PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Anggota polis parah ditikam lelaki kurang siuman

Go down

Anggota polis parah ditikam lelaki kurang siuman Empty Anggota polis parah ditikam lelaki kurang siuman

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 27, 2010 1:01 pm

2010/03/27
KUALA LANGAT: Seorang anggota polis yang sedang bertugas parah apabila ditikam sebanyak tiga kali di bahagian belakangnya oleh seorang lelaki disyaki kurang siuman, di Jenjarom di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohamad Radzi Ishak, berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu, Koperal Hasnor Hadi Zainal Abidin, 40, bersama seorang lagi anggota sedang berhenti minum dan beramah mesra dengan penduduk setempat di sebuah restoran.
"Suspek secara tiba-tiba muncul dari arah belakang sambil menepuk tiga kali pada bahagian belakang mangsa sebelum menjatuhkan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 10 inci ke lantai dan melarikan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. "Sejurus kemudian Hasnor mengadu sakit kepada rakan setugasnya yang mendapati terdapat tiga kesan tikaman pada bahagian belakangnya iaitu dua di bahagian kiri dan satu di bahagian kanan," katanya.

Mohamad Radzi berkata, salah satu tikaman itu mengenai paru-paru Hasnor yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

"Ketika melawat mangsa tadi, saya lihat mangsa sedar dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Mohamad Radzi berkata, 15 minit selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek dan hasil siasatan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod menyerang orang awam dengan senjata tajam pada tahun lalu.
Katanya, suspek juga pernah dihantar ke hospital untuk rawatan mental.

"Tiada sebarang motif dalam kejadian ini kerana suspek adalah lelaki kurang siuman. Namun, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum