Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 40.1 peratus

View previous topic View next topic Go down

Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 40.1 peratus

Post  xiaowen_U6B on Tue May 04, 2010 4:25 pm

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac lalu naik 40.1 peratus kepada RM104.54 bilion berbanding Mac tahun lalu, dengan peningkatan dalam eksport dan import.

Eksport negara melonjak 36.4 peratus kepada RM59.44 bilion, nilai eksport tertinggi pernah dicatatkan pada Mac setakat ini, berbanding bulan yang sama tahun lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia juga adalah nilai eksport bulanan tertinggi direkodkan sejak krisis ekonomi selepas September 2008.

Dalam satu kenyataan mengenai keluaran awalan perangkaan perdagangan luar Malaysia bagi tempoh Januari-Mac di sini, beliau berkata jumlah import meningkat 45.3 peratus kepada RM45.09 bilion pada bulan berkenaan.

"Lebihan dagangan sebanyak RM14.35 bilion juga dicatatkan pada Mac, naik sebanyak 14.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu. Ini menjadikannya lebihan dagangan yang ke-149 bulan berturut-turut sejak November 1997," katanya.

Mustapa berkata, semasa tempoh Januari-Mac tahun ini, jumlah perdagangan negara meningkat sebanyak 32.6 peratus kepada RM278.51 bilion, disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam eksport ke China, Singapura, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, Thailand, India, Korea, Belanda dan Australia.

Katanya, eksport bagi tempoh berkenaan berkembang sebanyak 30.8 peratus kepada RM158.73 bilion manakala import naik 35.1 peratus kepada RM119.78 bilion, menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM38.95 bilion.
Sektor produk utama yang menyumbang kepada peningkatan ketara dalam eksport pada Mac adalah barangan elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM5.38 bilion (31.8 peratus jumlah eksport), produk kimia dan bahan kimia pada RM1.48 bilion (60.8 peratus), minyak sawit pada RM1.46 bilion (49.3 peratus), kelengkapan pengangkutan sebanyak RM1.40 bilion (188.4 peratus) dan petroleum mentah sebanyak RM1.08 bilion (55.8 peratus).

China, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat dan Thailand adalah lima destinasi eksport utama, menguasai 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia pada Mac.

Asean menyumbang RM15.89 bilion atau 26.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Mac, naik sebanyak 45.3 peratus daripada bulan yang masa tahun lalu.

Sementara itu, produk import utama yang menyumbang kepada kepada kenaikan ketara dalam import pada Mac yang mana barangan E&E bernilai RM16.17 bilion (35.9 peratus daripada jumlah import), produk kimia dan bahan kimia sebanyak RM4.28 bilion (9.5 peratus), jentera, perkakasan dan peralatan sebanyak RM3.75 bilion (8.3 peratus) manakala produk petroleum bertapis sebanyak RM2.57 bilion (5.7 peratus).

Sumber import utama ialah Singapura, Jepun, China dan Amerika Syarikat yang menyumbang 48.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum