PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Realiti "Ketaksuban" Gula

Go down

Realiti "Ketaksuban" Gula Empty Realiti "Ketaksuban" Gula

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed May 12, 2010 12:42 pm

ANDA suka makanan manis? Jadi, jangan terkejut jika ada yang mengatakan bahawa anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar! Ini bukan kritikan tidak berasas.

Pakar dermatologi terkemuka dunia, Dr. Nicholas Perricone telah berkali-kali menekankan bahawa gula adalah perosak keremajaan kulit.

Lebih tepat, gula mampu memecutkan kadar penuaan manusia tanpa disedari. Dalam satu temu ramah bersama ensiklopedia dalam talian Discovery Health, beliau menjelaskan bahawa pengambilan gula atau makanan tinggi gula boleh membinasakan tahap keanjalan dan fleksibiliti kulit.

Sewaktu proses pertukaran karbohidrat kompleks kepada gula berlaku di dalam tubuh, paras gula dalam darah meningkat. Pada ketika ini, proses glycation bermula. Dalam proses tersebut, molekul-molekul gula akan melekat pada kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kurang fleksibel dan liat.

Selain kolagen, molekul gula juga melekat pada tulang, arteri, ligamen dan urat-urat termasuk otak, sekali gus menyumbang kepada kemerosotan sistem organ yang lain. Jadi, semakin banyak gula yang diambil, semakin kerap proses glycation berlaku di dalam tubuh. Keadaan itu akhirnya mengakibatkan kulit sukar kembali ke keadaan asal selepas diregang.

“Hasilnya, kulit menjadi kurang anjal, tidak bermaya dan kedutan mula muncul. Sebab itulah anda nampak lebih tua,” terangnya yang juga penulis buku terlaris berjudul The Wrinkle Cure.

Fakta itu turut disokong oleh seorang penyelidik, Dr. Joseph Mercola menerusi satu kajian Universiti Buffalo bahawa gula turut meningkatkan elemen-elemen pengoksidaan yang mempercepatkan proses penuaan.

Bagi kedua-dua Perricone dan Mercola, satu-satunya cara terbaik untuk melawan kesemua kesan penyeksaan gula ke atas kulit adalah dengan menghentikan pengambilan sebarang bentuk gula.

Jelas sekali, saranan itu suatu niat yang baik. Malangnya, setelah sekian lama manusia menganggap gula sebagai antara keperluan asas hidup, mampukah saranan itu kita laksanakan.


Soalan:
1. Mengapakah masih banyak orang enggan menerima nasihat dan masih mengambil gula yang banyak?
2. Apakah langkah yang efektif untuk menyelesaikan masalah ini? Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum