Ekonomi negara kembali rancak

View previous topic View next topic Go down

Ekonomi negara kembali rancak

Post  keat sin (U6A) on Mon Mar 15, 2010 8:25 am

ALOR SETAR 14 Mac - Peningkatan mendadak eksport negara bagi Januari tahun ini sebanyak 37 peratus menjadi petunjuk baru ekonomi Malaysia sedang kembali rancak dan berada di landasan betul.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pemulihan itu boleh dilihat melalui Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP) tahun ini.

"Ini menjadi bukti ekonomi Malaysia kembali teguh walaupun masih banyak cabaran perlu diharungi," katanya dan menambah kerajaan tidak akan mengeluarkan kenyataan sembarangan tanpa disokong fakta.

Bercakap kepada pemberita selepas berucap pada program Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama usahawan dan pengeksport wilayah utara di sini hari ini, beliau berkata, Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan ini dijangka memberikan kesan yang lebih terhadap perkembangan ekonomi negara.

Beliau menambah, MEB memfokuskan antaranya bioteknologi, inovasi, pembaharuan tenaga, angkasa, perubatan dan pendidikan untuk menyahkan elemen-elemen pincang yang menghalang perkembangan pesat ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Mukhriz berkata, usahawan dan pengeksport turut 'dipersiapkan' supaya tidak bergantung selamanya kepada subsidi yang akan dihapuskan berperingkat-peringkat untuk menghadapi persaingan dengan pelaksanaan Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu beliau berkata, eksport keseluruhan negara untuk 2009 berjumlah RM553.3 bilion, menurun 16.6 peratus iaitu lebih baik berbanding kadar jangkaan sebanyak 20 peratus pada tahun sebelumnya.

"Walaupun nilai eksport ke pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat menurun dari 19.6 peratus pada 2005 kepada 11 peratus pada 2009, nilai eksport ke negara-negara Eropah turut merosot dari 11.8 peratus kepada 10.8 peratus tetapi nilai eksport ke negara-negara ASEAN kekal kukuh.

"Pada masa sama China dan Hong Kong muncul sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia berjumlah RM96.1 bilion atau 17.4 peratus dari keseluruhan nilai eksport negara," kata Mukhriz.

Beliau mahu pengeksport lebih agresif mempromosikan produk mereka menembusi pasaran luar negara dengan menggunakan 40 rangkaian pejabat Matrade di seluruh dunia.

Ketika menjawab soalan peserta dalam sesi dialog, Mukhriz berkata, kerajaan sedang mengkaji membuka permit import gula untuk mengatasi masalah bekalan dan harga yang tidak stabil.

Lebih 200 peserta menghadiri program tersebut yang bermula semalam. Pengarah Bahagian Pembangunan Pengeksport Matrade, Md. Silmi Abdul Rahman turut hadir.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum