PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kadar faedah tempatan dinaikkan 0.25 peratus

Go down

Kadar faedah tempatan dinaikkan 0.25 peratus Empty Kadar faedah tempatan dinaikkan 0.25 peratus

Post  keat sin (U6A) Fri Mar 05, 2010 1:32 pm

Langkah elak risiko berlaku ketidakseimbangan kewangan

BANK Negara Malaysia menaikkan kadar faedah tempatan sebanyak 0.25 peratus, buat pertama kali dalam tempoh hampir empat tahun, sejajar dengan kedudukan ekonomi negara bertambah baik.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu dalam mesyuaratnya semalam memutuskan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu penanda aras yang digunakan bank tempatan dalam menentukan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing, daripada 2.0 peratus kepada 2.25 peratus.

Sejajar dengan itu, ia turut menaikkan had kadar terendah dan tertinggi OPR masing-masing kepada 2.0 peratus dan 2.50 peratus.

Bank Negara dalam kenyataannya mengumumkan keputusan itu berkata, langkah itu bertujuan mengembalikan keadaan monetari negara kepada kedudukan lebih wajar dan bagi mengelak berlakunya risiko ketidakseimbangan kewangan yang boleh menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara.

"OPR telah dikurangkan ke paras terendah dalam sejarah pada awal 2009 sebagai langkah utama mengelak berlakunya kelembapan ekonomi yang sangat buruk.

"Namun, ekonomi negara tidak lagi menghadapi keadaan sedemikian kerana ia kini sudah bertambah baik dan sedang melalui proses pemulihan mencatatkan pertumbuhan kukuh pada suku keempat tahun lalu.

"Justeru, berdasarkan prospek itu, OPR diselaraskan semula kepada kedudukan yang lebih wajar," katanya.

Bank Negara bagaimanapun menegaskan, di sebalik kenaikan itu, pendirian dasar monetari bank pusat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Mengulas kenaikan OPR itu, Ahli Ekonomi di AmInvestment Bank, Manokaran Mottain, berkata ia tidak akan menjejaskan sasaran negara ini mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada kadar enam peratus tahun ini kerana penyelarasannya adalah sejajar dengan kedudukan ekonomi semasa.

"Bank Negara sedang melaksanakan peningkatan kadar ke paras normal setelah menyaksikan ekonomi Malaysia semakin pulih khususnya mulai suku keempat 2009.

"Kenaikan 0.25 peratus itu masih kecil berbanding penurunan keseluruhan 1.5 peratus dalam tempoh November 2008 hingga Februari 2009 yang dilaksanakan Bank Negara untuk menampan kesan kegawatan global," katanya.

Katanya lagi, jika OPR berada pada paras terlalu rendah dan tidak dinaikkan ke paras yang sewajarnya ketika ekonomi meningkat, terdapat risiko berlakunya kenaikan keterlaluan harga aset, pengaliran keluar dana serta kewujudan skim pelaburan palsu.

Ketua Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, pula berkata susulan kenaikan OPR itu, BLR dijangka meningkat pada kadar sama, namun ia bergantung kepada keputusan bank.

"Umumnya, BLR dijangkakan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus kepada purata 5.78 peratus daripada purata 5.53 peratus ketika ini, tetapi jika bank sanggup bertahan dengan margin keuntungan lebih kecil, maka kadar kenaikan BLR adalah lebih kecil atau tidak dinaik-kan langsung," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum