PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kegagalan kempen ”Belilah Barangan Buatan Malaysia”

Go down

Kegagalan kempen ”Belilah Barangan Buatan Malaysia” Empty Kegagalan kempen ”Belilah Barangan Buatan Malaysia”

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 6:25 pm

Kempen `Belilah Barangan Buatan Malaysia” bukanlah perkara baru di negara kita. Kempen ini dibuat secara besar-besaran oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Namun, hasil yang diperoleh tidaklah membanggakan. Hal ini demikian kerana masih ramai di kalangan masyarakat yang seakan-akan tidak mengendahkan kempen tersebut.

Punca perdana masyarakat lebih mengutamakan barang import adalah kerana masyarakat lebih yakin terhadap kualiti barang import. Masyarakat kita mendewa-dewakan harang import kerana menganggap penggunaan barang import dapat memperlihatkan gaya iidup yang tinggi. Hal ini membuatkan barang tempatan dipandang rendah dan masyarakat menganggap akan berlaku suatu pembaziran sekiranya mereka membeli barang keluaran tempatan.

Punca kedua berkaitan dengan aspek status. Masyarakat negara kita yang berkedudukan tinggi gemar menggunakan barang import dengan tujuan untuk memperlihatkan kedudukan mereka itu kepada rakan-rakan dan pihak-pihak tertentu. Tidak kira sama ada mereka berbelanja di dalam negara atau di luar negara, mereka lebih mengutamakan barang import. Mereka akan berasa puas hati sekiranya dapat menggunakan barang import yang lebih mahal harganya. Mereka menganggap semua ini dapat menunjukkan suatu status yang tinggi dalam masyarakat.

Punca seterusnya ialah kedudukan kewangan atau kuasa beli yang turut mempengaruhi minat masyarakat terhadap barang tempatan. Golongan kaya atau mewah gemar akan barang import sesuai dengan kedudukan ekonomi mereka. Mereka juga memandang rendah terhadap barangan tempatan yang dianggap tidak bermutu, rendah taraf dan boleh menjejaskan kedudukan ekonomi atau status mereka dalam masyarakat.


Bolehkah saudari-saudara memberikan satu langkah menggalakkan kempen ini ?
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum