PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam

2 posters

Go down

Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam Empty Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 5:32 pm

HULU SELANGOR: Selain daripada mengurangkan pengambilan gula, orang ramai disarankan supaya mengurangkan pengambilan garam ataupun natrium dan sodium dalam makanan mereka, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata saranan pengurangan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram dibuat berikutan hasil kajian di Hong Kong yang mendapati beberapa produk makanan dalam tin seperti daging lunceon dan sardin mempunyai kandungan natrium atau sodium yang tinggi.

Kajian di Hong Kong itu yang dilaporkan agensi berita antarabangsa pada 15 April lalu, mendapati kandungan natrium dalam makanan melebihi saranan pengambilan harian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Daging lunceon dan sardin dalam tin merupakan makanan yang terproses dan makanan sebegini mengandungi garam, air dan bahan pengawet seperti natrium nitrat, kalium nitrat, natrium nitrit atau kalium nitrit.

"Natrium boleh digunakan sebagai ramuan makanan atau bahan pengawet," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kempen kurangkan gula di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kerling, di sini hari ini.

Beliau berkata di Malaysia, pelabelan bagi nitrat tidak diwajibkan memandangkan fokus pelabelan pemakanan hanya bagi empat nutrien utama -- tenaga, protein, karbohidrat dan lemak, dengan pemantauan ke atas kandungan natrium hanya dibuat bagi makanan terproses.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, standard bagi garam (natrium klorida) ditetapkan di bawah peraturan 283, di mana garam perlu mengandungi tidak kurang daripada 95 peratusan natrium klorida.
Bagaimanapun, beberapa standard makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mempunyai peruntukan membenarkan penambahan garam, dengan peruntukan khusus bagi paras garam atau natrium yang perlu tambah seperti untuk belacan, cincalok, sos ikan, ikan kering dan pekasam (jeruk).

Liow berkata peratuan Diet Makanan 2010 menyarankan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram garam, bersamaan 2000 miligram natrium sehari, dan ini selaras dengan saranan WHO (2007).

"Berdasarkan kajian pengambilan makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan natrium di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 2,575 mg sehari.

"Ini menunjukkan rakyat Malaysia mengambil natrium melebihi jumlah yang disarankan. Kajian yang sama juga mendapati pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah," katanya.

Berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat beberapa contoh makanan yang tinggi kandungan natrium melebihi paras 480 mg natrium seperti -- kacang panggang (tin), sayur/sayur jeruk (tin), sup tomato (tin), ayam goreng (makanan segera), kari ayam (tin), kiub ayam, rendang daging (tin), kari daging (tin) dan sardin (tin).

Selain itu kicap pekat dan kicap cair, kondimen seperti sos tomato/cili/tiram, cincalok dan belacan juga melebihi paras 480 mg natrium.

Sehubungan itu, Liow menyeru orang ramai mengurangkan penggunaan garam dan sos dalam makanan selain kurangkan pengambilan makanan dalam tin, dijeruk atau makanan digaramkan seperti telur masin.

"Utamakan makanan segar seperti daging segar berbanding daging ditinkan. Rendam dahulu makanan yang bergaram (seperti ikan masin/ikan bilis) sebelum dimasak untuk membuang garamnya.

"Sekiranya membeli makanan terproses, baca panel maklumat pemakanan pada label makanan untuk mengetahui kandungan garam dan pilihlah produk yang mengandungi kurang kandungan natrium," katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam Empty Re: Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed Apr 21, 2010 3:23 pm

AS rancang kurangkan garam dalam makanan

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat merancang mengurangkan secara perlahan penggunaan garam di kalangan penduduk negara itu kerana menyifatkan pengurangan bahan berkenaan akan mengurangkan kematian akibat darah tinggi dan sakit jantung.

Usaha berkenaan akan membawa kepada peraturan dalam penggunaan garam yang dibenarkan dalam memproses makanan, lapor The Washington Post. Rancangan itu akan dilakukan tahun ini tetapi belum memutuskan jumlah garam yang dibenarkan.

Kerajaan merancang bekerjasama dengan industri makanan dan pakar kesihatan bagi mengurangkan penggunaan garam sepanjang tempoh setahun, lapor akhbar itu yang memetik sumber Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat. Pengeluar sekarang dibenarkan menggunakan seberapa banyak garam yang dikehendaki dalam produk mereka tetapi dikehendaki melaporkan jumlahnya dalam label nutrisi. – Reuters

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam Empty Re: Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:09 pm

Pengurangan pengambilan garam
1)Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makanan.
2)Elakkan menabur garam ketika menghidangkan makanan.
3)Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses.

Pengurangan pengambilan gula
1)Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula.
2)Walaupun gula tidak mempunyai nutrien, ia penting dalam membekalkan tenaga.
3)Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati penduduk berumur 18 hingga 59 tahun mengambil 21 gm gula pasir sehari (bersamaan 4 sudu teh) dan mereka juga cenderung mengambil 30 gm susu pekat manis sehari (bersamaan 3 sudu teh) untuk ditambah ke dalam minuman.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam Empty Re: Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum