PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warga asing cetus masalah

+4
siewMei
vinclam1314
HsuJia
sim
8 posters

Go down

Warga asing cetus masalah Empty Warga asing cetus masalah

Post  sim Wed Mar 26, 2008 1:07 pm

KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di Pangsapuri Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini sejak tiga tahun kebelakangan ini mula menimbulkan rasa kurang senang penduduk yang mendakwa kehadiran mereka menimbulkan pelbagai masalah di situ.

Tidak dinafikan kehadiran mereka sebagai tenaga kerja dalam pelbagai sektor perkhidmatan membantu meningkatkan ekonomi negara ini, namun disebabkan jumlah yang terlalu ramai, penduduk di situ khuatir ia akan menyumbang kepada peningkatan dalam masalah sosial dan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

Apa yang menjadi pertikaian penduduk mengenai kehadiran warga asing ini ialah apabila ada antara mereka yang didakwa menjalankan aktiviti pemprosesan, menyebabkan bunyi mesin yang digunakan sering kedengaran sehingga jam 9 hingga jam 10 malam.

Selain itu, ada antara warga asing ini yang berkumpul beramai-ramai di kawasan padang permainan kanak-kanak dan membuat bising di situ hingga menyebabkan penduduk berasa tertekan.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Taman Pandan Indah Fasa 1, Wan Abd Halim Wan Mansor, berkata kebanjiran warga asing di pangsapuri itu berpunca daripada sikap pemilik yang menggunakan khidmat ejen atau orang ketiga dalam urusan penyewaan rumah.

Segelintir pemilik ini tidak ambil peduli mengenai siapa yang akan menyewa kediaman mereka sebaliknya menyerahkan tugas itu bulat-bulat kepada orang ketiga yang akan memastikan rumah itu berjaya disewakan.

“Penduduk tidak setuju perkara ini berterusan kerana ia akan menyebabkan berlaku pelbagai kejadian tidak diingini termasuk jenayah, maksiat serta masalah kebersihan dan ini akan menggugat keselesaan penduduk setempat,” katanya.

selain sanggup bersempit-sempit antara 10 hingga 15 orang dalam satu rumah, ada juga antara warga asing ini yang bertindak berani dengan tinggal bersama-sama antara lelaki dan perempuan.

“Pelaksanaan undang-undang yang dijalankan perlu dibuat secara berkala dan bukan usaha sementara kerana sebaik tangkapan dibuat dan kawasan ini bebas dari warga asing, mereka akan datang semula ke sini,” katanya.

“Ada aduan penduduk mengatakan pendatang asing ini sering memandang mereka hingga menimbulkan rasa kurang selesa dan kadang kala mereka juga berbuat bising hingga mengganggu ketenteraman warga pangsapuri ini.

“Walaupun setakat ini masih belum berlaku sebarang kejadian tidak diingini tetapi kita tidak mahu penduduk berasa bimbang dengan keselamatan mereka sewaktu menginap di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Rosedah Rosli, 32, berkata beliau sendiri berasa takut dan bimbang dengan keselamatan diri selepas melihat semakin ramai warga asing tinggal di situ.

Katanya, dalam kejadian terbaru awal tahun ini, beliau sendiri menyaksikan kerenah ditimbulkan pasangan warga asing dari Filipina dan Indonesia yang tinggal di situ......


Adakah rakan-rakan mendapati semakin banyak warga asing muncul di sekeliling anda?Apakah perasaan anda apabila anda bertemu dengan mereka?Daripada berita di atas,warga asing membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat kita.Walaupun mereka telah melakukan pelbagai perbuatan yang kita tidak dapat menerima,tetapi negara kita memerlukan tenaga mereka.berikan pengalaman anda,adakah warga asing memberi kesan negatif kepada anda dan berikan pandangan anda,adakah bilangan warga asing semakin bertambah pada masa depan dan berganti bilangan warga negara Malaysia? Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Warga asing cetus masalah

Post  HsuJia Wed Mar 26, 2008 3:53 pm

Memang warga asing yang berada di Malaysia adalah agak banyak sekali dalam masyarakat kini.Ini adalah kerana mereka hendak bekerja di Malaysia kerana di sini mempunyai gaji yang lumayan berbanding negara mereka sendiri.Sebagai contoh,pembantu rumah Filipina atau Indonesia bekerja di sini kerana dalam negara mereka adalah dalam keadaan yang huru-hara atau di Malaysia mempunyai peluang yang besar sekali untuk bekerja di sini dengan keadaan yang baik sekali.Bukan ini sahaja,mereka juga hendak menanggung perbelanjaan keluaraga mereka.Oleh itu,mereka telah pilih datang ke negara kita bekerja.Warga asing akan memberi banyak kebaikan dan juga keburukan tetapi harap-harap kerajaan haruslah mengurangkan kemasukan warga asing.Ini kerana kerajaan hendaklah menanggung perbelanjaan kehidupan harian mereka dengan wang yang besar.Dan ekonomi negara kita juga tidak akan menjadi bertambah baik.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:32 am

Pada pandangan saya, pendatang asing yang terlalu banyak ini akan memberikan banyak kesan negatif kepada negara kita. Seperti apa yang anda tahui, warganegara asing telah menimbulkan banyak kes jenayah di negara kita. Sebagai contohnya,kes perompak motosikal telah menjadi perkara yang sangat popular pada beberapa tahun lepas. Warganegara asing yang tidak mendapatkan pekerjaan di negara kita merupakan golongan yang mudah menimbulkan masalah jenayah. Mereka tidak dapat mencari rezeki untuk menampungkan kehidupan mereka, jadi, mereka terpaksa untuk merompak/ etc. untuk mendapatkan wang untuk menampungkan kos kehidupan di malaysia. Akan tetapi, terdapat banyak juga perompak 'sukarelawan', mereka datang ke malaysia semata-matanya untuk menjalankan jenayah mereka.. >< Selain itu, terdapat banyak juga perogol adalah warganegara asing kerana mereka tidak dapat mengeluarkan keinginan seks mereka dengan cara lain kerana kebanyakan caranya memerlukan wang.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  siewMei Thu Mar 27, 2008 5:54 pm

selain daripada melakuan jenayah di negara kita,warganegara asing juga akan merebakan penyakit di negara mereka ke negara kita. ada di kalangan mereka yang telah menghidap penyakit yang mudah merebak datang ke negara kita untuk mencari rezeki,jadi penyakit ini akan merebak kepada rakyat kita. kedatangan mereka juga menimbulkan masalah setinggan di negara kita,ini menjejaaskan imej negara kita. mereka tidak mempunyai wang yang cukup dan pekerjaan yang tetap,oleh itu mereka membina rumah setinggan kerana tidak mampu membeli rumah.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  weichian_89 Thu Mar 27, 2008 6:15 pm

kebanjiran kemasukan warga asing memang menyakitkan kepala penduduk tempatan,kemasukan mereka selain memberi sumbangan dalam pembangunan negara,mereka juga talah mendatangkan pelbagai masalah kepada negara kita.kebanyakan dikalangan mereka merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan dan menyebabkan pelbagai kes jenayah yang menggugat keselamatan penduduk.selain daripada PATI yang berasal dari negara berhampiran,terdapat juga PATI yang berasal dari negara Afrika.lama-kelamaan ini,PATI akan menjadikan warga yang teramai turut menggantikan kaum india yang ketiga ramai di kalangan rakyat kita.tambahan pula,terdapat lagi satu fenomena yang berlaku pada hari ahad,terdapat ramai warga asing akan berkumpul di sesuatu tempat terutamanya di "central market".sanalah merupakan salah satu tempat pengunjung yang akan dikunjung oleh pelancong asing,ini telah menjejaskan imej negara kita serta meninggalkan imej buruk kepada mereka.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty menyelesaikan masalah

Post  sim Fri Mar 28, 2008 2:01 pm

dalam pandangan rakan-rakan,mengapakah negara kita perlukan warga asing?kerana kerja-kerja yang dibuat oleh warga asing sekarang ,warga malaysia tidak mempunyai minat,seperti dalam bidang pembinaan,rakyat malaysia hanya minat dalam bidang enginering,designer,kekurangan orang mahu buat kerja-kerja berat seperti mengangkut kayu-kayan,pasir,dan batu-batan.oleh itu,semua kerja berat ini perlulah bantuan warga asing untuk melakukan,kalau tidak,kita tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa,jalan-raya yang yang lancar....Cool

jika kita dapat membuat semua kerja warga asing yang dilakukan sekarang,bilangan mereka tidak akan meningkat begitu cepat,dan gantikan bilangan kaum India.Tetapi adakah kita boleh lakukan selepas kehilangan bantuan warga asing Question

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Fri Mar 28, 2008 5:17 pm

Ya. saya agak bersetuju tentang apa yang telah disebutkan oleh kaka Boon.. Tidak boleh dinafikan bahawa warganegara asing telah menyumbangkan banyak sumbangan dalam pembangunan negara kita.. Pada pandangan saya, banyak warganegara asing ingin / mahu bekerja di negara kita kerana terdapat dua faktor yang major.

Faktor yang pertama ialah gaji yang lumayan di negara kita. warganegara asing beranggap bahawa bekerja di negara malaysia akan mendatangkan lebih banyak rezeki berbanding daripada bekerja di negara asal mereka. Ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan warganegara asing yang bekerja di negara kita adalah daripada negara yang agak mundur atau negara yang sedang membangun.

Faktor yang kedua ialah peluang pekerjaan yang banyak di negara kita. Daripada apa yang saya tahui, peluang pekerjaan di negara kita adalah sangat banyak sehingga setiap warganegara malaysia juga boleh mendapatkan satu atau dua pekerjaan. Ini dapat dibuktikan dengan kadar pengangguran yang agak rendah di negara kita. Di negara asal kebanyakan warganegara asing, peluang pekerjaan adalah tidak mencukupi untuk menampung semua rakyat negara tersebut.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  siewMei Fri Mar 28, 2008 5:29 pm

sim wrote:jika kita dapat membuat semua kerja warga asing yang dilakukan sekarang,bilangan mereka tidak akan meningkat begitu cepat,dan gantikan bilangan kaum India.Tetapi adakah kita boleh lakukan selepas kehilangan bantuan warga asing Question

ya,saya yakin kita masih boleh terus maju dan berkembang tanpa bantuan warga asing JIKA rakyat Malaysia sanggup menjawat pekerjaan mereka(warga asing) dan tidak bersikap memilih pekerjaan. Akan tetapi,masalah inilah yang sedang dihadapi oleh rakyat. kebanyakan orang tidak sanggup membuat pekerjaan di tapak pembinaan kerana mereka rasa tahap pendidikan mereka yang dicapai oleh mereka tidak sepatutnya bekerja di tempat seperti tapak pembinaan. Di samping itu,ada di kalangan mereka juga rasa pekerjaan di tempat-tempat sedemikian sangat bahaya,oleh demikian mereka memilih tidak membuat pekerjaan itu.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty pengangguran

Post  sim Sat Mar 29, 2008 5:29 am

abang vincent,jikalau saya tidak bersalah,kadar pengangguran di malaysia agak tinggi berbanding dengan negara yang sedang membangun kerana seperti yang siew mei katakan,rakyat malaysia hanya memilih pekerjaan yang selea, tidak bahaya dan yang paling penting itu ialah mereka berpendidikan tinggi,oleh itu mereka hanya memilih pekerjaan yang memadankan tahap pendidikan mereka.

warga asing dapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan manakala warga malaysia pula megalami pengangguran,adakah ini masalah penganggur malaysia sendiri?

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Sun Mar 30, 2008 7:25 am

Ya ker? jika saya tiada kesalahan, peratus pengangguran tidak melebihi 10% , kan? Jika peratus pengangguran melebihi peratus 10%, barulah saya menganggap peratus pengangguran adalah tinggi..

Ya, saya sangat setuju dengan pendapat kakak Siew Mei.. Penduduk Malaysia menganggap pendidikan mereka adalah tinggi dan tidak mahu bekerja pekerjaan yang berpendapatan rendah, bahaya, dan tidak selesa.. Ini telah melambatkan pengembangan negara kita.. Jika mereka rela bekerja pekerjaan yang berpendapatan rendah, bahaya dan tidak selesa seperti apa yang dikatakan oleh kakak Siew Mei dan kakak Boon, tentulah pengembangan negara kita adalah lebih cepat dan baik.. Ini adalah kerana kita tidak perlu membayar gaji kepada warganegara asing dan membenarkan merekan menghantar duit kita kepada kampung mereka yang berada di negara mereka.. Sebagai contohnya, Negara Jepun dapat berkembang dengan begitu pesatnya adalah kerana rakyat jepun bekerjasama dan tidak peduli tahap pekerjaan.. mereka sanggup bekerja pekerjaan yang berpendapatan rendah dan bahaya..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  siewMei Thu Apr 03, 2008 10:29 am

yaya,saya memang kagum akan semangat yang dipamerkan oleh rakyat Jepun. mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang sangat tinggi dan semangat "kami kaze" mereka memang tiada tandingan di dunia ini. jika semangat yang begitu menyemarak ini dapat disemat ke dalam hati setiap rakyat Malaysia,saya yakin Malaysia dapat berkembang dengan sangat cepat.
Bagaimana untuk menyematkan semangat sedemikian ke dalam rakyat kita,salah satu cara adalah melalui pendidikan di sekolah. Subjek Sejarah memegang perana yang sangat penting dalam usaha ini kerana sejarah membolehkan kita mengetahui asal usul kita dan degan demikian semangat cinta akan negara dapat dipupuk di kalangan pelajar walaupun hanya sedikit sahaja. Akan tetapi,timbul masalah yang lain,iaitu pelajar rasa subjek ini sangat bosan(saya berpendapat begitu juga,haha Razz )...Jadi,kawan-kawan semua,apa pendapat anda???

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 12:13 pm

urm.. saya agak setuju dengan kakak siew mei tentang peranan subjek sejarah.. tetapi.. saya berasa ia adalah kurang berkesan.. semangat cinta akan tanah air tidak mudah dinampakkan pada remaja-remaja kini.. ini hanyalah perasaan saya.. kerana.. perpaduan antara warganegara malaysia nampaknya masih kurang kukuh... jadi.. jika perpaduan antara rakyat tidak kukuh, macam mana semangat cinta akan negara terhasil? saya berasa.. kerajaan kita terutamanya kementerian pelajaran haruslah belajar daripada kerajaan jepun... belajar bagaimana mereka menaburkan perasaan cinta akan tanah air kepada rakyat mereka.. selain daripada kerajaan jepun.. kita juga haruslah belajar daripada kerajaan lain tentang cara mereka menaburkan perasaan cinta akan tanah airnya.. kita juga boleh belajar daripada negara yang mundur atau tiada perpaduan kerana pengalaman mereka mungkin akan memberi ingatan / pengalaman/etc kepada kita..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 9:30 am

Pada pendapat saya ,warga asing harus menjaga tingkah laku mereka. Saya pernah lihat Warga asing menbuang sampah merata-rata. Disamping itu, golongan ini melakukan vandalisme dengan merosakkan lift dan telefon awan.
Tindakan mereka tidak boleh dimaafkan. Kerajaan harus mengawal bilangan warga asing yang berada di malaysia kerana ini dapat jamin keselamatan rakyat. Agensi pebekalan sumber tenaga mesti memastikan warga asing yg sampai tempoh bekerja di malaysia dihantar balik ke negara asas mereka. Namum, kerajaan mesti mesiasat latar belakang warga asing sebelum dibenar bekerja di malaysia. Kita harus beterima kasih kepada warga asing yg berjasa kepada kita dan melaporkan warga asing yg melanggar undang-undang.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Sat Apr 05, 2008 3:27 pm

urm.. saya berasa abang foo tidak patut mengatakan bahawa warganegara asing yang menbuang sampah merata-rata dan melakukan vandalisme dengan merosakkan lift dan telefon awan. kerana bukan sahaja warganegara asing yang berbuat demikian tetapi warganegara tempatan juga.. seperti lift dan telefon awam, saya berasa kebanyakannya dirosakkan oleh warganegara malaysia terutama remaja. tindakan merekalah yang lagi tidak boleh dimaafkan..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  siewMei Sun Apr 06, 2008 7:16 am

ya betul apa yang dikatakan oleh abang tohwai,memang tidak dapat dinafikan bahawa warga tempatan juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan merosakkan kemudahan-kemudahan awam yang telah didirikan oleh dewan dearah tempatan. Akan tetapi,perlakuan ini bukannya seserius hingga tidak dapat dimaafkan,kita juga harus memberi peluang kepada mereka yang sanggup menebus kasalahan dan menyedari akan kasalahan mereka. Bagi mereka yang memang masih tidak insaf akan kesalahan mereka,golongan orang ini memang tidak boleh dimaafkan kerana mereka telah diberi peluang untuk insaf tapi mereka masih keras kepala tidak mahu mengaku kesalahan mereka.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty T.T

Post  HappeeSim Sun Apr 06, 2008 1:08 pm

Z...z...z...z.......tak larat tengok dan membalas lagi....fikir pun pening kepala la.... X_X
Jangan membincang siapa yang mencetuskan masalah lagi.......bincang tentang punca-punca kancah ini dan juga langkah-langkah untuk membanteraskannya..............bukan ini lebih bagus?

Mengapakah warga asing melibatkan diri dalam kes jenayah?
Ini kerana mereka kekurangan wang. Lagipun, sesetengah majikan yang kedekut mengurangkan lagi gaji mereka yang sedikit dan memaksa mereka berkerja luar masa....Namum begitu, majikan dapat merendahkan kos yang diperlukan dalam sesuatu projek. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan warga asing lama-kelamaannya. Sementelahan itu, mereka memerlukan kerja untuk menampung kos kehidupan dan mengikut apa saja arahan daripada majikan... Justeru itu, mereka menggunakan cara yang tidak sihat untuk menyalurkan tekanannya....Pihak berkuasa haruslah membawa buruh asing ke negara kita dengan terancang. Khususnya, buruh asing hanya dibawakan ke negara kita jika ada kekosongan pekerjaan. Buruh asing berlebihan akan juga memburukkan situasi ini. Hal ini sedemikian kerana tiada wang untuk meneruskan kehidupannya. Fenomena ini mengakibatkan mereka berkaitkan diri dalam kes curian dan lain lain...

HappeeSim

Posts : 9
Join date : 2008-01-11
Age : 114
Location : Mars

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  siewMei Fri Apr 11, 2008 11:36 am

HappeeSim wrote: Mengapakah warga asing melibatkan diri dalam kes jenayah?
Ini kerana mereka kekurangan wang. Lagipun, sesetengah majikan yang kedekut mengurangkan lagi gaji mereka yang sedikit dan memaksa mereka berkerja luar masa....Namum begitu, majikan dapat merendahkan kos yang diperlukan dalam sesuatu projek. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan warga asing lama-kelamaannya. Sementelahan itu, mereka memerlukan kerja untuk menampung kos kehidupan dan mengikut apa saja arahan daripada majikan... Justeru itu, mereka menggunakan cara yang tidak sihat untuk menyalurkan tekanannya....

Apakah maksud "sister" sim tentang "mereka menggunakan cara yang tidak sihat untuk menyalurkan tekanannya?"... bolehkah "sister" sim memberi penjelasan yang lebih lanjut?? Very Happy terima kasih banyak-banyak...

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  sim Fri Apr 11, 2008 12:48 pm

kadang kala saya rasa warga tempatan lebih tidak menghargai kemudahan-kemudahan yang disediakan.kita boleh dapat permainan yang disediakan di taman permainan seperti buaiyan,tali besi akan dipatahkan menjadikan kanak-kanak tidak dapat main.saya sentiasa fikir,adakah buaiyan yang rosak tersebut telah dimain oleh gajah,barulah tali besi yang begitu kuat dipatahkan Question Laughing

selain ith lift yang disediakan di pangsapuri juga diconteng dengan pelbagai kata kasar,dan alat lukis itu susah dipadamkan ,dan tekan butang sentiasa dirosakkan dengan alat besi,adakah kita perlu memasang cctv di pelbagai tempat ? Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  vinclam1314 Sat Apr 12, 2008 3:28 pm

jika kita memasangkan cctv di pelbagai tempat, ini akan membimbangkan orang ramai kerana orang ramai akan berasa tidak selesa kerana ternampak banyak cctv.. mereka mungkin akan berasa kegiatan mereka asyik dinampak oleh seseorang.. Selain itu.. ini juga membebankan hal kewangan... memasangkan cctv di pelbagai tempat memerlukan banyak wang.. selain itu.. kita juga perlu menggunakan wang untuk menjalankan pemeriksaan fungsi cctv supaya ia sentiasa berfungsi.. selain itu.. kita juga perlu mengupah orang untuk melihat cctv itu supaya kawasan cctv dapat diawasi.. oleh itu.. saya berasa memasang cctv di pelbagai tempat adalah tidak sesuai tetapi adalah amat sesuai di tempat yang bahaya seperti lorong belakang.. saya berasa pendidikan moral adalah lebih perlu dititikberatkan untuk menangani masalah ini.. dengan menitikberatkan nilai murni di kalangan remaja dan kanak-kanak... masalah gejala dapat dikurangkan dengan berkesan...

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Warga asing

Post  Jennifer Ong Tue Apr 15, 2008 12:49 pm

Daripada balasan-alasan rakan-rakan, saya dapati bahawa pendapat rakan-rakan terhadap pendatang asing adalah seperti berikut:
1) Kebaikan
-membuat kerja pembinaan
-menyumbang kepada ekonomi negara
-menambahkan pendapatan negara (Pendatang Asing DENGAN Izin)

2) Keburukan
-meningkatkan kes jenayah
contoh: merogol, mencuri, membunuh...
-vandalisme
-mengganggu...

3) Punca(keburukan)
-gaji tidak mencukupi
-majikan tidak amanah (tidak membayar gaji dalam jumlah yang sepatutnya)

Seperti yang rakan sekalian sedia maklum, terdapat kes di mana buruh asing yang mencerobohi kawasan sekolah kita untuk mengganggu pelajar-pelajar sekolah kita secara seksual. Ini terbuktinya yang pendatang asing ini telah mengancan keamanan dan keselamatan sekolah yang sebelum ini tidak pernah digugat.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Warga asing cetus masalah Empty Re: Warga asing cetus masalah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum