PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

3 posters

Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 2:47 pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membatalkan lesen perniagaan premis restoran selepas dua kali saman dikeluarkan jika skop kebersihannya terjejas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, tindakan itu akan diambil ke atas restoran yang tidak bersih dan gagal memenuhi kepuasan pelanggan.

Katanya, di bawah Kempen Pasukan Petugas Kebersihan yang bermula pada awal tahun ini, kementeriannya mahu memastikan Kuala Lumpur bebas daripada kekotoran, dan menjadikannya bandar raya yang bersih untuk diduduki dan dikunjungi para pengunjung tempatan dan asing, kata beliau.

"Tujuan kita mengadakan kempen ini adalah untuk mendidik pemilik premis atau penjaja supaya mementingkan kebersihan, mematuhi undang-undang serta memberi keselesaan kepada orang ramai berkaitan kebersihan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di premis-premis restoran di Hartamas dan Solaris di sini, hari ini.

"Kita akan menampal poster di semua restoran bersama dengan nombor SMS untuk dihubungi, maka orang ramai bolehlah menggunakan peluang ini untuk membuat aduan dan tindakan akan diambil dalam masa 24 jam selepas DBKL menerima aduan,” tambah beliau. – Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty Re: DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  yeow_U6A/2010 Thu May 06, 2010 3:07 pm

Pada pendapatan saya, cadangan membatalkan lesen perniagaan premis restoran selepas dua kali saman dikeluarkan jika skop kebersihannya terjejas amat bagus untuk memelihara kebersihan di kawasan Kuala Lumpur ini.

Tetapi, kesan cadangan ini akan menyebabkan kemungkinan kes rasuah berlaku. Hal ini berlaku disebabkan pihak peniaga ingin memastikan lesen perniagaan premis tidak dibatalkan. Selain itu, jika premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan dan dibatalkan oleh DBKL, ini akan menyebabkan ekonomi negara menurun.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty Re: DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 5:06 pm

yeow_U6A/2010 wrote:Tetapi, kesan cadangan ini akan menyebabkan kemungkinan kes rasuah berlaku. Hal ini berlaku disebabkan pihak peniaga ingin memastikan lesen perniagaan premis tidak dibatalkan. Selain itu, jika premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan dan dibatalkan oleh DBKL, ini akan menyebabkan ekonomi negara menurun.

Oleh itu, DBKL harus melaksanakan tugasnya dengan tegas dan penuh tanggungjawab. Sekiranya mendapati persekitaran restoran yang tidak bersih, lesen perniagaan premis restoran mesti dibatalkan selepas dua kali saman dikeluarkan bagi menjamin kesihatan orang ramai. Jikalau didapati pegawai DBKL yang menerima rasuah, pihak berkuasa seperti SPR mesti mendenda atau melucutkan jawatan pegawai tersebut. Kesihatan rakyat mestilah diutamakan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty Re: DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  leeyoong_U6B Sat May 08, 2010 6:36 am

Ong SQ (L6B) wrote:Oleh itu, DBKL harus melaksanakan tugasnya dengan tegas dan penuh tanggungjawab. Sekiranya mendapati persekitaran restoran yang tidak bersih, lesen perniagaan premis restoran mesti dibatalkan selepas dua kali saman dikeluarkan bagi menjamin kesihatan orang ramai. Jikalau didapati pegawai DBKL yang menerima rasuah, pihak berkuasa seperti SPR mesti mendenda atau melucutkan jawatan pegawai tersebut. Kesihatan rakyat mestilah diutamakan.
Saya setuju! Dengan menguatkuasakan undang-undang, masalah rasuah dapat dibendung... kebersihan di kawasan Kuala Lumpur ini juga dapat diperlihara...

Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty Re: DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 9:18 am

Di samping itu, rakyat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati persekitaran restoran tidak bersih. Dengan ini, barulah DBKL boleh mengambil tindakan drastik terhadap pemilik restoran tersebut bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan berlaku. Pihak berkuasa juga harus menyediakan saluran aduan yang efektif untuk rakyat. Ini disebabkan terdapat sesetengah aduan tidak dapat diterima oleh DBKL, maka pihak berkuasa tidak dapat mengenakan kompaun terhadap pemilik resteron.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor Empty Re: DBKL bercadang mahu batal lesen restoran yang kotor

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum