Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

View previous topic View next topic Go down

Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Fri May 07, 2010 3:57 pm

REYKJAVIK 7 Mei - Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak mengeluarkan debu sehingga memaksa pihak berkuasa membuat pertimbangan untuk menukar laluan udara serta memberi amaran tentang gangguan yang bakal berlaku.

“Pengeluaran debu semakin meningkat sejak beberapa hari ini,” kata pegawai Jabatan PErlindungan Civil Iceland, Agust Gunnar Gylfason.

Laluan udara Eropah telah dibuka semula semalam, namun Agensi Kawalan Udara, Eurocontrol memberitahu, dengan kadar debu yang semakin tebal mungkin memaksa ia ditutup semula. - AFP

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Mon May 10, 2010 12:45 pm

Letusan gunung berapi tersebut pada bulan yang lalu telah menyebabkan gunung berapi itu beraktif semula. Gunung berapi tersebut telah meletus pada 200 tahun yang dahulu dan telah beraktif selama beberapa tahun. Pada zaman itu tiada terdapat kapal terbang, oleh itu akibatnya tidak banyak memudaratkan. Namun, pada zaman kini, kapal terbang merupakan pengangkutan yang penting, banyak orang menaiki kapal terbang untuk mengunjungi ke negara lain. Selepas letusan gunung berapi tersebut, debu-debu dibebas adalah terlalu tebal dan menyebabkan kapal terbang tidak dapat menerusi kawasan berhampirannya. Ini telah membawa pelbagai masalah terutamanya pada syarikat kapal terbang.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 11, 2010 11:56 am

Debu-debu ini bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara kita, tetapi juga boleh menjejaskan kssihatan orang ramai. Partikel-partikel kecil ini mudah memasuki ke paru-paru kita melalui sistem pernafasan kita. Ini boleh mengakibatkan penyakit asma. Debu-debu yang tebal di udara juga akan menghalang pancaran matahari ke bumi. Tanpa matahari, tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintensi. Lama-kelamaan, fauna dan flora akan mati disebabkan kekurangan oksigen dan ini boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Tue May 11, 2010 12:41 pm

Debu debu ini turut menjejaskan pelbagai benda lain seperti pengimejan haba satelit, penggunaan radar di sekitar kawasan tersebut dan membawa kepada malapetaka bukan sahaja dari segi alam sekitar malah kemanusiaan juga. Tempat-tempat sebegini adalah tempat ideal untuk para pedagang haram untuk bertemu dan menyeludup senjata kerana pada masa inilah kawalan sekuriti adalah paling rendah.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Thu Jun 10, 2010 11:19 am

Kesan abu gunung berapi Iceland lebih buruk daripada yang dijangkakan. Abu yang muncul akibat letusan gunung tersebut telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara Eropah.

International Air Transport Association (IATA) meramalkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian pendapatan US$200 juta sehari. Ini tidak termasuk kos-kos lain melibatkan pejadualan semula dan penggunaan lencongan. Mungkin se baha gian syarikat akan terpaksa gulung tikar jika keadaan ini berterusan.

Kesan sebenar kepada ekonomi ialah kebekuan ekonomi akibat ketiadaan pengangkutan udara , bukan sekadar di Eropah malah di seluruh dunia. Tanpa pengangkutan udara , manusia tidak dapat bergerak untuk melaks ana kan tugas masing-masing , mesyuarat tidak berjalan , pertemuan terpaksa dibatalkan , persidangan dan perhimpunan besar terpaksa ditangguhkan. Sektor perkhidmatan dan pelancongan akan terjejas , tempahan hotel dan pusat peranginan terpaksa dibatalkan , kontrak tidak dapat dipenuhi.

Pengangkutan barangan tidak dapat dilaks ana kan , produk bernilai tinggi tidak bergerak , produk pertanian tidak dapat dihantar dengan segera , penghantaran produk kesihatan , perubatan dan saintifik tertangguh , sistem courier dan pos ekspres menjadi kelam kabut , alat ganti mesin dan kilang tidak dapat diperoleh.

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu

Post  Sponsored content Today at 2:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum