PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

6 produk kosmetik dikesan beracun

Go down

6 produk kosmetik dikesan beracun Empty 6 produk kosmetik dikesan beracun

Post  yeeleng(L6A) Thu Mar 04, 2010 1:43 pm

KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual 'tretinoin' dan 'hydroquinone' yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.




"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Di bawah peraturan ini, individu-individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Produk-produk tersebut dikilangkan oleh Re-X Products Co. Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum