Topi keledar kura-kura tak selamat

View previous topic View next topic Go down

Topi keledar kura-kura tak selamat

Post  yeow_U6A/2010 on Tue May 11, 2010 1:03 am

Penunggang perlu utamakan keselamatan di jalan raya

IPOH: Penunggang dan pembonceng motosikal yang masih menggemari penggunaan topi keledar kura-kura atau topi keledar separuh muka seolah-olah membuka peluang sehingga 80 peratus ke arah kematian diri sendiri ketika berada di jalan raya. Hasil penyelidikan yang dijalankan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendapati risiko untuk berlaku kemalangan atau kehilangan nyawa ketika menggunakan topi keledar itu lebih tinggi kerana komponen pembuatan topi keledar itu terlalu lembut serta senang pecah. Pengarah JKJR Perak, Farrell Rasu, berkata masih ramai di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan topi keledar kura-kura tanpa menyedari risiko dihadapi mereka.

"Mungkin ada yang sedar dengan risiko itu hasil daripada kempen dijalankan, tetapi mereka masih enggan mematuhinya disebabkan tidak mengambil berat mengenai keselamatan diri.

"Jangan kerana sayangkan wang RM30 hingga RM40 untuk membeli topi keledar baru yang menepati piawaian, mereka sanggup menggadaikan nyawa sendiri," katanya kepada pemberita dalam satu operasi bersepadu JKJR Perak bersama Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di Jalan Raja Dihilir, di sini, semalam.

Dalam operasi sama, JKJR turut mengadakan program tukar ganti percuma topi keledar yang mengikuti spesifikasi, manakala sebanyak 10 saman membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikeluarkan Cawangan Trafik.
Seramai enam pegawai JKJR dan 15 anggota trafik terbabit dalam operasi tiga jam bermula jam 9 pagi itu.

Farrell berkata, JKJR Perak sudah mengagihkan sebanyak 2,000 unit topi keledar sebagai tukar ganti kepada topi keledar kura-kura atau terlalu uzur.

"Pertukaran itu dilakukan ketika operasi JKJR. Bagaimanapun, saya menasihatkan pengguna tidak menunggu pertukaran percuma itu dilakukan,” katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Topi keledar kura-kura tak selamat

Post  yeow_U6A/2010 on Tue May 11, 2010 1:06 am

Pada pandangan umum, adakah cara ini akan mengurangkan peratusan kemalangan penunggang motorsikal ?

Selain daripada cara ini, adakah cara lain untuk mengatasi peratusan kemalangan di atas jalan raya ? Kenape?

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Usah guna topi keledar kura-kura

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 12:11 pm



SUNGAI PETANI 3 Mei – Semua penunggang dan pembonceng motosikal terutama remaja dinasihatkan supaya tidak memakai topi keledar ‘kura-kura’ atau separuh ketika berada di jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, M. Surentharan berkata, topi keledar jenis itu tidak menjamin keselamatan dan boleh mengakibatkan kecederaan serius jika berlakunya kemalangan.

“Saya perhatikan ramai remaja memilih menggunakan topi keledar jenis kura-kura memandangkan ia mempunyai reka bentuk yang menarik dan cantik.

“Namun, pemakaian topi jenis ini sangat berbahaya dan mengundang risiko kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Topi kura-kura tidak mempunyai piawaian atau kelulusan Sirim Berhad,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya anjuran bersama JKJR Kedah dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini semalam.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Topi keledar kura-kura tak selamat

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 12:29 pm

KUALA LUMPUR: Penjualan topi keledar kura-kura iaitu topi keledar separuh yang gemar dipakai sebahagian penunggang motosikal mungkin diharamkan kerana tidak dapat menjamin keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat. Katanya, masih ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak sedar mengenai wujudnya penguatkuasaan larangan pemakaian topi keledar berkenaan. "Penunggang perlu peka mengenai larangan itu dan berhenti membeli serta menggunakan topi keledar berkenaan walaupun ia dijual di pasaran.
"Kita sedang usahakan rundingan dan penyelarasan dengan agensi yang terbabit mengenai penjualannya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kempen Kemalangan Sifar antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Plus Expressway Berhad (Plus) di sini, hari ini. Menerusi MoU itu, PLUS akan mengadakan kempen keselamatan jalan raya selama sejam setiap hari di plaza tol miliknya. Ong berkata dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat tujuh peratus iaitu 3,814 kes berbanding 3,564 kes tempoh sama tahun lalu. - Bernama

=================================================
KOMEN: Penjualan topi keledar dari China jenis 'fullface' juga perlu diharamkan kerana tidak mempunyai tanda pemeriksaan dan kelulusan SIRIM.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Topi keledar kura-kura tak selamat

Post  Sponsored content Today at 11:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum