Tekanan

View previous topic View next topic Go down

Tekanan

Post  keat sin (U6A) on Fri Feb 26, 2010 9:32 am

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Punca tekanan

Post  keat sin (U6A) on Fri Feb 26, 2010 9:37 am

-sifat terlalu mengharap yang terbaik
-tidak dapat menerima teguran orang lain
-cemburu dengan kejayaan orang lain
-kerja yang membosankan

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Kaedah mengurangkan atau mengatasi tekanan

Post  keat sin (U6A) on Fri Feb 26, 2010 9:43 am

Senyum Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.

Bersendirian Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.

Kasih sayang Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Ceria Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Tekanan

Post  HsianMin (U6B/2010) on Sat Feb 27, 2010 2:24 pm

Tekanan sering dihadapi oleh remaja pada masa ini. Masalah yang dikatakan remeh jika tidak diselesaikan secepat mungkin berupaya membawa kesan padah terhadap individu yang berkaitan. Ini adalah kerana masalah yang kecil lama-kelamaan akan menjadi tekan kepada individu. Setiap individu tidak sama dalam menerima tekanan. Namun, tahap tekanan yang boleh ditanggung oleh setiap individu adalah berbeza mengikut sikap individu tersebut dan juga pengaruh persekitarannya.
Tekanan mampu menyebabkan pelbagai kesan negatif dan bahkan ia membawa kepada penyakit fizikal dan jiwa.

Bagi mengelakkan kita diatasi oleh tekanan kita haruslah,
1.sentiasa bersikap realistik dan berfikiran positif

2.mengalihkan fikiran, fokus ke hal lain yang dapat membuat kita lebih rileks.

3.bersenam

4.mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

5.bergaul dengan orang lain

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Tekanan

Post  Sponsored content Today at 11:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum