PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sedia pusat untuk kanak-kanak

Go down

Sedia pusat untuk kanak-kanak Empty Sedia pusat untuk kanak-kanak

Post  keat sin (U6A) Fri Mar 19, 2010 8:02 am

KUALA LUMPUR: Organisasi korporat disaran memainkan peranan mereka dalam menyediakan persekitaran tempat kerja yang mesra pekerja bagi mengurangkan tekanan serta menyediakan kursus keibubapaan bagi mengelak kejadian penganiayaan kanak-kanak daripada terus berleluasa.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penganiayaan kanak-kanak di negara ini adalah serius dan perlu ditangani bersama semua pihak, bukan saja kerajaan tetapi juga masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.
“Melalui pembacaan saya, kebanyakan kes penganiayaan kanak-kanak disebabkan masalah tekanan perasaan. Jadi, saya berharap syarikat dapat menyediakan persekitaran tempat kerja yang lebih tenang serta mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat bagi kemudahan ibu bapa. “Selain itu, tindakan mencegah penganiayaan kanak-kanak menjadi tanggungjawab semua pihak dan saya gembira kerana banyak NGO dan syarikat korporat mula menyedari hakikat ini dan mula memainkan peranan mereka menangani isu ini,” katanya pada majlis pelancaran Polisi Perlindungan Kanak-Kanak Korporat Sime Darby yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.

Polisi Perlindungan Kanak-Kanak Korporat Sime Darby adalah inisiatif syarikat konglomerat itu dalam memastikan kebajikan dan keselamatan anak pekerjanya sentiasa dititikberatkan.

Rosmah berkata, masyarakat perlu didedahkan dengan hak kanak-kanak dan langkah itu dapat mengatasi masalah penganiayaan di kalangan kanak-kanak terbabit, sekali gus dapat mengelak kes berkenaan daripada berlaku.
“Saya berharap langkah diambil Sime Darby dalam mewujudkan polisi itu dapat dicontohi semua pihak bagi membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan lebih selamat,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum