PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

3 posters

Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:19 pm

Jam sudah berganjak ke jam 11.30 malam, tetapi anda masih mempunyai keinginan untuk makan. Bagai terpandang-pandang hidangan yang ada di atas meja makan.

Tidak dapat yang ‘berat’, makanan yang ringan seperti keropok atau kerepek pun jadilah. Lebih enak kalau hidangan lewat malam itu dilengkapi secawan kopi panas.

Adakah perasaan ini yang anda alami setiap malam? Jika ya, anda bukan bersendirian kerana ramai yang ada masalah sedemikian.

Malah, ada yang sanggup keluar tengah malam semata-mata mahu makan nasi lemak panas, walaupun waktu itu sepatutnya mereka di bilik tidur.

Gejala makan lewat malam seolah-olah menjadi budaya masyarakat kita. Ramai tahu makan pada lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, tetapi ia bukan penghalang. Ramai berfikir, sekali sekala apa salahnya dan kita tidak akan menjadi gemuk dengan sekali makan.

Memang benar. Kita tidak akan gemuk semalaman, tetapi jika keinginan makan pada lewat malam tidak dibendung, ia boleh menjadi ‘budaya’ yang sukar ditinggalkan.

Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung.

Malah, anda juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari (kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Bolehkah para pelajar memberikan
-langkah-langkah untuk menbendung masalah ini???
-adakah budaya tabiat makan lewat makanan sukar dihapuskan pada zaman ini???
-kenapa???
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Re: Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:23 pm

Bagi mengelak terjebak dalam sindrom makan lewat malam, langkah pertama yang saya cadangkan ialah mengamalkan gaya makanan sihat, iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam secara teratur.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Re: Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  leeyoong_U6B Tue Apr 27, 2010 1:16 pm

Pada pendapat saya, tabiat makan lewat malam bukanlah satu masalah selagi kita sering bersenam ... Razz
Dengan bersenam kerap kali, kita boleh membakar kalori serta lemak yang berlebihan dan terkumpul di badan kita. Sehubungan itu, kita tidak perlulah risau bahawa berat badan kita akan meningkat. Bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali bukan sahaja dapat menghindari penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung, bahkan juga dapat memastikan kesihatan badan kita sentiasa berada di tahap yang terbaik.
Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Re: Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue Apr 27, 2010 5:02 pm

Tetapi saya berasa tabiat makan lewat malam masih tidak baik untuk kesihatan kita. Apabila kita makan lewat malam atau sebelum tidur, badan tidak dapat cukup masa untuk memproses dan membakar kalori dalam badan dan ianya terpaksa dismpan di dalam badan. Selain itu, kebanyakan organ di tubuh badan kita telah berada pada peringkat "rehat" , bagi sesiapa yang makan lewat malam bukan sahaja nutrien-nutrien tidak dapat diserap, tetapi juga amat membebankan organ-organ seperti perut di tubuh badan kita.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Re: Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  HsianMin (U6B/2010) Tue Apr 27, 2010 5:51 pm

Pada pandangan saya, bagi membendung masalah tabiat makan lewat malam dengan efektif adalah dengan menerapkan kesedaran individu bahawa tabiat ini membawa kesan yang padah. Masyarakat harus diberi pendedahan penyakit yang bakal dibawa seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung.
Dengan ini barulah individu yang berkenaan mempunyai kecekalan untuk mengikis budaya makan lewat malam.
Pada masa ini, budaya ini kelihatan semakin popular kerana tabiat remaja yang tidak tidur lagi pada lewat malam dengan menghabiskan masa untuk pelbagai aktiviti hiburan seperti melayari Internet , bersembang dengan kawan dan menonton televisyen.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!! Empty Re: Tabiat makan lewat malam - Banyak lemak berkumpul !!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum