PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki mandul tak perlu malu dapatkan rawatan

Go down

Lelaki mandul tak perlu malu dapatkan rawatan Empty Lelaki mandul tak perlu malu dapatkan rawatan

Post  yeow_U6A/2010 Fri May 14, 2010 8:25 am

KUALA LUMPUR: Ramai lelaki yang mandul kini tidak malu untuk mendapat rawatan kesuburan dan memilih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai pusat rawatan pilihan kerana kos yang murah dan mutu perkhidmatan terjamin.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata caj perkhidmatan yang dikenakan agensi itu sejak diwujudkan pada 1978 adalah lebih rendah berbanding pusat perubatan swasta yang turut menawarkan perkhidmatan sama bagi membolehkan mereka mendapat zuriat. Beliau berkata sehingga kini, pihaknya berjaya membantu lebih 3,000 pasangan mendapat anak menerusi beberapa kaedah yang ditawarkan termasuk injeksi intracytoplasmik sperma (ICSI) dan persenyawaan berhadas. “LPPKN sudah lama menawarkan perkhidmatan ini dan kita memang menggalakkan mereka yang ada masalah kemandulan datang mendapat rawatan segera. Bilangan golongan lelaki yang datang untuk mendapat rawatan khusus seperti masalah sperma yang rendah semakin meningkat di LPPKN,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kadar kemandulan lelaki bagi pasangan berkahwin di negara ini kini semakin meningkat iaitu 60 peratus, berbanding wanita 40 peratus berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan seks bebas.

Kelmarin, Ketua Pusat Infertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zainul Rashid Mohamad Razi berkata nisbah itu kemungkinan mampu mencecah lebih 70 peratus bagi lelaki kerana keengganan golongan berkenaan membuat pemeriksaan tahap kesuburan di hospital.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Kesihatan Reproduktif LPPKN, Kamarulfaridah Kamarulzaman berkata golongan wanita selalunya berusaha mencari jalan untuk mendapat rawatan, menyebabkan pasangan mereka turut berbuat demikian.
“Mereka bersikap ego, anggap masalah mandul berpunca dari wanita, sedangkan masalah itu mungkin berpunca dari mereka.

“Sekarang ramai yang ingin mendapat rawatan sehingga mereka terpaksa menunggu sehingga beberapa bulan baru boleh mendapatkan rawatan dari LPPKN yang menyediakan kemudahan ini di ibu pejabat, Ipoh, Shah Alam dan Johor kerana mempunyai kemudahan perbuatan yang canggih,” katanya

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum