Keluarga Aminulrasyid mahu KDN, KPN mohon maaf

View previous topic View next topic Go down

Keluarga Aminulrasyid mahu KDN, KPN mohon maaf

Post  LiewJoey(LSB) on Tue May 11, 2010 6:18 pm

2010/05/11
SHAH ALAM: Keluarga remaja yang mati terkena tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, memohon maaf kepada mereka, terutama ibu mangsa atas kejadian itu.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Hassan, 45, berkata walaupun mereka berterima kasih kerana anggota polis peronda terbabit didakwa semalam, keluarga mangsa mahu KDN dan Musa mencontohi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, yang meminta maaf kepada remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut ditembak polis apabila enggan memberhentikan motosikalnya.
Katanya, keluarga Aminulrasyid juga masih menuntut supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.
"Bagi keluarga Aminulrasyid, jika sudah ada anggota polis yang didakwa, sudah tentu ada kesilapan yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

"Kami ingin tahu proses penyiasatan dilakukan. Bagaimana perkara ini berlaku kerana kami sekeluarga tidak tahu mengenai penyiasatan yang dilakukan dan apa
yang sebenarnya berlaku.

"Adakah kerana dia mengundur dan ada parang dalam kereta maka Aminulrasyid ditembak. Kita sekeluarga tertanya-tanya dan kita tidak tahu apa butir siasatan
yang dijalankan," katanya pada sidang media di rumah keluarga remaja itu, di sini, petang tadi.
Semalam, Koperal Jenain Subi, 48, yang berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Kamaruddin berkata, sejak awal lagi ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, memohon kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama remaja itu yang sebelum ini
didakwa sebagai penyamun dan penjenayah.

Katanya, selain nama Aminulrasyid, pihak berkuasa juga perlu membersihkan nama keluara remaja itu serta nama sekolah mangsa yang turut terpalit dengan gelaran yang diberikan.

Pada masa sama, katanya, keluarga Aminulrasyid juga mahu tahu apa tindakan polis terhadap dakwaan rakan Aminulrasyid, Mohamad Azamuddin Omar, 15,
bahawa beliau dipukul polis selepas berjaya keluar daripada kereta Proton Isawara yang dipandu mangsa, pada kejadian awal pagi itu

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum