PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia gerbang pelabur Asia Barat

Go down

Malaysia gerbang pelabur Asia Barat Empty Malaysia gerbang pelabur Asia Barat

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed May 12, 2010 11:12 am

2010/05/12
SEBAGAI pusat pengurusan dana Islam terbesar di Asia, Malaysia kini berada pada kedudukan kukuh sebagai gerbang untuk pelabur asing, terutama dari Asia Barat, bagi mempelbagai portfolio mereka di rantau ini.

Rakan Kongsi dan Pemimpin Kewangan Islam Global PricewaterhouseCoopers (PwC), Mohammad Faiz Azmi, berkata tidak seperti negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang di-sokong oleh pelaburan dalam industri petroleum, industri pengurusan dana Islam Malaysia dipacu oleh sektor swasta domestik yang kukuh, hasil daripada ekonomi terbukanya yang cergas.
Dalam pasaran Asia yang mempunyai pertumbuhan tinggi, kita mempunyai infrastruktur perundangan yang tepat dalam kewangan Islam, perakaunan serta struktur percukaian yang baik, selain perkhidmatan dan produk yang bermutu.
“Ini semua baik untuk menarik pelabur ke dalam negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran penerbitan PwC ‘Gerbang ke Asia: Malaysia, Hab Kewangan Islam Antarabangsa’ di Kuala Lumpur, semalam.

Industri perbankan Islam Malaysia sudah menunjukkan pertumbuhan ketara sejak lima tahun lalu, dengan aset meningkat sekali ganda kepada RM233.7 bilion sehingga akhir 2009 berbanding RM111.8 bilion pada 2005.

Terdapat banyak kapasiti kewangan dan mudah tunai dalam institusi perbankan Islam Malaysia, dengan nisbah pembiayaan kepada deposit 1.0:1.4.

Bagi industri pengurusan dana Islam, ia berkembang daripada hanya dua dana unit amanah Islam pada 1993 kepada 145 dana pada 2009.
Dana Islam Global dianggarkan mengurus aset kira-kira RM231.7 bilion tahun lalu, dengan sebahagian besarnya dari Malaysia dan negara anggota GCC.

Kita juga mempunyai kerangka kerja Syariah yang lebih jelas dan baik dan menawarkan lebih banyak urus niaga yang lebih menarik untuk pelabur asing berbanding negara jiran," kata Mohammad Faiz.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum