Disiplin sekolah

View previous topic View next topic Go down

Disiplin sekolah

Post  HsuJia on Wed Mar 26, 2008 2:58 pm

Adakah disiplin sekolah anda adalah semakin teruk?Displin sekolah adalah tanggungjawab siapa atau tanggungjawab sebagai seorang pelajar?Sila beri pandangan anda tentang masalah disiplin sekolah sekarang.Adakah disiplin sekolah yang menggunakan sistem de-merit akan berkesan?Sila beri kaedah yang berkesan terhadap disiplin sekolah anda.

HsuJia

Posts: 34
Join date: 2008-01-13

View user profile

Back to top Go down

disiplin sekolah

Post  sim on Sat Mar 29, 2008 11:51 am

disiplin sekolah kita memang teruk pelajar di sekolah kita suka bertentangan dengan peraturan sekolah,dan pelbagai hukuman telah tidak berkesan kepada pelajar sekolah kita.....

jika seseorang guru telah menyinggung perasaan seseorang pelajar,pelajar tersebut akan mengutuk guru tersebut di forum yang dibuka oleh pelajar chong hwa.ini merupakan satu saluran pelajar 'membalas dendam' kepada guru tersebut dengan perkataan yang kasar...

pelajar kini semakin ganas seperti samseng.jika hendak menyelesaikan masalah disiplin mereka adalah sangat susah.....

sim

Posts: 49
Join date: 2008-01-29

View user profile

Back to top Go down

Re: Disiplin sekolah

Post  vinclam1314 on Sun Mar 30, 2008 12:19 pm

ya.. disiplin pelajar sekolah menengah adalah sangat teruk pada masa ini.. Mereka semacam samseng yang dikatakan oleh kakak Boon.. Sebagai contohnya, sebahagian murid lelaki pada sesi pagi di sekolah chonghwa mengebomkan tahi di tandas lelaki.. Ini telah menyebabkan kawasan sekitar tandas termasuk blok tingkatan enam berbau busuk.. Selain itu, mereka juga merosakkan barangan tandas.. Mereka merosakkan salah satu tandas lelaki dan asyik merosakkan pili kepala air.. Ini telah memberikan banyak ketidaksesuaian kepada pelajar lelaki di chonghwa sedangkan tandas di sekolah chonghwa adalah tidak mencukupi..

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 25
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

RE:DISIPLIN SEKOLAH

Post  NCH CHEAN on Mon Mar 31, 2008 12:52 am

Saya berpendapat bahawa masalah disiplin sekolah sekarang adalah semakin teruk .Kes-kes seperti pembulian rakan sekelas,ponteng sekolah ,merokok, memukul guru dan sebagainya telah menakutkan ramai lapisan masyarakat.Hal ini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah yang memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah di atas.Sistem de-merit adalah tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar sekolah sebab terdapat sesetengah pelajar tidak akan takut akan sistem tersebut dan melakukan kesalahan berikut lagi.Malah terdapat sesetengah pelajar akan menjadi aggresif selepas menerima sistem de-merit itu, sebab mereka tidak suka dikawal oleh sesiapa pun.Terdapat beberapa cara saya berpendapat dapat membantu dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar iaitu ibu bapa haruslah menjadi teladan baik untuk anak mereka dan mendidik mereka sejak mereka kecil lagi dan mengajar mereka tentang prinsip moral dan cara untuk menjadi insan yang baik.Di samping itu ,pihak sekolah juga boleh mengaturkan guru kaunseling untuk mengkaunselor pelajar yang mempunyai masalah disiplin supaya mereka dapat membetulkan diri daripada kesalahan yang mereka lakukan.

NCH CHEAN

Posts: 39
Join date: 2008-01-15

View user profile

Back to top Go down

Re: Disiplin sekolah

Post  sim on Mon Mar 31, 2008 3:19 pm

pengetua katakan tidak akan guna sistem demerit untuk menghukum pelajar yag melanggar peraturan sekolah,malah rotan pelajar yang tidak mengubah sikap yang jahat langsung...

tetapi adakah sistem ini dapat dilancarkan?adakah pelajar akan mengubah sikapnya dan mengikut peraturan sekolah ?saya berpendapat mereka tidak akan ikut peraturan sekolah malah lebih nakal daripada sekarang....

mungkin mereka rosakkan kereta tuan pengetua dan guru-guru lain...pelajar sekarang bukanlah mudah diajar kerana mereka mungkin membuat aduan kepada ibubapa mereka dan akhirnya pihak sekolah mungkin akan diadu oleh ibubapa kerana merotan anak mereka yang tersayang.....

sim

Posts: 49
Join date: 2008-01-29

View user profile

Back to top Go down

Re : Kaedah mengawal displin pelajar di sekolah.

Post  mon_ling on Tue Apr 01, 2008 8:21 pm

Berdasarkan pendapat adik sim, saya ada sikit pendapat. Sebenarnya, jika pengetua ataupun guru displin takut kereta mereka dirosak oleh pelajar yang jahat tersebut, mereka boleh memasang cctv di kawasan letak kereta. Dengan itu, guru-guru bertugas dapatlah memerhati kereta -kereta tersebut maka boleh menghukum pelajar yang merosakkan kenderaan guru. Selain itu, dengan adanya cctv, pelajar-pelajar akan berwaspada dan tidak berani untuk membuat perkara demikian.
Pada pendapat saya, displin pelajar di sekolah memang semakin teruk seperti yang kian maklumkan. Pada masa ini, tiadalah tindakan yang berkesan dapat diambil. Guru-guru telah memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar tetapi mereka tidak pernah berubah sikap. Selain itu, kaedah demerit lagi tidak berkesan kerana markah yang ditolak tidak pernah dihirau oleh pelajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa hukuman seperti rotan dan tinggal di sekolah lebih masa perlu dilaksanakan. Hukuman rotan perlulah dilaksanakan pada pelajar yang telah melakukan kesalahan yang sangat serius serta berulang kali. Mereka patut dirotan pada kalangan pelajar yang berdisplin baik dan bukannya di seluruh pelajar sekolah kerana ini akan menyebabkan mereka berasa bangga atas sorakan rakan-rakan yang sama bau. Hanya dilaksanakan depan muka guru, pelajar cemerlang barulah mereka akan berasa malu.
Selain itu, tinggal di sekolah selepas waktu pnp pula harus dilaksanakan untuk menghukum pelajar yang membuat kesalahan seperti melanggar peraturan sekolah. Tetapi, mereka haruslah dibahagikan kepada kumpulan yang berlainan supaya tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan yang sama-sama melakukan kesalahan. Mereka harus didenda untuk mencuci tandas, mencantikan alam sekitar sekolah,membersihkan kawasan sekolah dan sebagainya yang boleh membantu sekolah. Dengan ini, mereka akan berasa keletihan maka tidak akan mengulang kesalahan selalu.

mon_ling

Posts: 4
Join date: 2008-03-20

View user profile

Back to top Go down

Merotan bukan satu cara yang efektif..

Post  siewMei on Thu Apr 03, 2008 3:05 pm

Pada pendapat saya,merotan bukan lagi merupakan satu cara yang efektif terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin kini. pelajar kini memang sangat degil,malahan mereka juga bersifat memberontak,tidak mudah menerima nasihat orang lain. secara ringkasnya,mereka mempunyai maruah/harga diri yang agak tinggi,mereka tidak suka dimarahi ataupun dihukum di hadapan orang ramai. mereka berasa sangat memalukan jika dirotan oleh guru,maka mereka menyimpan dendam terhadap guru yang merotan mereka tanpa menyedari kesalahan mereka. Oleh itu,saya rasa pendekatan secara lembut seperti kaunseling dan bukannya merotan adalah lebih baik,kerana dengan cara ini,pelajar tidak terasa dimalukan oleh guru mereka dan kemungkinan mereka akan menerima nasihat daripada guru.

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Disiplin sekolah

Post  vinclam1314 on Thu Apr 03, 2008 4:54 pm

saya sangat bersetuju tentang tidak merotan pelajar yang melanggar peraturan sekolah.. mereka adalah sangat sukar diajar seperti yang dikatakan oleh kakak-kakak di atas.. mereka kemungkinan besar akan menyimpan dendam dan melepaskannya pada masa yang mereka anggap sesuai.. saya juga bersetujui bahawa melaksanakan kaunseling kepada pelajar yang melanggarkan peraturan sekolah.. Ini adalah kerana dendaan fizikal seperti mencuci tandas yang dikatakan oleh kakak wallan mungkin akan menggalakkan pendendaman pelajar terdapap sekolah dan melaksanakan lebih banyak perkara jahat seperti merosakkan barangan sekolah.. tindakan seperti memaksa pelajar yang melanggarkan peraturan untuk berada di sekolah lepas waktu pelajaran adalah tidak sesuai kerana kebanyakan pelajar akan tidak peduli arahan ini dan terus balik.. ini akan menyusahkan guru untuk menangkap balik mereka untuk berada di sekolah selepas PnP.. Jadi, kaunseling adalah cara yang paling sesuai untuk menangani masalah ini kerana perawatan faktor utama adalah lebih berkesan daripada perawatan permukaan..

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 25
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Disiplin sekolah

Post  wonderfoo_99 on Sat Apr 05, 2008 4:08 pm

Pada pendapat saya , ibu bapa adalah perwatakan yg penting. Ibu bapa berada disisi anaknya sejak dilahir, oleh itu ibu bapa dapat berdisiplin anak mereka.Disamping, kaunseling dapat memahami masalah pelajar, dan menolong mereka yg bermasalah. Kaedah merotan dapat menbanteras masalah ini jika diguna dengan baik.Guru di sekolah harus mendidik pelajar dengan ajaran moral.

wonderfoo_99

Posts: 111
Join date: 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Disiplin sekolah

Post  CikguPA on Tue Oct 13, 2009 8:48 pm

Perbuatan kutuk dalam laman Friendster dianggap kesalahan berat

JITRA: Seorang pelajar Tingkatan Empat, sebuah sekolah berasrama penuh, di sini, dikenakan tindakan tegas iaitu dinasihatkan berpindah ke sekolah lain selepas dikesan menjadikan laman sosial sebagai medan melakukan serangan peribadi terhadap pengetuanya.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang hadir ke sekolah itu semalam bagi menyelesaikan kes berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara berkenaan daripada ibu bapa pelajar itu.

"Pelajar berkenaan melakukan perkara itu melalui Friendster pada Mei lalu dan perbuatan memaki hamun pengetua sekolah dengan perkataan kesat walaupun di laman sosial dianggap satu kesalahan berat.



"Hari ini (semalam) saya ke sekolah ini untuk berjumpa pengetua dan ibu bapa pelajar berkenaan bagi menyelesaikan kes ini.

"Pengetua menjelaskan pelajar itu memaki hamun beliau menggunakan perkataan kesat dan kotor bagi mengutuknya dalam laman Friendster. Justeru, beliau bertindak mengenakan tindakan tegas iaitu mengarahkan pelajar berkenaan berpindah ke sekolah lain sebagai pengajaran terhadap kesalahan dilakukan," katanya.

Murugiah berkata, lawatannya ke sekolah itu adalah bagi menyelesaikan dua kes yang dilaporkan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan kepada pihaknya berhubung rasa tidak berpuas hati dengan tindakan pengetua memberhentikan anak mereka daripada sekolah itu yang didakwa tanpa sebab.

Katanya, kes kedua berlaku bulan lalu membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat yang juga pengawas sekolah, diberhentikan selepas bertindak menampar 15 pelajar Tingkatan Satu berhubung satu masalah membabitkan kebersihan asrama tanpa merujuk kepada guru disiplin mahupun warden asrama terlebih dulu.

"Ibu bapa pelajar itu berjumpa saya pada Sabtu lalu ketika saya berkempen pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, merayu menyiasat kes ini dengan segera.

"Selepas perbincangan dengan dua pelajar berkenaan bersama ibu bapa mereka serta pengetua sekolah, saya berpuas hati dan bersetuju dengan tindakan tegas dikenakan bagi menjaga imej dan nama baik sekolah selain memberi pengajaran," katanya.
Difahamkan, kedua-dua pelajar lelaki yang dibuang sekolah itu membuat rayuan untuk ditempatkan semula di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Murugiah berkata, kes membabitkan disiplin pelajar dan pengurusan sekolah yang diterima Biro Pengaduan Awam JPM adalah kes terpencil dan tidak serius selain dapat diselesaikan dengan baik.

"Justeru, saya menasihati ibu bapa supaya meluangkan masa berkomunikasi dengan guru kepada anak masing-masing sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk melihat pencapaian mereka selain menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah," katanya.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum