PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Makan dengan cara yang baik

+11
wendy
Ang3laWong
siewMei
vinclam1314
Ice
lim
HsuJia
weichian_89
sim
pohblg
lim siew yuen
15 posters

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 5:08 am

Hey!Saya mendapat maklumat yang berlanjutan tentang bagaimana tomato boleh mengurangkan peluang menghidap penyakit kanser. Very Happy

TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  lim siew yuen Sat Mar 29, 2008 5:58 am

ya lo!ya lo!hehe......maafkan saya saudari yan..........saya memang salah faham maklumat yang saya cari itu!
hehe..........minta maaf............. Very Happy

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 6:19 am

haha!Bukan salah kamu! Very Happy Tidak perlu minta maaf kepada saya. Very Happy
Kadang kala kita sering mendapat maklumat yang bukan fakta sebenar,malah itu kita haruslah mencari lebih banyak maklumat untuk membuktikan bahawa sesuatu fakta itu benar atau silap.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  vinclam1314 Sun Mar 30, 2008 8:11 am

Oo.. rupa-rupanya tomato memang dapat mengurangkan peratus penghidapan kanser... terika kasih ke atas kongsian kakak Angela.. Banyak orang mengatakan bahawa memakan magee mee dan makanan segera adalah tidak sihat.. saya juga berasa begitu tetapi saya tetap melakukannya.. haha.. Laughing pada pendapat kakak dan abang kalian, bagaimanakah saya dapat menjauhi diri daripada tabiat memakan makanan segera dan magee mee?? saya sudah mempunyai kebiasaan memakan lebih kurang atau melebihi 4 kali makanan segera sebulan .. saya juga telah biasa dengan memakan magee mee apabila ibu saya tidak memasak atau saya tiada perasaan mahu makan..


Last edited by vinclam1314 on Mon Mar 31, 2008 9:45 am; edited 1 time in total

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  weichian_89 Sun Mar 30, 2008 10:04 am

vinclam1314 wrote:Oo.. rupa-rupanya tomato memang dapat mengurangkan peratus penghidapan kanser... terika kasih ke atas kongsian kakak Angela.. Banyak orang mengatakan bahawa memakan magee mee dan makanan segera adalah tidak sihat.. saya juga berasa begitu tetapi saya tetap melakukannya.. haha.. Laughing pada pendapat kakak dan abang kalian, bagaimanakah saya dapat menjauhi diri daripada tabiat memakan makanan segera dan magee mee?? saya sudah mempunyai kebiasaan memakan lebih kurang atau melebihi 4 kali makanan segera sebulan .. saya juga telah biasa dengan memakan magee mee apabila ibu saya tidak memasak atau saya tiada perasaan mahu makan..

benda-benda yang mengoreng akan menyebabkan kehidapan penyakit kanser dan maggi mee pula mengandungi MSG yang membahayakan kesihatan badan kita,itulah sebab-sebab para menyatakan kedua-dua benda ini tidak mendatangkan manfaat kepada kita.tentang tabiat buruk yang dihadapi oleh saudara toh wai,saya mencadangkan saudara haruslah menekan keinginan mengambil makanan seperti begini semasa ibu saudara tidak memasak.selain daripada ambil makanan seperti begini,saudara boleh cuba mengambil makanan yang seperti roti bijirin dan oak.selain itu,saudara juga boleh ambil minuman seperti susu semasa saudara tidak ingin memakan sesuatu.walaupun pengambilan makanan seperti ini amat boring,tetapi ini memang membantu dalam kesihatan badan.haraplah ini dapat memberi sedikit bantuan kepada saudara toh wai.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty RE: MAKAN DENGAN CARA YANG BAIK

Post  NCH CHEAN Sun Mar 30, 2008 6:36 pm

Bagi saya tabiat makan adalah penting kepada kita untuk menyimbangkan kesihatan kita supaya kita mempunyai tubuh yang sihat dan mengelakkan diri daripada sebarang penyakit yang akan memudaratkan kesihatan kita.Makanan seperti lemak dan minyak harus kita kurangkan daripada tabiat makan kita.Manakala ,makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan haruslah ditambahkan dalam tabiat makan harian kita.Hal ini disebabkan sayur-sayuran mempunyai vitamin c yang dapat mestabilkan kesihatan kita.Di samping itu, makanan seperti kanji juga harus kita mempunyai dalam tabiat makan harian kita. Makanan seperti kanji dapat membekalkan tenaga kepada kita supaya kita dapat menjalankan aktiviti harian .Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kanji adalah makanan harian yang tidak dapat kita kekurangan dalam makanan harian.Jadi tabiat makan yang baik adalah penting dalam menjaga kesihatan kita.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 11:34 am

oo.. terima kasih ke atas nasihat kakak chian..
Tetapi, saya tidak begitu gemar tentang makanan yang disebutkan oleh kakak Chian.. Saya lebih gemar makan makanan yang disediakan segera ( makanan segera --fastfood) dan makanan yang sedap.. Ini dapat menjimatkan masa saya dan saya boleh memakan makanan tersebut dengan lebih rela hati.. haha.. walaupun saya mengetahui bahawa makanan tersebut adalah tidak sihat.. Saya tidak faham bagaimanakan vegetarian boleh memakan sayuran dan bijirin sahaja kerana saya berasa makanan tersebut adalah kurang sedap jika berbanding dengan makanan berdaging.. Selain itu, saya berasa mereka adalah agak sukar untuk menimbangkan keseimbangan nutrisi kerana mereka perlu memakan sayur-sayuran atau bijirin yang berbagai-bagai jenis untuk mengekalkan keseimbangan nutrisi.. sedangkan keseimbangan nutrisi adalah lebih mudah dicapaikan dengan memakan daging ( daging mempunyai banyak nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita ) ..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  lim siew yuen Fri Apr 04, 2008 6:54 am

mr lam..........walaupun boleh menjimatkan masa tetapi kesihatan anda juga perlu dijaga!Kalau badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik anda akan membazir lagi banyak masa!
http://www.jomlayan.com/mybb/archive/index.php/thread-1157.html
sila laman web ini dan tengok apakah sampingan setelah anda mengambil makanan segera.
adakah makanan di kantin sekolah perlu diubah?
saya rasa kantin di sekolah kita perlu diubahkan dan menjadikan ia lebih bersih serta makannan ia perlu dilabelkan kalori dan kebaikan serta keburukan.Justeru pelajar dapat mengenai kepentingan memilih makanan yang sesuai kepada badan kita.

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 8:40 am

Assalammulekum .Pada pendapat saya, makan dgn seimbang ada sangat penting. Ini akan membawa kepada kesan yg baik kepada badan. kita mesti makan makanan yg berkhasiat cthnya, buah-buahan ,sayur-sayuran,telur, daging, garam, gula, air , vitamin dengan bilangan yg sesuai dan seimbang. Selain itu kita harus selalu bersenam 1 minggu 3kali dan 1 kali 20minit.Inilah cara kehidupan yg sihat . Akhirnya, bersolat atau bersembayang adalah sangat penting. Allah melidungi kamu semua. Yana benar. Terima kasih.????????

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  weichian_89 Sat Apr 05, 2008 2:24 pm

vinclam1314 wrote:oo.. terima kasih ke atas nasihat kakak chian..
Tetapi, saya tidak begitu gemar tentang makanan yang disebutkan oleh kakak Chian.. Saya lebih gemar makan makanan yang disediakan segera ( makanan segera --fastfood) dan makanan yang sedap.. Ini dapat menjimatkan masa saya dan saya boleh memakan makanan tersebut dengan lebih rela hati.. haha.. walaupun saya mengetahui bahawa makanan tersebut adalah tidak sihat.. Saya tidak faham bagaimanakan vegetarian boleh memakan sayuran dan bijirin sahaja kerana saya berasa makanan tersebut adalah kurang sedap jika berbanding dengan makanan berdaging.. Selain itu, saya berasa mereka adalah agak sukar untuk menimbangkan keseimbangan nutrisi kerana mereka perlu memakan sayur-sayuran atau bijirin yang berbagai-bagai jenis untuk mengekalkan keseimbangan nutrisi.. sedangkan keseimbangan nutrisi adalah lebih mudah dicapaikan dengan memakan daging ( daging mempunyai banyak nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita ) ..

inilah merupakan tabiat makan yang diamalkan oleh suadara toh wai,jika anda masih enggan mengubahkan tabiat sebegini memang akan menjejaskan kesihatan.walaupun makanan segera memang menjimatkan masa dari segi penyediaan,demi kesihatan sendiri,saya nasihatkan saudara supaya jangan degil dalam pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Smile

seseorang vegetarian dapat menyesuaikan diri hanya mengambil makanan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja disebabkan mereka mempunyai rasa anti terhadap makanan daging,keadaan ini samalah seperti keadaan anti makanan sayuran saudara,mereka telah biasa dengan cara pengambilan makanannya. bounce

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  vinclam1314 Sat Apr 05, 2008 4:02 pm

Wa! kakak Chian seorang vegetarian? Question saya akan berusaha untuk mengubahkan tabiat pemakanan saya.. Smile target saya adalah untuk memakan makanan segera kurang daripada 10 kali makanan segera dalam sebulan.. (pada minggu ini, saya telah memakan makanan segera lebih kurang 4-5 kali... >< ) saya beryakini bahawa saya dapat dan akan berubah!! Smile

saya berasa cadangan kakak siew yuan adalah agak bagus, iaitu memaparkan kandungan makanan.. akan tetapi, saya berasa ini mungkin hanya memanfaatkan pelajar tertentu sahaja.. kerana kemungkinan besar mereka tidak membaca / tidak mengetahui tentang faedah jenis nutrient itu.. sebagai contohnya, mungkin banyak pelajar tidak mengetahu tentang kebaikan sesuatu vitamin / lemak... selain itu, kantin adalah agak kecil... asyik memuatkan banyak pelajar, jadi , mungkin pelajar tidak mempunyai peluang untuk membaca list itu.. Jadi, saya berasa peratusan berlakunya adalah agak kecil kerana pihak kantin mungkin juga tidak memberikan kerjasama kerana ini akan membebankan kerja mereka dan mungkin akan menyebabkan perniagaan mereka terjejas..

Tambahan : Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran sedang membincangkan tentang memberikan ceramah / course kepada pihak kantin supaya pelajar boleh menikmati makanan yang lebih berkhasiat ..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty mengapa wanita suka badan yang kurus

Post  sc_kwan Sun Apr 06, 2008 7:12 am

saya rasa kebanyakkan wanita di masyarakat terutamanya wanita yang bekerja mengekalkan badan yang kurus bagi memberi imej yang lebih baik sama ada dalam bidang pekerjaan atau dalam masyarakat. maklumlah imej seseorang terutamanya dalam suatu profesion amat penting bagi menyakinkan pelanggan. lagipun kedudukan wanita yang baru timbul dalam masyarakat memerlukan pengiktirafan masyarakat. dengan potongan badan yang sederhana, ini menunjukkan seseorang itu mempunyai kawalan diri yang baik dan juga menunjukkan kesihatan lebih baik.(orang gemuk lebih mudah mendapat penyakit dan tiada majikan yang inginkan pekerja begini) tambahan lagi, wanita yang baru masuk dalam dunia pekerjaan yang dulunya dominasi lelaki memerlukan imej yang baik dalam pertandingan sengit dalam dunia pekerjaan kini.

sc_kwan

Posts : 12
Join date : 2008-01-18

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  vinclam1314 Wed Apr 09, 2008 11:27 am

kenapa kebanyakan orang berfikir bahawa orang yang gemuk mudah mendapatkan penyakit? saya berasa hal ini perlu dibetulkan kerana kegemukan adalah tidak dimahukan oleh mereka.. mereka juga ingin mempunyai badan yang cantik supaya mereka cantik juga.. sebenarnya, sesetengah kegemukan orang gemuk adalah berasaskan gen mereka... mereka juga pernah melangsirkan badan mereka tetapi mungkin tidak berjaya... jadi, kita tidak haruslah memandang mereka sebagai golongan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit....

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  sim Wed Apr 09, 2008 1:08 pm

soo chen katakan saya kah?memang saya selalu selesema menyebabkan awak mempunyai fikiran tersebut.... Sad

mungkin orang yang gemuk mudah menjangkit penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung tetapi saya belum mempunyai penyakit tersebutlah....tetapi nenek dan datuk saya telah menjangkit penyakit kencing manis,dan mak saya juda mewarisi penyakit kencing manis,jadi mungkin ahli keluarga saya akan mewarisi penyakit tersebut.....(betulkah.... Rolling Eyes )

oleh itu makanan yang diambil hendaklah dipilih dengan berhati-hati,kerana sebahagian makanan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita....seperti minyak,butter,chocalate...... cherry

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  Jennifer Ong Tue Apr 15, 2008 1:59 pm

Jenis makanan Makanan tinggi lemak (Gram lemak setiap sajian) ( % kalori dari lemak )
Hamburger saiz biasa 11.8 ; 39%
Hot dog 14.5 ; 54%
Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran) 12.2 ; 47%
Keropok kentang - 1 aun 10.1 ; 61%
Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 ; 94%
Sos salad - 2 sudu makan 11.1 ; 85%
Kek keju 16.3 ; 57%
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 ; 9%
Roti - 1 keping 1.1 ; 16%
Mil oat - 1 cawan 2.4 ; 15%
Buah epal - 1 biji 0.5 ; 6%
Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 ; 1%

Informasi di atas adalah maklumat yang saya dapati tentang makanan yang biasa remaja gemari sebagai diet seharian.

Obesiti
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Orang yang mungkin menghadapi penyakit obesiti
-Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
-Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
-Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
-Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
-Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Pemakanan dan kesesuaian
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Makan dengan cara yang baik - Page 2 Empty Re: Makan dengan cara yang baik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum