pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Go down

Mencuri untuk merokok

Post  CikguPA on Sun Nov 01, 2009 11:31 am

Mencuri untuk merokok

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan AMMAR JAZLAN MAD LELA



KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Rokok jika dijual murah salah tetapi kalau harganya terlalu mahal juga akan membawa padah.

Itulah rumusan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin apabila mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kelmarin yang mahu harga sekotak rokok dijual RM30 bagi membendung tabiat itu.

Rosnah bersetuju harga rokok dinaikkan tetapi seperti juga produk-produk lain, kenaikan sepatutnya ada had.

"Cadangan CAP itu baik dan boleh diambil kira untuk kajian lanjut.

"Cuma kalau harganya naik terlalu drastik, golongan yang ketagih merokok ini nanti mungkin sanggup mencuri untuk membeli sekotak rokok dan ia telah meningkatkan kes jenayah,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Mon Nov 02, 2009 8:52 pm

Melaka & Negeri Sembilan: Lepas gian rokok seludup
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my



MOHD KASSIM (tengah) menunjukkan rokok seludup RM1.3 juta yang dirampas di Jalan Kuantan-Sungai Lembing.

Kawasan luar bandar, tanah rancangan sasaran sindiket lambak produk

SENAWANG: Remaja, terutama di luar bandar dan tanah rancangan Felda di negeri ini kini didapati menjadikan rokok seludup sebagai rokok alternatif mereka untuk melepaskan gian merokok berikutan harganya yang jauh lebih murah.

Rokok seludup dijual sekitar RM2.50 hingga RM3 bagi 20 batang sekotak berbanding rokok di pasaran yang mencecah hampir RM10 sekotak.



Permintaan tinggi termasuk daripada pekerja ladang yang bekerja di situ menjadi antara faktor kawasan berkenaan menjadi tempat lambakan rokok seludup oleh sindiket penyeludupan.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Negeri Sembilan, Mohd Kassim Ismail, berkata sindiket menjadikan kawasan pedalaman, termasuk Felda, sebagai lokasi pasaran kerana mampu meraih keuntungan berganda.

"Kita dapati permintaan rokok seludup itu bukannya datang daripada penghisap rokok dan pekerja ladang warga asing, tetapi membabitkan remaja yang baru belajar menghisap rokok.

"Mereka menjadikan rokok seludup sebagai alternatif dan pilihan bagi menggantikan rokok yang dijual di pasaran kerana harganya jauh lebih murah," katanya pada sidang media mengenai kejayaan pihaknya merampas rokok putih bernilai RM1.3 juta, termasuk cukai.

Rampasan rokok putih jenama Texas 5 itu dibuat selepas pihak kastam menahan sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Kuantan, awal pagi kelmarin. Rokok itu dipercayai untuk diseludup di sekitar negeri ini.

Difahamkan, jenama rokok seludup yang dipasarkan di kawasan berkenaan bukan saja dikesan menggunakan jenama asal, tetapi kini popular dengan pelbagai jenis jenama yang dikaitkan dengan sesuatu benda atau jenama tertentu.

Jenama rokok seperti Astro, Era, Perdana, Ray, Memory, John, Toz, Dj Mix, Hope dan American Legend adalah sebahagian jenama rokok tiruan yang tidak diketahui asal-usulnya, tetapi dipercayai diseludup dari beberapa negara rantau Asia.

Mohd Kassim berkata, rokok tiruan seludup mudah dikenali dengan melihat label dakwat keselamatan dan setem cukai.

Beliau berkata, label tiruan kelihatan sama seperti label tulen, tetapi jika diimbas dengan alat khas yang digunakan penguat kuasa, label asli akan menunjukkan warna hijau dan merah jika palsu.

"Sebahagian besar rokok itu diseludup dari negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Vietnam, Laos, Filipina dan Kemboja," katanya.

Mohd Kassim berkata, bagi membendung kegiatan penyeludupan rokok berkenaan, pihaknya akan memperhebatkan operasi dan pemeriksaan premis yang dikenal pasti terbabit dalam menjualnya.

Beliau berkata, kastam juga bekerjasama dengan pengurusan Felda, polis serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi membanteras pengedaran barangan seludup di kawasan pedalaman.

"Kita memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati memiliki rokok seludup dengan mengenakan kompaun RM100 bagi setiap kotak dimiliki," katanya.

Katanya, ganjaran sewajarnya juga akan diberi kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya suspek dan identiti mereka akan dirahsiakan.

"Selain mengadakan operasi dan pemeriksaan, kerjasama masyarakat untuk tidak membeli barangan seludup juga penting. Walaupun kita bekerja keras mengawal kes penyeludupan sama ada di laut atau darat, ia tidak berhasil jika barangan seludup masih mendapat sambutan di kalangan masyarakat," katanya

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Wartakan segera fatwa haram merokok

Post  CikguPA on Tue Nov 03, 2009 2:10 pm

Wartakan segera fatwa haram merokok

SECARA teorinya 1 Januari ini akan bermulalah langkah terbaru kerajaan bagi mengekang tabiat buruk yang kian bersarang dan bercambah dalam kalangan masyarakat iaitu merokok.

Ketika ini, banyak saranan disuarakan bagi menyokong usaha berkenaan. Antaranya, menaikkan harga rokok sehingga menjadi RM30 sekotak.

Walaupun mendapat banyak bantahan, cadangan itu dilihat sebagai satu lagi usaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu rakyat mengenai bahaya rokok.

Apa yang nyata, sungguh sukar untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok. Ramai yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu akan bahaya merokok.

Tanggapan bahawa "merokok pun bukannya kena apa-apa" merupakan suatu pernyataan yang angkuh dan cuba mendustakan kebenaran.

Hatta bagi seorang yang 'pakar' merokok pun tidak boleh menafikan bahaya tabiat ini. Bahkan ia lebih tidak berperi kemanusiaan kerana sanggup 'berseronok' sendirian dan membiarkan kesannya ditanggung oleh orang-orang di sekitar. Kesan perokok pasif ini telah dibuktikan dengan begitu meluas dalam jurnal-jurnal perubatan antarabangsa.

Statistik semasa menunjukkan angka yang kian membimbangkan walaupun pelbagai usaha berterusan diterapkan dalam masyarakat. Contohnya, kajian yang dijalankan di sebuah negeri di Malaysia menunjukkan 15 peratus daripada 1.1 juta penduduknya adalah perokok.

Angka ini bersamaan dengan 167,100 orang dan apa yang lebih menakutkan ialah peningkatan yang agak tinggi dikenal pasti dalam kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Dan kita percaya angka-angka yang sama juga ditunjukkan di negeri-negeri lain jika kajian dibuat.

Seperkara yang mungkin paling berkesan yang belum dilakukan oleh kerajaan ialah mewartakan fatwa haram merokok seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

Walaupun ia dilihat sebagai berat dan mempunyai pelbagai implikasi ekonomi dan perundangan, namun alternatifnya pasti ada. Pewartaan ini menggambarkan kesepakatan semua pihak yang merasakan adalah menjadi tanggungjawab bersama membasmi tabiat merokok. Ia bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan yang bermati-matian memeranginya sedangkan tidak dipedulikan oleh pihak lain.

Masih ramai dalam kalangan masyarakat termasuk juga golongan berilmu yang berselindung di sebalik 'makruhnya' hukum merokok sedangkan kenyataan tersebut merupakan suatu yang telah tamat tempohnya.

Juga para penjual yang tidak nampak salahnya menjual rokok kerana pengharamannya tidak diwartakan.

Entah dari mana perkataan makruh merokok ini diperoleh pun tidak diketahui melainkan diwarisi secara turun-temurun oleh mereka yang mencari alasan untuk terus kekal dengan tabiat yang tidak mendatangkan faedah ini.

Walhal, jelas sekali berdasarkan fakta dan kajian terkini terbukti akan mudaratnya bukan sahaja mengatasi manfaat bahkan ia tiada sedikit pun manfaat selain khayalan-khayalan yang boleh direka-reka.

Kesepakatan antara penemuan-penemuan perubatan serta prinsip-prinsip dalam agama yang menjadi panduan dan membawa kesejahteraan umatnya sewajarnya menjadi paksi yang lebih kukuh berbanding alasanalasan berdasarkan tanggapan yang langsung tiada meritnya dalam apa jua bidang ilmu.

Persepsi merupakan suatu yang penting dalam menggalak atau mencegah sesuatu perlakuan.

Jika hanya sekelompok masyarakat yang menganggap perbuatan merokok ini menjijik dan merosakkan tetapi majoriti masih belum menukar paradigma lama yang menganggap ia adalah masalah individu, maka selama itulah ia akan berlarutan sebagai masalah kronik dalam masyarakat.

Dengan pewartaan haramnya merokok dan disebarkan melalui media secara lebih terbuka dan berkesan, persepsi akan mula diubah dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah-kaedah berlembut seperti menaikkan harga sedikit demi sedikit, menambah senarai kawasan larangan merokok dan kempen-kempen yang selama ini dijalankan.

Mereka yang menghisap rokok akan dilihat sebagai melibatkan diri dengan perbuatan haram yang terang-terangan.

Penjual di kedai-kedai akan mengawal jualan atau menutup ruangan menjual rokok di premis-premis mereka.

Guru-guru, pensyarah dan ustaz akan lebih mudah mengkategorikannya dan secara jelas mengubah persepsi masyarakat betapa salahnya merokok kerana kemudaratannya bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan lebih parah pada orang lain. Maka apakah lagi halangannya, wartakan sahaja.

Atau adakah kita masih mahu berhati-hati dan tidak mahu dilihat ekstrem agama kerana menggunakan halal dan haram bagi mengubah tabiat manusia?

Isu yang memudaratkan orang ramai ini sebenarnya bukan isu agama semata-mata. Apa kata tambahkan lagi kawasan larangan merokok daripada senarai sedia ada kepada seluruh tempat yang ada dalam lingkungan peta Malaysia.


Dr. Irfan Mohamad

Pensyarah Kanan Perubatan ORL

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Universiti Sains Malaysia

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pasir Mas pusat jualan rokok haram

Post  CikguPA on Wed Nov 04, 2009 2:33 pm

Pasir Mas pusat jualan rokok haram
KOTA BHARU 3 Nov. - Kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas, Tylor Nelson Soffres mendapati sebanyak 39.7 peratus rokok yang ada dalam pasaran di negeri ini adalah rokok seludup.

Pada masa yang sama, jajahan Pasir Mas yang bersempadan dengan negara jiran merupakan antara kawasan paling banyak berlaku kegiatan jual beli rokok secara haram.

Ketua Eksekutif Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM), Shaik Abbas Ibrahim berkata, laporan itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat antarabangsa yang melakukan kajian di negeri ini dan ia agak mengejutkan.

"Rokok-rokok ini diseludup menggunakan jalan laut dan sungai untuk membolosi sempadan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada 120 peruncit di daerah itu sempena Program Kempen Membasmi Jualan Produk Tembakau Tidak Sah 2009 di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) di sini hari ini.

Jelasnya, kajian oleh beberapa pihak juga mendapati hanya 6.7 juta tan metrik daun tembakau kering dijual di negara ini berbanding 13.3 juta tan metrik pada tahun 2004.

Bagi mengatasi masalah itu katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan kerjasama GPTM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan dialog bersama peruncit daerah ini untuk memberi penerangan kepada mereka.

"Kekurangan kesedaran di kalangan peniaga turut menjadi faktor jumlah jualan rokok seludup yang agak tinggi di daerah ini.

"Oleh itu kita telah memulakan langkah 'turun padang' seperti ini untuk bertemu dengan peruncit kerana hanya mereka yang mampu memastikan gejala itu dapat dihentikan," tambahnya.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Bebas asap rokok pada musim haji

Post  CikguPA on Wed Nov 04, 2009 2:34 pm

Bebas asap rokok pada musim haji

Oleh Marzuki Yusoff

MEKAH 3 Nov. – Kerajaan Arab Saudi akan menggerakkan kempen besar-besaran bagi membebaskan dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah bebas dari asap rokok pada musim haji ini.

Di bawah kempen itu sebanyak 1.5 juta risalah dalam pelbagai bahasa dunia akan diedarkan kepada para jemaah termasuk dalam bahasa Melayu, Inggeris, Turki, Urdu, Perancis dan Parsi.

Pengarah Pengawasan Program Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Majed Al-Munif berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama daripada para jemaah untuk menjadikan Mekah dan Madinah sebagai kawasan paling kurang orang merokok di dunia.

Menurut beliau, kerajaan telah menguatkuasakan kawasan dalam lingkungan lima kilometer dari Masjidilharam dan Madinah sebagai zon larangan merokok dengan jualan rokok ditegah sama sekali.

Tinjauan Utusan mendapati poster-poster dan iklan-iklan anti merokok banyak terpampang di papan-papan iklan di banyak kawasan di sekitar bandar Mekah. Bas-bas yang membawa jemaah haji juga digalakkan memasang poster serupa.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut bahawa Arab Saudi berada di kedudukan antara 30 negara di dunia yang paling ramai rakyatnya merokok.

‘‘Ibadat haji adalah masa paling sesuai untuk membebaskan diri dari tabiat merokok dan kami memperkenalkan slogan iaitu Sempurnakan Ibadat Haji, Bebaskan Diri Dari Asap Rokok,” katanya seperti dipetik oleh akhbar Arab News hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, usaha untuk membebaskan kedua-dua bandar suci itu bebas 100 peratus dari asap rokok menghadapi kesukaran sebelum ini kerana halangan bahasa.

Mekah dan Madinah diisytiharkan sebagai dua tanah suci bebas rokok pada tahun 2002 oleh Raja Abdullah dan sejak itu larangan jualan rokok dikuatkuasakan di kedua-dua bandar tersebut.

Walaupun ada larangan tersebut, tinjauan Utusan mendapati ada jemaah masih boleh memperoleh bekalan rokok melalui agen-agen yang menjualnya secara gelap seperti menjual dadah. Kegiatan menjual rokok secara gelap itu biasanya dilakukan oleh warga asing yang sudah lama menetap di Mekah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan negara ini akan melaksanakan proses menyuntik vaksin anti flu bagi mengelak wabak selesema babi (H1N1) ke atas jemaah haji tempatan dan para pekerja perubatan.

Penolong Timbalan Menteri Kesihatan (Bahagian Pencegahan), Dr. Ziad Al-Memish berkata, pihaknya akan berusaha melakukan sebaik mungkin untuk menjadikan musim haji tahun ini bebas sepenuhnya dari wabak H1N1.

Arab Saudi mencatatkan 7,000 kes selesema babi dengan jumlah kematian sebanyak 62 orang. – Utusan

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Rokok terus menerus menyusahkan orang

Post  CikguPA on Sat Nov 07, 2009 1:15 pm

Rokok terus menerus menyusahkan orang



bukan hanya perokok dalam kereta, yang menaiki motosikal juga leka dengan asap racun mereka sehingga mengabaikan anak yang menjadi pembonceng tanpa memakai topi keledar seperti gambar di atas yang dirakamkan Jurufoto Utusan Malaysia, MOHD. NAIM AZIZ di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------
SEPERTI kebiasaan, perokok adalah spesies yang akan menggelabah menjelang pembentangan bajet sejak dahulu lagi. Ye lah, bukan apa, ini disebabkan setiap kali bajet dibentangkan, cukai rokok pasti akan dinaikkan tidak kiralah tahun defisit atau lebihan, cukai rokok dan rakan 'sejenayahnya', arak pasti akan dinaikkan.

Namun tahun ini, bajet yang dibentangkan seolah-olah memihak kepada mereka pula.

Sah perokok akan tersenyum lebar walaupun kini mereka rata-rata terpaksa membayar sekotak RM9.30 untuk 20 batang bagi rokok yang berjenama manakala sekitar RM4 lebih untuk yang kurang berjenama.

Jadi selepas 30 Oktober lalu, muka perokok tersenyum, tidak seperti selalu masam mencuka dan pahit kalau dilihat sekali imbas.

Apa pun, pasti ada rasional kenapa bajet kali ini tidak menaikkan atau mengubah cukai rokok seperti selalu.

Dan dengan itu juga, rakan baik Bidai yang sering mahu membahas mengenai isu ini di e-mel sehingga sanggup mencipta pelbagai akaun e-mel pasti akan gembira kerana mula berfikir kerajaan berpihak kepadanya.

Itu Bidai tidak mahu ulas, cuma apa yang ingin Bidai utarakan kali ini ialah susulan daripada keadaan itu, ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan harga rokok di naikkan sehingga RM30 sekotak.

Seperti biasa bagi Bidai, apa sahaja yang akan dapat menyebabkan perokok meninggalkan tabiat buruk mereka, Bidai akan sokong 1,000 % kerana bagi Bidai itu lah yang terbaik untuk mereka.

Bukan nak menindakkan hak individu, tapi ini soal kesihatan individu terbabit dan juga orang lain.

Seperti yang sering Bidai katakan, segelintir perokok memang berperangai tidak senonoh dan mereka juga pada Bidai penyumbang kepada kepupusan segelintir spesies marin.

Bukan apa, sepanjang hidup Bidai, tak pernahlah lagi Bidai nampak ada perokok yang akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang sepatutnya dibuang ketika memandu kereta, menaiki motosikal, memancing, melepak di taman atau di dalam hutan ketika berkhemah.

Apa yang mereka lakukan hanyalah menjentik putung rokok itu ke mana-mana sahaja tidak kira tempat, dan yang lebih tepat, ikut mana sempat sahaja.

Inilah mentaliti segelintir daripada perokok. Mungkin otak mereka dah beku dengan tar, nikotin dan karbon monoksida yang realitinya memang membawa binasa kepada manusia.

Bagi Bidai senang, jika mereka mahu mati, matilah sendiri dan janganlah menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Apa pun, seperti di awal tulisan, Bidai katakan segelintir dan tak semua perokok itu yang sengal otak.

Tapi yang segelintir lagi yang tidak mendatangkan masalah ini mungkin boleh dibilang dengan jari. Jadi segelintir yang OK ini Bidai kategorikan spesies terancam.

Berlainan dengan Jepun, negara yang pernah satu ketika dahulu dibom dan hampir musnah.

Kegigihan rakyat Negara Matahari Terbit itu berjaya membangunkan kembali negara mereka dan kini menjadi antara gergasi dunia dalam pelbagai bidang.

Namun semua yang dikecapi itu tidak mengalpakan mereka daripada menjaga persekitaran supaya lebih aman, bersih dan juga makmur.

Paling Bidai minat ialah, mereka walaupun boleh dikatakan dalam 10 yang Bidai jumpa, lapan daripadanya perokok, namun tidak mengamalkan 'budaya' rakyat Malaysia yang membuang-buang tanpa melihat keadaan sekeliling.

Mereka lebih tertib, tak kiralah di tepi jalan, di restoran, di pejabat atau di mana-mana sahaja.

Mereka akan merokok hanya di tempat yang disediakan dan akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang disediakan. Kalau dikira, tempat membuang rokok ada di mana-mana dan disediakan tempat khas.

Jadi mereka akan berkumpul di situ untuk menghisap rokok, tidak berjalan-jalan sambil membuang putung rokok merata-rata.

Lebih menarik, pemandu teksi (yang amat banyak, suka membantu dan tidak menipu meter) akan parking tepi jalan berdekatan kawasan merokok berkenaan akan merokok di situ dan sesudah habis, dia meneruskan perjalanan. Jadi mereka tidak merokok di dalam teksi.

Melihat mereka, Bidai teringat di sini, tapi apakan daya, berbuihlah kerajaan membuat pelbagai kempen, tapi tak berkesan.

Malah ada yang mengatakan merokok itu baik untuk kesihatan dan mereka tetap sihat dan segar walaupun dah berusia setengah abad.

Entahlah, itu pada fikiran masing-masing dan Bidai malas dah bertegang leher dengan mereka.

Pada Bidai, 'Biarlah Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya'.

Fikirkanlah...

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Perdebatan mengenai rokok tidak pernah selesai

Post  CikguPA on Sun Nov 08, 2009 9:36 am

Perdebatan mengenai rokok tidak pernah selesai

Tan Sri Mazlan Nordin
Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

SEKALI-sekala debat pro dan kontra merokok terbit dalam akhbar-akhbar pelbagai negara. Seperti yang terbit dalam akhbar Kompas, Jakarta baru-baru ini. Beginilah bunyinya:

"Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Indonesia menduduki peringkat nombor tiga di dunia sebagai konsumen rokok (lebih dari 60 juta orang - data YLKI).

''Peraturan daerah Pemerintah Provinsi DKI tidak berhasil untuk setidaknya membatasi tempat merokok yang dapat mengganggu orang yang tidak merokok.

''Apa lagi berbagai kegiatan olahraga dan hiburan yang disponsor merek rokok tertentu. Hasil survey yang telah dilakukan kepada keluarga miskin di Indonesia menunjukkan bahawa pengeluaran untuk membeli rokok menempati peringkat tertinggi (22 persen) dibandingkan dengan untuk membeli beras (19 persen).

''Kewajipan untuk menayangkan bahaya merokok yang hanya sedetik (membacanya pun tidak sempat) tidak memberi pengaruh kepada masyarakat.

''Harapan saat ini ditujukan kepada Komisi Penyiaran Indonesia. Mudah-mudahan generasi muda dan kaum miskin kita dapat diselamatkan dari bahaya yang diakibatkan oleh rokok. Dari Supriyo, Jalan Amonia 1, Beji, Kota Depok, Jawa Barat."

Barulah kita ketahui bilangan merokok di Indonesia lebih 60 juta orang, iaitu lebih ramai daripada jumlah penduduk sesetengah negara.

Sementara itu di Turki sebilangan ramai yang merokok membantah tindakan pihak berkuasa melipat-ganda bilangan kawasan-kawasan larangan merokok, termasuk dalam bangunan-bangunan tempat kerja dan kedai-kedai serta tempat membeli-belah. Ini membatasi kebebasan kami, menurut mereka lagi.

Di samping itu, di Malaysia terbit berita mengenai sebuah negeri mahu mengharamkan merokok jika disokong oleh negeri-negeri lain, namun, tiada reaksi dari negeri yang lain.

Mengharamkan

Pada suatu masa lalu seorang lelaki mengumumkan "fatwa" dirinya sendiri yang mengharamkan seseorang perokok menjadi saksi upacara perkahwinan, pun tiada sambutan.

Masalahnya ialah tiada negara-negara Islam lain mengumumkan fatwa seperti itu, iaitu di Asia Barat, termasuk Arab Saudi yang birokrasi institusi-institusi keagamaan begitu lengkap.

Mesir juga tidak mengharamkan merokok. Ada antara para imam dan bilal serta menteri-menteri pun menghisap rokok, curut dan hookah. Jelas bahawa debat pro dan kontra merokok terus menerus berlaku di mana juga.

Lalu akhbar Times, London pernah menyiarkan pendapat dengan tajuk berbunyi: Di mana ada asap rokok, di situlah timbulnya prasangka.

Ulasan tersebut disiarkan setelah satu pihak yang diketuai oleh seorang doktor mengesyorkan supaya pasangan suami isteri yang merokok diharamkan mengambil anak angkat.

Seorang penulis pojok akhbar berkenaan, Bernard Levin membangkitkan masalah merebaknya kegiatan Cigarette Police. Beliau sendiri tidak merokok. Antara lain disentuh peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pernah mengumumkan bahawa "Seorang dari tiga orang yang merokok akan mati akibatnya" berdasarkan data yang diperolehi. Levin berhujah bahawa ini bererti kira-kira 250 juta akan maut di negara-negara membangun kerana ramai bilangan rakyatnya merokok.

Sebelum itu WHO pernah meramalkan bahawa menjelang tahun 1990, bilangan pesakit HIV akan meningkat hingga 100 juta, termasuk sejuta di Britain. Tahun tersebut berlalu dan bilangan sebenarnya hanya 5,500 orang di Britain dan di seluruh dunia antara lapan hingga sepuluh juta, bukan 100 juta.

Sementara itu akhbar Telegraph, London menyiarkan kenyataan seorang kaki rokok: "Sebagaimana lain-lain manusia yang ditindas, jika lebih ramai mengawasi saya dan membuli saya, maka jiwa saya akan lebih memberontak.''

Wajar dicatat ialah kenyataan Bernard Levin: "Saya tahu bahawa banyak kematian berlaku kerana merokok, walaupun bukan semuanya secara langsung. Tembakau adalah racun berbahaya, tetapi berbeza dari lain-lain racun dan kerana itu berjuta-juta perokok tidak menderita."

Propaganda

Beliau menyebut mengenai satu kajian oleh Profesor Eysenk dari Universiti Heidelberg. Kajiannya meliputi dua golongan, satu yang terdedah kepada propaganda media massa terhadap yang merokok, satu lagi yang dibiarkan sahaja dan tidak diganggu.

Beliau mendapati bahawa bilangan kematian golongan yang menjadi sasaran propaganda tiga kali ganda lebih ramai dari golongan yang dibiarkan saja.

Sesuatu yang ternyata dewasa ini ialah ramainya para belia merokok. Ada yang terpengaruh bila melihat bintang-bintang filem merokok. Antara yang disebut nama-nama ialah Gary Coaper, Humphrey Bogart dan Seniwati Lauren Bacoll serta Tallulah Bankhead. Lain-lain nama, Johnny Deep dan Kate Moss.

Satu kenyataan daripada seorang belia yang merokok menjelaskan sikap mereka: "Para muda-mudi merokok kerana memberontak. Lagi mereka digesa supaya menghentikannya lagi-lagi mereka melakukannya".

Demikian juga kenyataan seorang pemuda lain: "Lagi harga rokok naik, lagi-lagi ia diingini".

Disiarkan oleh akhbar-akhbar ialah laporan editor jurusan Sains: "Sering dikatakan bahawa sesetengah orang kita minum (arak) untuk melupakan hal. Para saintis telah membuktikan bahawa bahan yang aktif dalam rokok mencerdaskan daya ingatan".

Namun, menjadi ingatan kepada perokok ialah nasihat: "Kita tidak boleh lari dari apa yang kita lakukan".

Berupa catatan ialah hal-hal masa lampau. Antara yang kerap disiarkan gambar mereka yang merokok ialah Pengerusi Parti Komunis China, Mao Tse-Tung (gambar rokok kotak merah), Winston Churchill dengan curutnya dan Presiden Roosevelt dengan rokok di mulutnya.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Mon Nov 30, 2009 11:22 pm

Taiwan larang penunggang motosikal merokok

TAIPEI - Semua penunggang motosikal dan pejalan kaki di Taiwan dilarang menghisap rokok mulai tahun depan, demikian menurut Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar.

Jurucakapnya, Wang Chun-yuan menjelaskan, larangan itu bertujuan untuk mengurangkan masalah sampah berpunca daripada puntung rokok yang sering dibuang merata-rata.

Kata Chun-yuan, usaha itu juga bagi mengelak kanak-kanak terbakar.

"Orang ramai tidak lagi dibenarkan merokok di tepi jalan atau ketika menunggang motosikal. Mereka perlu ke tempat khas untuk merokok," kata Chun-yuan dalam satu wawancara oleh stesen televisyen Sanli TV. - Agensi

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Mon Dec 28, 2009 9:20 am

KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Sat Jan 16, 2010 12:06 pm

Setiap hari 50 remaja mulakan tabiat merokok


16/10/2004 | Berita Harian

KEMPEN 'Nafas Baru Mulai Ramadan' yang disasarkan kepada perokok Muslimin dan Muslimat agar meninggalkan tabiat itu secara beramai-ramai mulai Ramadan ini, akan menyingkap punca mereka merokok.
Kementerian Kesihatan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Pusat Racun Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan menjalankan pelbagai strategi dan kegiatan untuk membantu perokok Muslim di negara ini supaya berhenti merokok.

Umat Islam di negara dijangka menyambut 1 Ramadan pada 27 Oktober ini, tertakluk kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Ketagihan rokok menjadi masalah global yang sukar ditangani di banyak negara. Sudah banyak program dilancarkan membabitkan pelbagai peringkat untuk mengatasi masalah penagihan rokok.�

Mereka yang merokok, walaupun menyedari kesan buruknya, terus meningkat bilangannya setiap tahun. Antara punca utama ketagihan merokok ialah tindakan syarikat gergasi yang membelanjakan beratus juta ringgit setiap tahun di Malaysia bagi mempromosikan rokok kepada orang awam. Ini dilakukan sama ada secara terang-terangan atau sembunyi, menyebabkan ramai yang termakan propaganda itu tanpa disedari.

Yang lebih menyedihkan ialah penggunaan teknologi tinggi syarikat rokok berjaya memujuk, merayu dan memutar belit dengan pelbagai muslihat untuk mempromosikan rokok tanpa disedari oleh masyarakat. Peruntukan yang sangat besar, sekurang-kurangnya RM300 juta setahun, digunakan untuk mempromosi tabiat merokok di Malaysia.

Masyarakat diajak supaya mengubah pemikiran agar mempercayai bahawa pilihan merokok adalah hak asasi seseorang dan merokok adalah gaya serta pilihan seseorang. Walhal, rokok adalah dadah yang membawa kepada ketagihan kuat dan lazimnya seorang perokok itu mempunyai kesukaran untuk berhenti.�

Malaysia sedang menghadapi wabak merokok dan kita sebenarnya menentang syarikat tembakau dalam perjuangan yang sangat mencabar.�

Statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998.�

Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini, yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun.

Statistik menunjukkan 49 peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok dan melebihi kadar di negara maju seperti di Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus). Kesedaran di negara ini menurunkan kadar merokok sejak beberapa tahun lalu.�

Perangkaan juga menunjukkan Melayu Muslim meliputi 35 peratus daripada keseluruhan perokok iaitu kira-kira satu juta orang, berbanding Cina (23 peratus) dan India (20 peratus). Kebanyakan perokok adalah penduduk luar bandar.�

Sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000.

Satu fenomena membimbangkan ialah lebih ramai gadis mulai merokok.�

Malah remaja perempuan yang merokok, didapati bertambah daripada satu kepada lapan peratus, khususnya di bandar. Dianggarkan setiap hari 50 remaja memulakan tabiat buruk ini.

Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang.

Seorang remaja ada kalanya boleh ketagih pada rokok walaupun hanya mengambil satu sedutan. Ini disebabkan otak yang masih dalam proses pertumbuhan dan belum matang.�

Ketagihan ini disebabkan kandungan dadah nikotin dalam rokok. Dalam kata lain, perniagaan rokok diibaratkan satu perniagaan dadah yang membawa keuntungan besar.

Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira 4,000 jenis bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu merokok. Antara kandungan asap rokok yang memudaratkan ialah tar, nikotin dan karbon monoksida.�

Tar mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan barah. Antara bahan utama dalam tar ialah PAH (hidrokarbon polinuklear aromatik). Bahan ini boleh mencacatkan sel baka. Justeru, tar juga dikenal pasti sebagai karsinogen, yakni bahan yang boleh mengubah sifat sel jinak menjadi ganas hingga menjadi barah.�

Nikotin pula, selain menjadi dadah yang menyebabkan ketagihan yang tinggi, menyebabkan denyutan nadi dan tekanan darah bertambah, di samping memekatkan cairan darah dalam tubuh. Ramai yang tidak tahu bahawa kepekatan darah seorang perokok dan bukan perokok adalah berbeza.�

Karbon monoksida pula adalah gas yang menyebabkan bekalan oksigen ke tisu badan menjadi terencat. Ia boleh bergabung dengan sel darah merah dan mengurangkan keupayaan sel itu mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, termasuk otak. Kajian sains menunjukkan kepayaan fizikal dan mental perokok terganggu akibat meningkatnya pengaruh karbon monoksida.

Satu salah faham popular yang berlaku ialah merokok dikaitkan dengan tingkah laku mencari idea atau mendapat ilham. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, disebabkan ketagihan nikotin, fikiran mereka yang merokok akan lebih terganggu jika tiada rokok. Justeru, prestasi, idea, ilham dan fikiran yang bernas seseorang itu akan menjadi lebih baik selepas berhenti dan bebas pengaruh rokok.

Malah, prestasi seorang atlit atau pemain sukan juga akan meningkat selepas berhenti merokok. Ini kerana keupayaan fizikal dan mental kembali pulih kerana darah dapat bergabung dengan oksigen sepenuhnya, selain memperkayakan otak untuk berfikir dan otot lebih kuat tanpa pengaruh karbon monoksida.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.�

Ini menyebabkan perokok sendiri perlu lebih berwaspada apabila menggunakan ubat-ubatan manakala pesakit atau individu yang mengambil ubat-ubatan, hendaklah berwaspada termasuk tidak mendekati orang merokok.

Perokok walaupun sedar risiko kesihatan yang dihadapi, sukar berhenti kerana sifat ketagihan nikotin, sama seperti penagih yang ketagihan heroin. Sebab itulah kita memerlukan suatu kekuatan yang dapat mengatasi masalah ketagihan ini dengan menggunakan Ramadan.�

Pelbagai strategi dan aktiviti sedang disusun bagi membantu dan memudahkan perokok Muslim untuk berhenti merokok menjelang Ramadan yang mulia ini. Kempen intensif melalui media massa dan kaedah kreatif lain bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya rokok hingga ke akhir Ramadan 1424 Hijrah, diharapkan boleh membantu perokok mengetahui betapa pentingnya menangani masalah ini.�

Ramadan bulan yang mulia, menyediakan suatu suasana yang sangat baik untuk berhenti merokok. Suasana di tempat kerja, pejabat, rumah pada waktu siang dan malam sangat berbeza berbanding bulan lain.�

Lebih 95 peratus perokok Muslim menyatakan mudah berhenti merokok pada Ramadan.

Marilah kita sama-sama memanfaatkan sepenuhnya keberkatan yang dibawa bersama Ramadan al-Mubarak untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semoga dengan kekuatan iman dan keyakinan, kita dapat melaksanakan ibadat dengan ikhlas selain mendapat kurniaan Allah agar membebaskan kita daripada bergantung kepada rokok, seterusnya menjaga kesejahteraan diri dan keluarga.

Semoga Allah akan sentiasa memberi kita hidayah, bimbingan serta kejayaan di dunia dan juga akhirat.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Sat Jan 16, 2010 12:12 pm

Merokok bercanggah nilai murni agama


23/10/2003 | Berita Harian

KEMPEN 'Nafas Baru Mulai Ramadan' kali ini membincang pengaruh asap rokok terhadap ahli keluarga, anak, isteri dan sahabat handai. Mereka adalah perokok pasif yang turut terhidu asap rokok di rumah atau tempat kerja.�

Asap rokok adalah punca utama pencemaran udara dalam rumah. Dalam satu kajian di negara ini, lebih 60 peratus rumah ada orang yang merokok. Kajian sama juga mendapati 64 peratus Melayu merokok di hadapan anak mereka dalam rumah.�

Asap rokok yang terperangkap dalam rumah akan menjejaskan kesihatan seluruh ahli keluarga, khususnya, kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap kandungan asap rokok. Ini kerana ia mempunyai bahan kimia dan dadah berbahaya.�

Bagi ibu hamil yang terdedah dengan asap rokok, racun dalam asap rokok akan sampai kepada bayi dalam kandungannya dan mengganggu tumbusaran janin. Gangguan ini boleh merencatkan pembesaran janin dan menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan dan kadang kala kematian dalam rahim dan keguguran.�

Bayi yang dilahirkan oleh ibu merokok relatifnya lebih kecil untuk tempoh kandungannya dan mudah diserang jangkitan kuman. Ia boleh juga mengalami kelembapan mental.

Asap rokok pasif yakni asap rokok yang dihidu oleh bukan perokok, terbukti menyebabkan pelbagai penyakit serius, termasuk kanser paru-paru dan penyakit jantung.�

Apatah lagi penyakit seperti batuk selesema dan sakit kepala. Bagi kanak-kanak pula, asap rokok pasif ini dikenal pasti melalui kajian saintifik di merata dunia adalah antara punca penyakit pernafasan, penyakit telinga tengah dan serangan asma.

Ibu bapa merokok bukan saja meletakkan anak mereka pada bahaya penyakit, malah kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri.�

Kanak-kanak dari ibu bapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. Ayah atau abang yang merokok akan menjadi 'model' untuk mereka. Baik buruknya kebangkitan tunas baru, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya.�

Firman Allah, maksudnya: "Allah mewariskan ke atas kamu terhadap anak-anak kamu." (Surah an-Nisa', ayat 11)�

Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak mereka. Hadis bermaksud : "Tiada seorang ayah yang memberikan anaknya suatu pemberian lebih baik daripada adab yang mulia." (Hadis riwayat At-Termidzi)

Dapati ramai perokok dalam masyarakat kita, merokok dalam rumah dan di hadapan anak mereka.

Bagi mereka bukan perokok, asap rokok amat mengganggu keselesaan mata, hidung dan tekak. Di samping baunya, ia boleh menyebabkan mata berair, hidung tersumbat, batuk, bersin, sesak nafas dan sakit kepala. Bagi penghidap penyakit lelah (asma), asap rokok menyebabkan alahan dan boleh membawa kepada serangan penyakit itu, lalu memburukkan lagi keadaan pengidap asma.�

Daripada maklumat mengenai kemudaratan asap rokok terhadap kesihatan, maka isu berhubung menghidu asap rokok secara terpaksa atau secara pasif semakin ketara. Ia menjadi persoalan hak asasi manusia yang semakin hebat diperkatakan di negara maju. Asap rokok mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman, di kebanyakan bangunan dan tempat awam.�

Dari perspektif Islam, merokok adalah perbuatan buruk yang tidak sesuai dengan nilai murni dalam kehidupan seorang Muslim. Fatwa bahawa merokok adalah haram pernah dikeluarkan oleh ramai ulama tempatan dan antarbangsa, termasuk Mufti Mesir, Dr Nasr Fareed Wassil.�

Peranan agama disedari sangat kuat dalam mempengaruhi penstrukturan hidup masyarakat Muslim dengan memberi galakan, motivasi dan sokongan dalam melakukan perubahan gaya hidup. Pengaruh keluarga juga tidak boleh dipandang ringan, terutama oleh ibu bapa atau adik-beradik yang merokok yang akan menjadi 'model' kepada mereka.

Islam tidak membenarkan penganutnya merosak, menyakiti atau mengganggu orang lain. Larangan ini cukup jelas, Kalau terhadap orang lain tidak dibenarkan melakukan hal buruk itu, maka terhadap diri sendiri tentu lebih dilarang lagi.

Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan dan mengancam kehidupan. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan saraf, hendaklah yang baik, bersih dan menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani.

Tabiat merokok dengan cara menyedut masuk ke dalam badan adalah cara yang merosak dan mengancam diri. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan 'membunuh diri' sendiri dan orang atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu. Sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa agak lama.�

Sebelum berlaku penyakit berat yang membawa maut, pelbagai penyakit lain boleh dialami oleh mereka seperti batuk kecil (batuk perokok), migrain, sakit kepala, rasa kebas di kaki dan pedih ulu hati.

Rokok adalah penyebab utama kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan sama sekali pada zaman moden ini

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang." (Surah an-Nisa', ayat 29).

Adalah diharapkan agar maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita dan dapat bersama-sama mengatasi masalah tabiat merokok.

Ramadan, penghulu segala bulan menyediakan suasana yang sangat baik untuk berhenti merokok. Suasana di tempat kerja, pejabat, rumah pada waktu siang atau malam berbeza dan ini dapat membantu perokok berhenti merokok.�

Kajian mendapati 95 peratus perokok Muslim yang menyatakan mudah untuk berhenti merokok pada Ramadan mempunyai peluang keemasan untuk berjaya berhenti merokok menjelang ketibaan Ramadan ini.�

Anak dan isteri memainkan peranan penting bagi memberi dorongan untuk bapa atau suami agar dapat membantu dalam usaha membuang tabiat bergantung dengan dadah nikotin rokok.

Marilah bersama-sama dengan mengambil keberkatan Ramadan al-Mubarak serta hidayah, keampunan dan bantuan daripada Allah supaya kita dapat meninggalkan tabiat merokok yang dilarang oleh agama dan seterusnya menjaga kesejahteraan diri, anak dan isteri kita.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Sun Jan 17, 2010 7:04 am

Toksik badan terkumpul akibat merokok

SAYA merancang untuk memulakan program detoksifikasi memandangkan sejak kebelakangan ini saya makan agak berlebihan, terutamanya musim perayaan dan tahun baru. Saya juga seorang perokok dan mudah letih.

JAWAPAN,

Alangkah baiknya sekiranya azam untuk kurangkan atau berhenti merokok termasuk dalam agenda tahun baru. Banyak alasan kenapa perlunya seseorang itu menjauhi rokok:

* Nikotin dan karbon monoksida dalam rokok merosakkan endothelium yang menyediakan tapak kepada pengumpulan plak. Toksin daripada asap tembakau merendahkan kolesterol baik dan meningkatkan paras kolesterol berbahaya.

* Menyedut asap rokok akan mengurangkan vitamin dan nutrien tubuh yang akan melemahkan sistem imun tubuh. Sistem imun yang lemah akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung, peparu dan juga kanser

* Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) - ia merupakan kumpulan masalah kesihatan di mana laluan udara tersekat dan menyebabkan kesukaran bernafas. Bronkitis kronik - penyakit di mana laluan pernafasan menghasilkan lebih mukus yang memaksa perokok batuk lebih kerap. Merokok juga dikaitkan sebagai penyumbang utama kepada emphysemia, iaitu penyakit yang secara perlahan melemahkan keupayaan untuk bernafas. Merokok akan meningkatkan kadar kemerosotan fungsi peparu tiga kali ganda lebih tinggi dan kesukaran bernafas bermula akibat kemerosotan fungsi peparu.

Di dalam rokok juga terdapat beribu-ribu bahan kimia dan sebahagian besarnya memberi toksik kepada tubuh. Bahan ini menjejaskan banyak aspek kesihatan daripada fungsi organ dalaman tubuh hinggalah kepada sistem imun. Kandungan bertoksin daripada rokok boleh memasuki segenap ruang tubuh dan boleh merosakkan dengan banyak cara.

Pengumpulan toksin yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan, dimana kita akan mudah letih, daya konsentrasi yang lemah, peningkatan berat badan serta risiko pelbagai penyakit. Hati merupakan organ penting yang melibatkan tugas yang kompleks. Ini termasuklah memproses ubatan dan toksin lain untuk disingkirkan daripada tubuh. Penyelidikan juga mendapati merokok menukar keupayaan hati untuk menguruskan bahan-bahan tersebut.

Milk thistle dan dandelion adalah dua jenis herba popular dalam menyokong kesihatan hati. Bahan aktif dalam Milk thistle iaitu silymarin bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel hati daripada serangan radikal bebas akibat pengumpulan toksin berlebihan. Radikal bebas ialah bahan yang sangat reaktif dan berupaya menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Silymarin juga boleh merangsang sintesis protein yang membantu merangsang penghasilan sel baru. Kajian klinikal menunjukkan milk thistle mempunyai kesan yang positif dalam rawatan beberapa jenis penyakit hati, termasuklah penyakit hepatitis, keradangan pundi hempedu dan sirosis hati.

Kajian tentang keberkesanan akar dandelion juga merumuskan ia berupaya menggalakkan pengaliran hempedu dan memperbaiki beberapa jenis keadaan seperti hepatitis, kongesi hati, keradangan saluran hempedu, batu hempedu dan jaundis. Keberkesanan ini berkait rapat dengan kebolehan dandelion untuk membekalkan nutrien kepada hati dan meningkatkan fungsi hati.

Utusan Malaysia, 17/1/2010

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Wed Jan 20, 2010 7:49 pm

Tidak susah henti merokok’

KEGAGALAN kempen berhenti merokok seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia bukan disebabkan kurang perancangan atau usaha gigih. Tapi kegagalan kempen itu disebabkan perokok itu sendiri.

Usaha agar orang ramai berhenti merokok adalah satu usaha murni dan harus difahami dan disedari oleh semua perokok.

Saya juga bekas perokok selama 33 tahun. Saya tidak pernah mencuba untuk berhenti atau mengurangkan tabiat merokok saya. Masa-masa yang saya mesti merokok adalah ketika memandu, menonton televisyen dan bersama kawan-kawan. Inilah sebenarnya sebab kenapa kebanyakan perokok tidak mahu dan tidak boleh lalui semasa mereka mencuba untuk berhenti merokok.

Sebenarnya para perokok yang memberi pelbagai alasan tidak dapat berhenti merokok sebenarnya menipu diri sendiri dan hakikatnya mereka tidak berminat untuk berhenti merokok.

Tidak kira apa juga jawatan yang disandang, jika mereka seorang perokok dan memberi apa-apa alasan di atas kegagalan untuk berhenti merokok, mereka sebenarnya tidak ikhlas untuk berhenti. Dan mereka ini sebenarnya penyumbang kepada kegagalan kempen berhenti merokok.

Secara jujur, apakah merokok ini satu kesalahan? Rasanya tidak. Tidak salah jika mahu merokok kerana rokok masih dijual di pasaran. Penjualan rokok itu sebenarnya yang membuat orang ramai keliru.

Jika benar merokok ini sesuatu yang seburuk digambarkan, kenapa rokok masih lagi dijual di pasaran? Kenapa tidak diharamkan sahaja penjualannya. Inilah kecelaruan sebagai seorang perokok. Dilarang merokok, tapi rokok dijual.

Untuk berhenti merokok, pada pendapat saya memerlukan keberanian dan tidak mementingkan ego. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inilah kenyataannya.

Tidak payah memberi apa-apa alasan kenapa tidak boleh berhenti merokok. Merokoklah sehingga mati. Merokoklah sehingga kaki dipotong dan merokoklah sehingga paru-paru anda hancur. Tiada siapa yang peduli.

Kenapa mesti orang lain peduli jika anda mahu membunuh diri sendiri dengan merokok. Anda tidak menyayangi semua orang yang menyayangi diri anda. Anda terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu mementingkan ego.

Jika keluarga anda sendiri yang menasihati anda untuk berhenti merokok dan anda tidak mempedulikannya. Orang luar apa lagi. Tak ubah seperti mencurah air ke atas daun keladi.

Saya sendiri tidak pernah berkata saya telah berhenti merokok. Cuma saya sekarang tidak lagi merokok. Saya tidak kata saya berhenti merokok. Saya cuma berkata “saya tak nak merokok, tak sedap.” Saya samakan merokok seperti juga makanan yang saya tak suka makan.

Saya tidak cuba secara berdikit-dikit. Bila kita tak nak makan sesuatu yang tak sedap, kita terus tidak memakannya. Itulah pendekatan yang saya ambil untuk tidak merokok.

Bila saya kata merokok itu tidak sedap, maka saya terus tidak merokok. Rokok yang ada terus saya buang dan stok rokok di rumah saya jual kembali kepada pembekal. Allahmdullillah, tahun ini masuk tahun ke-6 saya tidak merokok.

Mudah sebenarnya jika kita tidak mahu merokok. Masalahnya, kita mahu merokok dan bila dilarang, makin kuatlah kita menentang.

Jadi kepada penganjur kempen berhenti merokok, saya cadangkan salurkan dana tersebut kepada perkara yang lebih bermanafaat daripada membuang masa menasihati orang yang tak reti bahasa tentang kasih sayang dan keinginan orang ramai mahukan semua warga kita sihat dan sejahtera.

Saya juga ingin berkongsi cara mudah untuk tidak merokok ini dengan orang ramai di luar sana. Tapi hanya untuk yang benar-benar tidak mahu merokok.

Ini bukan untuk yang mahu “Mencuba berhenti merokok,” kerana perokok yang mencuba untuk berhenti merokok sebenarnya “Tidak mahu berhenti merokok.”

utusan Malaysia, 20/1/2010

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Thu Jan 21, 2010 4:54 pm

Harga rokok mungkin RM50

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

''Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja.

Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

''Peranan yang dimainkan oleh media seperti Utusan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu merokok sangat kami hargai,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, adalah kurang tepat untuk menyimpulkan yang kementerian gagal dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.

Katanya, lebih-lebih lagi jika pandangan itu dibuat selepas hanya beberapa pemerhatian mudah dan bukannya melalui penyelidikan saintifik yang berwibawa.

''Hasil dua tinjauan besar yang dijalankan oleh pada tahun 1996 dan 2006, iaitu Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2 & 3, kadar merokok sebenarnya telah menurun sebanyak lebih dua peratus.

''Justeru kementerian juga tidak bercadang untuk menutup atau memansuhkan kesemua 270 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikatakan gagal mencapai matlamatnya.

''Malah dalam perancangan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), klinik itu akan diintegrasikan ke dalam perkhidmatan lain yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,'' katanya.

Utusan Online: 21/1/2010

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  CikguPA on Fri Jan 22, 2010 6:39 am

Kempen berhenti merokok diteruskan

MIRI 21 Jan. - Kerajaan tetap meneruskan kempen berhenti merokok dengan membabitkan Kementerian Kesihatan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk pihak media untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya merokok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia kerana laporan khas mengenai kempen antirokok berkata, kerajaan akan meneruskannya demi membantu masyarakat menangani masalah tersebut.

"Kempen itu sudah dimulakan sejak dahulu dan ia berterusan. Saya ucap tahniah kepada Utusan Malaysia yang berusaha meminta supaya orang tidak merokok," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keberkesanan Kempen Berhenti Merokok yang kelihatan gagal apabila hanya 5,000 daripada 3 juta perokok mendaftar dengan Klinik Berhenti Merokok dan daripada jumlah tersebut, hanya 1,250 berjaya berhenti merokok.

Muhyiddin berkata, undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang merokok di tempat awam masih tidak mencukupi dan ia perlu diikuti dengan kesedaran perokok sendiri.

"Semasa saya membaca akhbar di Britain, sesetengah negara seperti Finland membuat keputusan untuk mengharamkan merokok tetapi saya fikir Malaysia tidak akan buat begitu," jelasnya.

Ditanya adakah beliau setuju jika harga rokok dinaikkan sehingga RM50 bagi pek 20 batang, beliau berkata: "Tidak perlu tanya saya."

Semalam Kementerian Kesihatan menegaskan ia sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

Utusan Online, 22/1/2010

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum