Debu gunung berapi Iceland menuju Turki

View previous topic View next topic Go down

Debu gunung berapi Iceland menuju Turki

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Wed May 12, 2010 5:09 pm

RABAT: Debu akibat letusan gunung berapi di Iceland kini menghala ke Afrika Utara menuju ke Turki semalam, memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang Casablanca di Maghribi di samping lapangan terbang Sepanyol dan ruang udara Turki.

“Lima lapangan terbang di Maghribi - Casablanca, Rabat-Sale, Tangiers, Tetouan dan Essaouria, ditutup petang semalam, bagi menjamin tahap keselamatan maksimum untuk penumpang,” kata pihak berkuasa penerbangan awam di Maghribi.

Lapangan terbang Maghribi tidak terjejas bulan lalu apabila letusan gunung berapi Eyjafjallajokul 14 April lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya penggantungan trafik udara lima hari di Eropah

Debu itu juga menyebabkan kekecohan Selasa lalu di kawasan berhampiran Sepanyol, memaksa lapangan terbang Tenerife, La Palma dan La Gomera di Kepulauan Canary ditutup dan menjejaskan berpuluh-puluh penerbangan. – AP

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum