai pakaian seragam. Apakah pendapat kalian? Cool Cool

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Fri Jun 13, 2008 11:17 am

ya, saya berasa memakai pakaian seragam adalah agak bagus kerana kita tidak akan mudah dipengaruhi oleh trend-trend di luar.. pelajar-pelajar juga tidak akan suka menunjukan kekayaan mereka di hadapan kawan mereka dan ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada persaingan barang-barangan.. ini dapat memastikan pelajar-pelajar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dengan tidak dipengaruhi oleh sikap negatif ini.. ini juga akan memastikan tidak mempunyai jurang ketahapan di antara pelajar.. pelajar-pelajar yang kaya dan miskin boleh belajar dengan lebih mesra.. (terdapat banyak sekolah di luar negara yang tidak mempunyai uniform sekolah, sekumpulan daripada pelajar yang kaya membentukkan golongan kaya yang mengasingkan pelajar yang miskin daripada berkawan dengan mereka..)

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  hawjiun on Sat Jun 14, 2008 10:03 am

vinclam1314 wrote:ya, saya berasa memakai pakaian seragam adalah agak bagus kerana kita tidak akan mudah dipengaruhi oleh trend-trend di luar.. pelajar-pelajar juga tidak akan suka menunjukan kekayaan mereka di hadapan kawan mereka dan ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada persaingan barang-barangan.. ini dapat memastikan pelajar-pelajar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dengan tidak dipengaruhi oleh sikap negatif ini.. ini juga akan memastikan tidak mempunyai jurang ketahapan di antara pelajar.. pelajar-pelajar yang kaya dan miskin boleh belajar dengan lebih mesra.. (terdapat banyak sekolah di luar negara yang tidak mempunyai uniform sekolah, sekumpulan daripada pelajar yang kaya membentukkan golongan kaya yang mengasingkan pelajar yang miskin daripada berkawan dengan mereka..)

Selain itu , memakai pakaian seragam sekolah juga boleh melambangkan sekolah kita. Orang luar akan melihat lencana sekolah kita semasa kita berada di luar kawasan sekolah. Sekiranya pelajar itu berkelakuan baik,maka ia dapat memberi pandangan yang baik kepada orang luar. Sebaliknya, sekiranya pelajar itu tidak berkelakuan baik maka orang luar akan menganggap sekolah itu mempunyai reputasi yang tidak baik. Apakah pandangan kalian ? Smile Smile

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Sat Jun 14, 2008 12:24 pm

Urm.. saya ada sedikit pandangan lain mengenai uniform sekolah ini.. saya tidak setuju bahawa pelajar yang memakai uniform sekolah boleh menjadi wakil pelajar sekolah kerana bilangan pelajar sekolah adalah sangat besar, dalam bilangan pelajar yang besar ini, tentulah terdapat banyak pelajar yang baik dan jahat.. oleh itu, pelajar yang memakai baju uniform tidak boleh menjadi wakil semua pelajar di sekolah itu... selain itu, terdapat banyak sekolah yang mempunyai rencana yang terjahit di tali leher atau rencananya ialah badge sahaja... apabila ini diambil keluar, badan uniform pelajar mungkin tidak boleh menunjukkan pelajar itu adalah dari sekolah yang mana.. Very Happy

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  Jennifer Ong on Sat Jun 14, 2008 4:25 pm

Tapi saudara Toh Wai, biasanya kalau seseorang pelajar sekolah yang memakai baju sekolah yang rencana sekolah terjahit atasnya melakukan perkara yang salah ataupun tidak senonoh di luar kawasan sekolah, mengikut stigma sosial di Malaysia, penduduk Malaysia tentunya akan terus membuat kesimpulan bahawa pelajar sekolah tersebut tidak bermoral.. Inilah sikap sesetengah penduduk Malaysia yang patut dihentikan. Disebabkan sikap inilah isu tentang baju seragam sekolah diutarakan. Sikap segelintir penduduk Malaysia yang berfikiran sempit dan tidak rasional telah menyebabkan beberapa isu yang dari awal lagi tidak sepatutnya diujarkan dijadikan isu hangat.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  hawjiun on Sat Jun 14, 2008 7:21 pm

Jennifer Ong wrote:Tapi saudara Toh Wai, biasanya kalau seseorang pelajar sekolah yang memakai baju sekolah yang rencana sekolah terjahit atasnya melakukan perkara yang salah ataupun tidak senonoh di luar kawasan sekolah, mengikut stigma sosial di Malaysia, penduduk Malaysia tentunya akan terus membuat kesimpulan bahawa pelajar sekolah tersebut tidak bermoral.. Inilah sikap sesetengah penduduk Malaysia yang patut dihentikan. Disebabkan sikap inilah isu tentang baju seragam sekolah diutarakan. Sikap segelintir penduduk Malaysia yang berfikiran sempit dan tidak rasional telah menyebabkan beberapa isu yang dari awal lagi tidak sepatutnya diujarkan dijadikan isu hangat.

Saya bersetuju dengan pandangan Ketua kelas kita kakak jennifer. Pemikiran masyarakat perlu berubah pada masa kini. Kita tidak boleh mementukan pelajar tersebut dengan melihat lencana sekolahnya. Walaupun sekolah tersebut berlakulah masalah-masalah remaja. Namun, hal ini tidak boleh dihindari oleh setiap sekolah. Setiap sekolah juga akan menghadapi masalah sedemikian. Justeru, inilah tujuan penubuhan guru kaunseling di sekolah dilaksanakan di setiap sekolah demi untuk mendidik dan mengawal masalah-masalah yang berkaitan dengan remaja. Very Happy Very Happy

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Sun Jun 15, 2008 12:58 pm

ya, ini memanglah realiti kehidupan kita.. sebagai contoh, seorang pelajar yang nampaknya seorang pelajar jahat (dari pandangan luar) mungkin berkelakuan bagus dan baik serta mungkin lebih baik daripada pelajar-pelajar yang nampaknya seorang pelajar baik.. Kita tidak boleh memutuskan kelakuan atau sikap seseorang dengan hanya melihat pandangan luaran seseorang.. walaubagaimanapun, realiti ini tidak boleh dihindarikan (mungkin bukan tidak boleh, tetapi sangat sukar ) misalnya, kakak dan abang kalian juga sentiasa menganggap sikap atau kelakuan seseorang dengan hanya melihat kepada pandangan luar sahaja.. selagi kami tidak atau belum mengetahui tentang lebih banyak tentang seseorang, tentulah sukar kita memutuskan kelakuan atau sikap seseorang..
sebagai contoh yang bagus, walaupun saya tidak sangat kacak, walaupun saya nampaknya bukan seorang pelajar yang baik, walaupun saya dinampak seperti orang yang kedekut... akan tetapi, saya seorang yang baik hati, pelajar yang baik, dan kemungkinan besarnya lebih baik hati daripada seseorang yang nampaknya kacak.. Smile

haha... adik cakap saja.. kalian boleh anggapkannya sebagai satu contoh yang baik juga.. haha..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  hawjiun on Tue Jun 17, 2008 9:33 am

vinclam1314 wrote:ya, ini memanglah realiti kehidupan kita.. sebagai contoh, seorang pelajar yang nampaknya seorang pelajar jahat (dari pandangan luar) mungkin berkelakuan bagus dan baik serta mungkin lebih baik daripada pelajar-pelajar yang nampaknya seorang pelajar baik.. Kita tidak boleh memutuskan kelakuan atau sikap seseorang dengan hanya melihat pandangan luaran seseorang.. walaubagaimanapun, realiti ini tidak boleh dihindarikan (mungkin bukan tidak boleh, tetapi sangat sukar ) misalnya, kakak dan abang kalian juga sentiasa menganggap sikap atau kelakuan seseorang dengan hanya melihat kepada pandangan luar sahaja.. selagi kami tidak atau belum mengetahui tentang lebih banyak tentang seseorang, tentulah sukar kita memutuskan kelakuan atau sikap seseorang..
sebagai contoh yang bagus, walaupun saya tidak sangat kacak, walaupun saya nampaknya bukan seorang pelajar yang baik, walaupun saya dinampak seperti orang yang kedekut... akan tetapi, saya seorang yang baik hati, pelajar yang baik, dan kemungkinan besarnya lebih baik hati daripada seseorang yang nampaknya kacak.. Smile

haha... adik cakap saja.. kalian boleh anggapkannya sebagai satu contoh yang baik juga.. haha..

Abang telah menggunakan contoh yang saya ingin menafikannya haha Very Happy Very Happy Sebenarnya abang juga sangat kacak, disukai oleh semua pelajar tidak mengira umur. Tidak seperti saya, selalu keseorangan sahaja. Sad Saya berasa sebenarnya kita boleh merasai samada seseorang itu mempunyai akhlak yang baik melalui percakapan, penampilan, dan lain-lain. Bukan hanya melalui pandangan sahaja. Melalui percakapan kita boleh tahu bahawa pelajar itu bermoral atau tidak. Bagi seseorang yang tidak bermoral mereka akan menambahkan sedikit bahasa kasar dalam perbualannya. Jelaslah bahawa kita dapat menentukan seseorang kelakuan dengan pandangan tetapi dari segi lain. Apakah pandangan kalian?

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 26
Location : Kuala Lumpur

View user profile http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  vinclam1314 on Tue Jun 17, 2008 11:33 am

Ya. Saya setuju dengan kami mungkin boleh menentukan seseorang dengan melihatnya daripada pandangan yang lain tetapi saya amat tidak setuju dengan menentukan seseorang dengan melihatnya daripada perbualannya. Ini adalah kerana terdapat banyak orang juga akan berpura-pura dalam perbualan mereka. mereka mungkin berkelakuan baik dalam perbualan tetapi dalam hatinya tidak.. Ini dapat dikenali dengan melihat banyak drama.. terdapat banyak watak jahat sentiasa berpura-pura baik di hadapan orang lain.. Cool

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 27
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  weichian_89 on Tue Jun 17, 2008 5:39 pm

tapi...saya rasa dunia ini adalah realiti,kebanyakan orang akan menengokkan penampilan sahaja apabila megenal seseorang.mereka hanya menggunakan "first impression" untuk menentukan orang tersebut sama ada berkelakuan baik atau tidak.mereka jarang akan mengambil tahu lebih pedalam tentang seseorang,kerana ini perlu mengambil jangka masa yang panjang.oleh itu,kebanyakan orang akan menilaikan seseorang dengan "first impression" sahaja. Crying or Very sad

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 26
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Pakaian pelajar sekolah SEKSI?

Post  Sponsored content Today at 8:55 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum