PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan

Go down

Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Empty Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:36 pm

Ekonomi Malaysia dijangka meningkat 5.7 peratus tahun ini

BANK Dunia menaikkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2010 kepada 5.7 peratus daripada 4.1 peratus yang dibuat pada November lalu, didorong aliran meningkat penggunaan swasta dalam negara, pelaburan serta permintaan luar.

Unjuran pertumbuhan itu dibuat berdasarkan jangkaan peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 8.5 peratus bagi suku pertama, 6.8 peratus pada suku kedua, 4.9 peratus suku ketiga dan 2.9 peratus pada suku keempat tahun ini.

Ahli Ekonomi Kanannya, Philip Schellenkens, berkata pemulihan ekonomi Malaysia sebahagian besarnya akan dibantu oleh peningkatan semula sektor eksport selepas penyusutan ketara tahun lalu, dijana peningkatan permintaan negara serantau serta global.

Katanya, Malaysia kini secara keseluruhannya pulih daripada kesan krisis ekonomi global, justeru membolehkan ia melaksanakan agenda reformasi ekonomi seperti yang dihasratkan kerajaan.

“Dalam konteks ini, pengumuman Model Ekonomi Baru (MEB) amat dialu-alukan memandangkan matlamatnya adalah untuk meningkatkan Malaysia dalam rantaian nilai serta mempromosi keterangkuman dan pertumbuhan mapan dengan dipacu oleh inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia: Pertumbuhan Menerusi Inovasi yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Kuala Lumpur, semalam.

Jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2010 Bank Dunia itu adalah lebih tinggi berbanding unjuran rasmi Bank Negara Malaysia iaitu antara 4.5-5.5 peratus.
Dalam laporannya, Bank Dunia mengunjur KDNK Malaysia akan berkembang pada kadar 5.3 peratus pada 2011 dan 5.6 peratus pada 2012 dengan mengambil kira pelaksanaan reformasi struktur ekonomi secara berperingkat oleh kerajaan seperti dalam cadangan MEB.

Schellenkens menjelaskan, selepas memperoleh pemulihan mantap, Malaysia kini berdepan cabaran menggunakan kelebihannya untuk beralih daripada ekonomi kos rendah kepada bernilai tinggi menerusi inovasi.

“Peralihan itu penting untuk membolehkan Malaysia berdaya saing dalam merebut pelaburan langsung asing (FDI), modal insan pakar dan kelebihan perdagangan, khususnya di kalangan negara Asia,” katanya.

Dengan menggalakkan perniagaan bukan bidang teknologi untuk terbabit dalam inovasi, kata beliau, ekonomi Malaysia akan memperoleh daya saing seperti yang diperlukan.

Sementara itu, mengulas mengenai unjuran baru Bank Dunia itu, Nor Mohamed berkata, sejak beberapa bulan lalu, banyak firma serta organisasi penyelidikan global sudah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020, secara purata Malaysia memerlukan kadar pertumbuhan purata antara 5.5-6.0 peratus setahun. Itu adalah kadar minimum, kalau boleh capai lebih daripada itu lebih baik.

“Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 pada 10 Jun ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mengumumkan jangkaan pertumbuhan baru bagi tahun ini dan dari 2011 hingga 2015,” katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum