PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tips - 10 Penipuan Di Internet

Go down

Tips - 10 Penipuan Di Internet Empty Tips - 10 Penipuan Di Internet

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:22 pm

Bentuk penipuan di Internet dan langkah bagi mengelakkan daripada tertipu.
Berikut adalah 10 penipuan yang biasa terjadi:

1. Penipuan lelongan internet
Pengguna dikatakan akan menerima barangan yang kurang brharga atau berbeza daripada yang sebenarnya atau mereka tidak menerima barangan itu terus.

Tindakan: Tidak sewenangnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kalau boleh, hanya bayar setelah mendapatkan produk yang dibeli. Pastikan produk yang dibeli ada jaminan ‘wang kembali’

2. Penipuan penyedia perkhidmatan internet
Pengguna dikenakan kontrak penggunaan perkhidmatan yang lama dan dikenakan denda yang banyak sekiranya mahu membuat pembatalan.

Tindakan : Pastikan anda bertanya dan membaca kontrak dengan teliti sebelum bersetuju dengan sebarang perjanjian.

3. Penipuan promosi rekabentuk laman web
Pengguna ditawarkan pembinaan web dengan masa percubaan 30 hari tetapi mereka meminta membayar untuk perkhidmatan lain dan maklumat mereka disalahgunakan.

Tindakan : Sentiasa memeriksa bil anda terutama bil telepon. Pastikan tiada sebarang transaksi meragukan.

4. Penipuan maklumat internet dan lawan web dewasa
Maklumat pengguna kad kredit akan digunakan secara salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab setelah melakukan pembayaran kepada laman web dewasa atau lucah.

Tindakan : Batalkan serta merta kad kredit anda dan buat aduan kepada bahagian ‘customer service’ syarikat kad kredit anda

5. Penipuan pemasaran mutilevel atau piramid
Ada bermacam-macam program multilevel atau piramid yang tidak sah yang mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai.

Tindakan : Pastikan corak pemasaran mereka dengan teliti. Tanya pendapat orang lain sebelum anda menyertai sesuatu program. Jika corak pemasaran mereka mengelirukan, jangan sekali-kali sertainya.

6. Peluang perniagaan dan kerja rumah
Pengguna dijanjikan wang yang banyak untuk melakukan kerja yg sedkit.

Tindakan: Biasanya bayaran yang banyak itu hanya umpan untuk anda ditipu. Kalau jelas mereka menipu, laporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

7. Skim pelaburan dan cepat kaya
Pengguna ditawarkan pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang sedikit.

Tindakan: Periksa dengan pihak berkuasa terutama kementerian kewangan dan suruhjaya sekuriti mengenai syarikat atau skim tersebut.

8. Penipuan percutian
Pengguna ditawarkan dengan percutian yang murah tetapi mereka tidak memberitahu harga sebenar dan keperluan lain sebelum mendapat percutian.

Tindakan : Rujuk kepada pihak tertentu dan baca dengan teliti tawaran yang diberikan.

9. Penipuan talian telefon
Banyak laman web dewasa dan lucah menawarkan talian terus kepada mereka dengan percuma. Tetapi sebenarnya ia akan menyebabkan moden anda mendail terus ke talian luar negara yang tersangat mahal.

Tindakan: Pastikan anda tidak memindahterima program tawaran percuma dan periksa bil telefon anda samaada terdapat sebarang rekod panggilan ‘pelik’ yang berlaku.

10. Penipuan penjagaan kesihatan
Laman laman web yang menawarkan bekalan ubat atau pemulihan kesihatan untuk masalah kesihatan yang serius. Malangnya ubat yang ditawarkan langsung tidak berkesan.

Tindakan : Jumpalah doktor atau orang yang lebih arif yang bertauliah untuk mendapatkan sebarang pandangan pandangan sebelum membeli sebarang ubat/produk kesihatan.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum