MBPJ tawar RM100 pemberi maklumat penampalan iklan along

View previous topic View next topic Go down

MBPJ tawar RM100 pemberi maklumat penampalan iklan along

Post  yeeleng(L6A) on Thu Feb 25, 2010 2:54 pm

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan imbuhan wang tunai berjumlah RM100 kepada penduduk yang memberi maklumat mengenai aktiviti menampal iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau along di sekitar daerah itu.

Wang tunai berkenaan ditawarkan sempena kempen “Jom Tanggal-Iklan Permit Pemberi Pinjam Wang” yang dilancarkan kelmarin bagi mengurangkan masalah penampal iklan haram along dan pelbagai iklan lain yang semakin meningkat.

Menerusi kempen ini, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam MBPJ di 03-79542020 untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada mana-mana individu atau kumpulan yang menampal iklan haram berkenaan bagi membolehkan pasukan penguat kuasa MBPJ mengambil tindakan selanjutnya.



Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Puasa Md Taib, berkata kempen berkenaan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan along yang mencemarkan imej bandar raya berkenaan dan setakat ini dua individu berjaya menerima imbuhan berkenaan.

“Kempen seumpama ini adalah satu-satunya pernah dijalankan di negara ini dan perlu diteruskan bagi membanteras along yang semakin berleluasa. Jumlah iklan haram khususnya along dilihat semakin meningkat khususnya pada musim perayaan.

“Usaha ini juga adalah kesinambungan kempen menanggalkan iklan haram bersama persatuan penduduk dengan menawarkan 70 sen untuk setiap iklan yang ditanggalkan.

“Hasilnya kita berjaya menyenarai hitam dan memotong talian lebih 110 nombor telefon bimbit along menerusi kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Puasa ditemui pada majlis pelancaran kempen berkenaan di MBPJ baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Majlis MBPJ yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen, Tiew Way Keng dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya, Deputi Superintendan, Mazelan Paijan.

Tiew berkata, hanya maklumat yang disahkan kebenarannya saja akan diberikan imbuhan ditawarkan.

Setiap memberi maklumat atau panggilan yang diterima perlu memberikan nama, nombor telefon dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

“Jabatan Penguat kuasa dan Keselamatan MBPJ bersama PDRM akan memastikan maklumat diterima adalah benar. Hanya panggilan yang disahkan benar saja akan dibayar RM100 dan bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja setelah kes ini dilupuskan di mahkamah.

“Pemanggil juga akan diberikan sijil penghargaan atas sumbangan membantu MBPJ menangani masalah along. Kempen ini juga bermatlamat mewujudkan rasa tanggungjawab masyarakat bagi membasmi kegiatan yang melanggar undang-undang,” katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum