PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengguna mengeluh terpaksa guna perkhidmatan bas awam usang

2 posters

Go down

Pengguna mengeluh terpaksa guna perkhidmatan bas awam usang Empty Pengguna mengeluh terpaksa guna perkhidmatan bas awam usang

Post  yeeleng(L6A) Wed Mar 03, 2010 1:55 pm

KUANTAN: Orang ramai di sekitar bandar ini mengeluh kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang sudah usang dan tidak wajar dibenarkan terus beroperasi.

Mereka menyifatkan bas henti-henti di bandar ini sangat daif dengan tempat duduk yang tidak selesa, lantai rosak, tidak dicat baru, panas dan enjin mengeluarkan bunyi bising keterlaluan serta kerap mengeluarkan asap hitam.




Lebih menyedihkan, kata mereka keadaan fizikal bas itu turut menjadi halangan kepada ejen pelancongan mempromosikan pengangkutan awam kepada pelancong.

Tinjauan Edisi Timur baru-baru ini mendapati rungutan dan keluhan pengguna memang berasas kerana kebanyakan bas yang beroperasi sudah menjangkau usia 30 tahun, malah ada antaranya ‘tidak layak’ berada di jalan raya kerana membahayakan nyawa penumpang.

Pengguna, Ahmad Khirzal Roseli, 21, berkata, keadaan bas yang daif boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengusaha sewajarnya menggantikannya dengan bas baru dilengkapi ciri keselamatan lebih baik.

Pelajar Kolej Profesional Mara (KPM), Izzayati Husna Ahmad, 20, berkata tumpuan patut diberikan untuk membaik pulih dan meningkatkan mutu perkhidmatan bas bagi menjamin keselesaan penumpang.

Beliau berkata, pengusaha bas perlu menggantikan bas uzur bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang terutama yang membuat perjalanan jauh seperti ke Kemaman, Gambang atau Sungai Lembing.

"Pengusaha perlu memikirkan keselamatan pemandu dan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas syarikat mereka.

"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi sebagai persediaan awal, pengusaha perlu memastikan bas mereka dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk mengelak kejadian lebih serius," katanya.


"Jika ada kerosakan, mereka perlu memperbaikinya dan tidak membiarkan tempat duduk itu begitu sehingga menyebabkan penumpang menerima akibatnya," katanya yang sering menggunakan perkhidmatan dari Jalan Bukit Ubi ke Sungai Lembing.

Seorang penumpang, Zuhairi Abdul Latiff, 36, berkata, pengangkutan awam yang ada setakat ini seperti tiada sebarang perubahan memandangkan sudah lama ia tidak pernah ditambah baik.

"Bas yang ada haruslah diselenggarakan dengan baik agar perjalanannya lancar dan tidak menimbulkan masalah kepada pengguna yang bergantung sepenuhnya perkhidmatan ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong mengakui keadaan bas yang usang dan daif itu menjejaskan imej bandar Kuantan sebagai ibu negeri.

"Kita akan berusaha mengatasi masalah ini demi kepentingan awam terutama orang ramai yang tidak mempunyai pilihan lain selain perkhidmatan bas," katanya.

"Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) jika mendapati bas yang digunakan berada dalam keadaan tidak selamat sehingga boleh mengancam keselamatan penumpang," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Pengguna mengeluh terpaksa guna perkhidmatan bas awam usang Empty Re: Pengguna mengeluh terpaksa guna perkhidmatan bas awam usang

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 06, 2010 5:12 pm

Harap-harap sistem pengangkutan bas dapat diselenggarakan agar dapat menyelesakan penumpang dan juga memberi tanggapan yang baik kepada pelancong asing.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum