Petronas perluas operasi serbaneka Mesra Shoppe

View previous topic View next topic Go down

Petronas perluas operasi serbaneka Mesra Shoppe

Post  HsianMin (U6B/2010) on Mon May 10, 2010 2:49 pm

Kedai 24 jam baru dibuka di luar operasi stesen minyak

PETRONAS Dagangan Bhd merancang memperluaskan rangkaian Petronas Mesra Shoppe, kedai serbaneka 24 jam baru yang tidak menawarkan operasi stesen minyak di seluruh negara, tidak lama lagi.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Sabarudin Mohd Amin, berkata ia berikutan sambutan menggalakkan terhadap projek perintis kedai serbaneka 24 jam baru itu sejak ia dibuka di beberapa lokasi terpilih, Februari lalu.

Katanya, di bawah projek perintis itu, lima rangkaian Mesra Shoppe dibuka di KLCC, Stesen Bas Klang dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur; Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam; serta JB Sentral di Kompleks Kastam dan Kuarantin, Johor Bahru.

Beliau berkata, sambutan terhadap kedai Mesra Petronas yang disediakan di stesen minyak syarikat semakin meningkat kebelakangan ini, namun tidak semua kawasan berpotensi tinggi boleh dibina stesen minyak.

“Justeru, kami membuka segmen baru dengan memperkenalkan Mesra Shoppe iaitu kedai serbaneka 24 jam tanpa operasi stesen minyak, untuk mengembangkan rangkaian konsep kedai berkenaan di kawasan berpotensi tinggi dan tumpuan ramai.

“Bagi tahun kewangan semasa, kami merancang membuka antara lima hingga 10 kedai serbaneka berkonsepkan Mesra Shoppe di seluruh negara, khususnya di kawasan berpotensi tinggi,” katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd Sabarudin menambah, setiap barang yang ditawarkan dalam kedai serbaneka Mesra Shoppe turut mengambil kira permintaan dan lokasi kedai.

Sebagai contoh, katanya, jika kedai berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan, berkemungkinan besar barangan keperluan dapur akan turut dijual.

Selain menawarkan harga berpatutan, beliau berkata, Mesra Shoppe turut menawarkan perkhidmatan ‘Food To Go Offering’ sebagai kiosk makanan pilihan, kiosk makanan segar bagi pelbagai buah dan salad segar, perkhidmatan E-Pay serta mesin ATM.

“Malah, pelanggan Mesra Shoppe turut berpeluang mengumpul mata ganjaran kad Mesra Petronas bagi setiap pembelian, menebus mata ganjaran serta berpeluang mengambil bahagian dalam promosi dan peraduan anjuran Petronas.

Mohd Sabarudin berkata, kedai serbaneka baru itu beroperasi mengikut sistem pengendali berlesen, konsep sama seperti pengendali stesen minyak Petronas ketika ini.

Katanya, sekiranya permohonan berjaya, pengusaha perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Petronas Dagangan, termasuk menyediakan modal permulaan RM150,000 untuk operasi kedai dan bersedia mengendalikan kedai secara sepenuh masa.

Maklumat lanjut mengenai Mesra Shoppe, boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kedai Mesra, Bahagian Perniagaan Peruncitan, Petronas Dagangan di 03-23314359.

Beliau berkata, pihaknya akan bertanggungjawab memilih lokasi, menyediakan kedai, menjalankan kajian potensi pasaran dan tanggungan modal pembangunan kedai sepenuhnya bagi memastikan cawangan Mesra Shoppe mampu berdaya saing.

“Pemohon yang berminat, perlu menepati syarat asas iaitu warga negara Malaysia, berumur 25 tahun ke atas dan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Mesra Shoppe, boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Kedai Mesra, Bahagian Perniagaan Peruncitan, Petronas Dagangan di 03-23314359.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum