PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

+3
LiewJoey(LSB)
HsianMin (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)
7 posters

Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:32 pm

Ingin ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

"Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

"Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan," katanya. - Bernama


Soalan-soalan :
1)ADAKAH kanak-kanak pada hari ini mengabaikan sarapan pagi???
2)KENAPA kanak-kanak pada hari ini mengabaikan sarapan pagi???
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  HsianMin (U6B/2010) Tue Apr 27, 2010 5:07 pm

Pada pendapat saya, kebanyakan kanak- kanak hari ini mengabaikan sarapan pagi.
Ini adalah kerana sikap kanak- kanak yang ingin tidur lebih lewat dan seterusnya menyebabkan mereka kesuntukan masa untuk mengambil sarapan pagi. Selain itu, terdapat juga golongan pelajar yang menggunakan alasan ibu tidak menyediakan sarapan pagi dan tidak berselera makan pada waktu pagi. Tambahan lagi, hal ini juga berlaku kerana kekurangan kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa tentang pentingnya sarapan pagi.Pelajar menganggap sarapan pagi itu tidak penting dan boleh digantikan dengan pengambilan makanan yang lebih banyak semasa waktu rehat di sekolah. Ibu bapa pula menjadikan sibuk dengan kerja sebagai alasan tidak ada masa untuk menyediakan sarapan pagi kepada ahli keluarga.
Sarapan pagi merupakan satu kemestian. Pengambilan sarapan pagi membekalkan kita tenaga yang baru agar kita akan lebih cergas dan bersemangat dalam aktiviti seharian. Memang tidak boleh dinafikan, belajar memerlukan banyak tenaga. Jika pelajar belajar dengan perut kosong, ini akan memudaratkan dan melambatkan pembelajaran. Sarapan pagi sungguhpun hanya secawan milo dan sekeping roti membawa perbezaan yang nyata.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 11:09 am

Apa yang dikatakan oleh hsian min memang betul. Dengan makan sarapan pagi, barulah kita mempunyai tenaga yang secukupnya untuk bekerja atau belajar. Selain itu, kita juga akan lebih bertumpu perhatian semasa bekerja atau belajar. Bagi mereka yang tidak makan sarapan pagi, mereka akan mudah mengantuk dan kurang bertenaga disebabkan isi perut yang kosong.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  LiewJoey(LSB) Fri Apr 30, 2010 6:42 pm

memang tidak dapat dinafikan bahawa sarapan dapat membawa perubahan yang tampil kepada kita pada setiap hari. Tetapi ada beberapa orang bandar dapat mempraktikalkan pengambilan sarapan yang mengandungi pelbagai kelas khasiat mahupun kebanyakan mereka sedar tentang kepentingan pengambilan sarapan ini?ini merupakan persoalan yang timbul di kalangan masyarakat ini....

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat May 08, 2010 10:04 am

Ada. Kanak-kanak pada masa kini tidak suka makan sarapan pagi. Jadi, kebanyakkan kesihatan mereka terjejas, sentiasa kelihatan letih seterusnya tidak dapat menumpuk perhatian semasa belajar. Pada pendapat saya, mereka yang hendak bangun pada awal-awal pagi tidak mempunyai selera untuk makan sarapan pagi. Kerana mereka hanya ingin tidur sahaja walaupun ibu bapa telah menyediakan sarapan pagi mereka. Jadi, lama-lamanya, mereka akan mengabaikan pengambilan sarapan pagi mereka.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  lisee(U6A) Mon May 10, 2010 7:31 am

kebanyakan kanak-kanak tidak bersarapan sebelum pergi ke sekolah.Mereka memberi alasan bahawa ibu bapa tidak menyediakan sarapan,tiada makanan di rumah pada pagi-pagi ini,tidak berselera atau rasa bosan dengan tiap-tiap hari makan sarapan yang lebih kurang sama,seperti roti dan sebagainya.Demi kesihatan kanak-kanak,saya rasa ibu bapa haruslah menyediakan sarapan untuk mereka pada setiap hari.Pada masa yang sama,ibu bapa juga patut memujuk ataupun memaksa anak-anak mereka bersarapan sekiranya mereka tidak mahu makan.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 8:45 am

Pada pendapat saya, memaksa anak-anak makan sarapan pagi bukan satu cara yang baik. Ibu bapa harus memberitahu anak-anak bahawa betapa pentingnya sarapan pagi kepada kita. Selain itu, tabiat makan sarapan pagi harus diamalkan sejak dari kecil lagi. Dengan ini, lama-kelamaan anak-anak akan mengamalkan tabiat makan sarapan pagi.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  leeyoong_U6B Mon May 10, 2010 10:56 am

Ya.. Saya setuju.. Cool Memaksa anak-anak makan sarapan bukanlah satu cara yang effektif. Kesedaran anak-anak lagilah penting. king Dengan wujudnya kesedaran sendiri, mereka akan memastikan diri sentiasa mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah.. Ibubapa tidak perlu risau mereka...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  Khang Wei (U6B/2010) Mon May 10, 2010 1:05 pm

1)ADAKAH kanak-kanak pada hari ini mengabaikan sarapan pagi???
2)KENAPA kanak-kanak pada hari ini mengabaikan sarapan pagi???


Sesetengah pelajar memang berbuat demikian kerana mereka berasa sarapan pagi yang terdiri daripada sajian mudah (roti, milo, nescafe, telur, etc) tidak dapat berkenyangkan. Namun, bukti saintifik menunjukkan bahawa roti dan milo mengandungi pelbagai zat-zat makanan terutamanya karbohidrat yang amat penting untuk kita. Dengan makan makanan seperti yang telah saya menerangkan, walaupun tidak beberapa menyenyangkan, tetapi telah mencukupi untuk mereka menyerap zat yang cukup untuk penggunaan seharian.
Badan kita menukarkan karbohidrat ke glukosa yang seterusnya ditukar menjadi tenaga yang akan digunakan. Glukosa yang dihasilkan juga dapat menjamin kita lebih fokus dan dapat menumpukan lebih perhatian dalam pelajaran.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!! Empty Re: Sarapan Pagi Penting Untuk Kesihatan!!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum