Mantapkan institusi keluarga

View previous topic View next topic Go down

Mantapkan institusi keluarga

Post  keat sin (U6A) on Sat Mar 27, 2010 10:39 am

SEREMBAN 26 Mac - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran memainkan peranan lebih jitu dalam memantapkan lagi institusi kekeluargaan bagi membasmi gejala sosial.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sejak kebelakangan ini terdapat kes-kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak dan ia merupakan ancaman besar terhadap masyarakat.

Untuk itu kata beliau, program dan aktiviti ke arah memperkukuhkan institusi kekeluargaan akan diperhebatkan di negeri ini melibatkan jabatan kerajaan dan juga NGO.

"Tindakan bersepadu perlu diambil semua pihak di negeri ini termasuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) agar masalah sosial tersebut dapat diatasi dengan sebaiknya.

"Semua pihak sewajarnya memainkan peranan penting dengan mempertingkat serta memperhebatkan program dan aktiviti bagi membentuk dan menerap nilai positif dalam institusi kekeluargaan terutama kepada ibu bapa," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) kali ke-29, di Dewan Pekerti dekat sini semalam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan serta Yang Dipertua PEKERTI, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Tambah beliau, adalah amat mengecewakan dalam usaha kerajaan membangunkan negeri, masih lagi berlaku isu dan penyakit moral yang boleh merosakkan pembangunan dan mengucar-ngacirkan masyarakat yang harmoni.

Untuk itu, kata beliau, dalam menjayakannya ia memerlukan sokongan padu daripada semua pihak sama ada pihak berkuasa mahupun tenaga sukarela yang bernaung di bawah pelbagai organisasi sosial.

"'Gerakan bersepadu seperti yang dilaksanakan hari ini harus diperluaskan bukan sahaja di ibu kota dan ibu negeri, bahkan di bandar dan daerah seluruh negara.

"Objektif kita seboleh-bolehnya untuk menjadikan negeri dan negara bebas daripada sebarang perlakuan jenayah, yang tercetus daripada masalah sosial," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum