Suara ibu boleh tenangkan anak

View previous topic View next topic Go down

Suara ibu boleh tenangkan anak

Post  HsianMin (U6B/2010) on Thu May 13, 2010 12:18 pm

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa.

Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. – Reuters


Jadi, pihak ibu patut meluangkan masa untuk bersembang dengan anak-anak. Ibu bapa haruslah membantu anak yang masih mentah dalam menyelesaikan masalah dan mendengar rungutan mereka. Perbuatan ini mendatangkan manfaat ke atas anak-anak di samping mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu.
Very Happy Very Happy

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum