Cuaca panas: Sekolah di Pahang diarah kurang aktiviti luar

View previous topic View next topic Go down

Cuaca panas: Sekolah di Pahang diarah kurang aktiviti luar

Post  yeeleng(L6A) on Thu Mar 04, 2010 1:35 pm

KUANTAN: Semua sekolah di Pahang diarah mengurangkan aktiviti luar darjah berikutan cuaca kering dan panas yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, hari ini berhubung perkara itu.

"Cuaca di Pahang sekarang antara 37 hingga 38 darjah celsius, jadi kena kurangkan aktiviti," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama projek penanaman padi secara komersial antara Kerajaan Korea Utara dan syarikat Sungai Duri Plantations Sdn Bhd di sini, hari ini.




Beliau berkata, keadaan cuaca berkenaan turut memberi kesan kepada paras air di negeri itu.

Sebagai contoh, katanya, paras air di Empangan Chereh, dekat sini susut kira-kira 0.6 meter.

"Empangan ini masih boleh membekalkan air untuk tempoh sehingga tiga bulan lagi bagi tujuan asas seperti makan dan minum," katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum