Saman, penalti perlu dikurangkan

View previous topic View next topic Go down

Saman, penalti perlu dikurangkan

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 12:15 pm


anak kecil dipakaikan tali pinggang keledar

Tepat seperti yang aku jangka! Baru beberapa hari ia dilaksanakan kini sudah ada suara yang meluahkan rasa tidak puas hati. Pemilik kenderaan dan penumpang meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan kadar saman maksimum dikenakan terhadap penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar. Mereka berpendapat jumlah yang ditetapkan terlalu tinggi terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Berita Harian, mendapati rata-rata pemilik kenderaan khuatir tindakan itu bakal membebankan pemilik kenderaan ekoran situasi ekonomi yang dijangka meleset tahun ini selain harga barang mentah yang tinggi.

Kakitangan swasta, Anuar Endin, 38, berkata walaupun kerajaan mempunyai alasan kukuh untuk peraturan ini, mereka perlu memikirkan beban pemilik kenderaan yang berpendapatan sederhana dan mempunyai tanggungan keluarga ramai.

Kakitangan kerajaan, Suhardi Mohd Tahir, 35, berkata beliau bersetuju dengan peraturan baru ini kerana ia dibuat dengan tujuan yang positif, namun kajian lebih lanjut perlu dibuat untuk memastikan purata rakyat negara ini mampu dengan kadar saman dikenakan.

Berkuat kuasa 1 Januari lalu, penumpang kereta di belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan saman maksimum RM300 manakala penalti tidak melebihi RM2,000 atau maksimum setahun penjara atau kedua-duanya.

Suri rumah, Latifah Abd Ghani, 32, berkata peraturan ini sangat baik bagi mencegah kecederaan jika kemalangan, namun tempoh pemasangan perlu dipanjangkan manakala kadar maksimum saman pula wajar diturunkan.

Adalah dipercayai bahawa bagi mereka yang mempunyai anak kecil, sukar bagi ibu bapa untuk mengajar mereka memakai tali pinggang kerana mereka sudah biasa bergerak bebas dan lebih selesa berdiri di dalam kereta walaupun kebanyakan mereka risau dengan keselamatan anak sebagai penumpang belakang. Sememangnya sesuatu yang sudah menjadi amalan akan mengambil masa untuk dipraktikkan. Neutral

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum