PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peperiksaan Vs Pentaksiran

+7
nanyang
leysia
HsuJia
sim
vinclam1314
Ang3laWong
PnLeela
11 posters

Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  PnLeela Mon Mar 17, 2008 5:29 pm

Hi kelas Very Happy

Baca artikel dibawah dan beri pendapat anda. Yang manakah lebih baik untuk pelajar, peperiksaan atau pentaksiran berasaskan sekolah. Mengapakah anda berpendapat sebegitu?


Peperiksaan vs Pentaksiran
Oleh Dr Jamil Adimin - Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:

Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).

Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.

Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.

Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.

Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.

Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.


Jumpa lagi Very Happy
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  Ang3laWong Mon Mar 17, 2008 6:29 pm

Pada pendapat saya,pentaksiran adalah lebih baik terhadap pelajar berbanding dengan peperiksaan.Berdasarkan artikel yang cikgu post ,kita dapat mengetahui definisi pentaksiran adalah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pelajar bukan sahaja boleh mengetahui kemajuan akademik mereka,pelajar juga dapat belajar aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah melalui pentaksiran.Saya bukan membangkang peperiksaan dengan sepenuhnya,tetapi peperiksaan juga mendatangkan impak negatif terhadap pelajar,ibu bapa pelajar dan guru-guru.Kenapa saya kata itu?Kerana Semua ibu bapa ,guru-guru mahukan anak-anak atau pelajar -pelajar berjaya dalam pelajaran mereka. Orang biasanya tidak tanya berapa duit kita tetapi mereka akan tanya apa keputusan yang diperolehi anak atau pelajar kita dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan ia menjadi tajuk perbualan dikalangan jiran tetangga, sanak saudara dan rakan sejawat. Tekanan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Yang mampu, sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang dikelolakan oleh guru-guru pakar. Tekanan yang diterima dari masyarakat ini membuatkan ibu bapa ada ketikanya ‘memaksa’ anak-anak supaya cemerlang. Oleh hal yang demikian,konsep pelajaran disalah anggapkan oleh pelajar.Contohnya,pelajar cuma belajar kerana ada peperiksaan dan mengabaikan erti pelajaran yang sebenarnya.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  vinclam1314 Tue Mar 18, 2008 11:10 am

saya sangat setuju dengan apa yang telah diposkan oleh kakak hor yan di atas. Saya juga berpendapat seperti kakak hor yan. Saya telah belajar selama 15 tahun dan saya dapati bahwa kebanyakan kawan saya mengatakan bahawa mereka belajar adalah kerana kesukaan mereka tetapi adalah untuk peperiksaan umum. mereka menggunakan banyak masa untuk mengulang kaji apa yang dipelajari oleh mereka supaya boleh mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan umum seperti STPM. Sebagai contohnya, kebanyakan pelajar tidak suka belajar sejarah dan pendidikan moral pada form 4 dan form 5. mereka berpendapat bahawa subjek ini adalah belajar semata-matanya untuk peperiksaan dan tidak memberi makna kepada mereka. kakak dan abang kalian boleh pergi tanya adik-adik di sekolah menengah apakah yang mereka baca tentang pendidikan moral di sekolah. Kebanyakan oleh mereka akan menjawab soalan abang dan kakak kalian dengan definisi nilai-nilai moral sahaja. adakah mereka betul-betul memahami apa yang dipelajari oleh mereka? saya tidak berani untuk membuat kesimpulan terhadap ini. Evil or Very Mad

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  sim Tue Mar 18, 2008 11:27 am

Pada pendapat saya,kedua-dua adalah penting dalam pelajaran.Peperiksaan diadakan adalah untuk menguji pelajar adakah mereka faham apa yang guru mengajar dalam pelajaran,tetapi kebanyakan pelajar tidak suka akan peperiksaan,kerena hendak mengulang kaji,membuat banyak latihan dan tuisyen jika tidak faham guru ajar supaya boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,mengakibatkan pelajar berasa tekanan untuk belajar. Neutral
Pentafsiran merupakan system yang dapat membantu pelajar apabila mereka bekerja,kerana pelajar dapat belajar seperti proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal.Ketiga-tiga ini sangat membantu pelajar kelak.
peperiksaan dan pentafsiran mempunyai kepentingannya sendiri,oleh itu,kedua-dua perlu dilaksanakan serentak. Smile

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  HsuJia Tue Mar 18, 2008 2:27 pm

Pada pandangan saya,di Malaysia jika tidak mengambil peperiksaan pelajar-pelajar akan bersikap sangat malas untuk belajar ataupun mereka akan menjadi orang yang berguna.Selain itu,Malaysia yang hendak membantah UPSR,PMR dan SPM ini akan menyusahkan semua pelajar.Ini adalah kerana mereka akan menghadapi peperikasaan yang amat susah berbanding dengan UPSR,PMR dan SPM.Mungkin pada masa itu,peperiksaan adalah terus memasuki universiti dengan menguji peperiksaan yang susah seperti negara Korea.Oleh itu,peperiksaan adalah amat penting kerana ini boleh menilai seseorang pelajar dengan sampai tahap apa.Jika pelajar mendapat keputusan yang baik ini bermakna pelajar itu mempunyai kebolehan yang amat baik.Dari pandangan yang lain,ada sesetengah pelajar rasa belajar adalah hendak mendapat sijil supaya dapat menamatkan sekolah dengan sempurna.Selain itu,peperiksaan akan menjadi sesetengah orang tekanan yang besar kerana ibu bapa atau sanak-saudara akan mengambil keputusan yang baik membuat perbandingan dengan kawan atau saudara yang umur sebaya kita.Dengan itu,apabila mengumum keputusan kita akan menerima suatu berita yang mengatakan sesiapa yang bunuh diri sebab mendapat keputusan yang amat lemah kerana takut dimarahi oleh ibu bapa mereka.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty pencapaian akademik penting drpd apa-apa

Post  leysia Tue Mar 18, 2008 3:32 pm

Adakah sijil peperiksaan penting??Pada pendapat saya:ya,ia penting!!!Walaupun ada pelajar yang belajar bersungguh-sungguh adalah kerana minat dan keinginan sendiri, tetapi majoriti drpd pelajar usaha dalam pelajaran adalah bertujuan untuk mendapat keputusan yg baik dan cemerlang.Tanpa peperiksaan,pelajar akan mejadi malas kerana tiada dorongan yang mendorong mereka 'melibatkan diri' dalam pelajaran.
Selain itu,tekanan dianggap sbg dorongan bg pelajar utk mempunyai tujuan untuk mendapat keputusan yg baik dalam keadaan yang sesuai.contohnya tekanan drpd ibu bapa,walaupun mereka suka menbandingkan anak mereka sendiri dengan anak org lain,tetapi perbandingan yang sesuai akan menukar tekanan kepada dorongan utk anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan buakn sahaja mendapat keputusan yang cemerlang,tetapi juga maruah keluarga dan tugas sebagai seorang pelajar.
Seterusnya,ada pelajar yg bertujuan utk mendapat keputusan yang baik adalad krn untuk mendapat 'scholarship' yang ditawar oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.Ini menunjuk pencapaian akademik akan membantu pelajar yg ingin berteruskan pelajaran menunai hasrat mereka tanpa masalah kewangan.Di samping itu,ia tidak membazir kekurangan professional dalam negara kita dan membantu negara kita maju pd masa depan apabila mereka keluar dari IPTA.
Akhirnya,pencapaian akademik adalah satu kaedah yg paling sesuai dgn digunakan pada sistem pendidikan masa kini dan boleh menunjuk kebolehan seseorang pelajar yang mahir...


"tis my opinion"
hv a nice day ...all ma frenz n teacher!!!!~~~~ Razz

leysia

Posts : 2
Join date : 2008-03-18

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty peperiksaan vs pentaksiran

Post  nanyang Wed Mar 19, 2008 12:35 pm

Pada pendapat saya,saya hanya bersetuju bahawa peperiksaan lebih penting daripada pentaksiran pada masa sekarang,kerana pada masa sekarang kebanyakan pekerjaan yang menyatakan bahawa sijil peperiksaan adalah faktor yang utama bagi mereka mengupahkan seseorang,seperti sijil SPM,sijil STPM.Oleh itu bagi memiliki masa depan yang"cerah"dan "menyenangkan",serta pekerjaan yang berpendapatan tinggi,para pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh semasa persekolahan untuk mendapat sijil peperikasaan yang "menjaminkan boleh mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi" walaupun peperiksaan yang berkemungkinan membawa kesan negatif kepada para pelajar seperti tekanan serta bukan subjet yang mereka minat.Apa yang saya rasakan ialah walaupun kebanyakkan mahasiswa mempunyai sijil yang berstandard tinggi,tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi kerana apa yang mereka membelajari semasa persekolahan adalah ilmu yang "mati".Walaubagaimanapun,peperiksaan juga mempunyai kelebihannya.Mengadakan peperiksaan boleh menguji berapakah mereka membelajari dan memahami.Tekanan yang bersesuaian juga boleh mendorongkan mereka lebih berusaha dalam pembelajaran.Jika peperiksaan dihapuskan,kebanyakkan pelajar berkemungkinan menjadi malas.Bagi pentaksiran,ia merupakan proses mengumpulkan maklumat,memberikan nilai,dan menginterpretasi maklumat serta membuat keputusan.Pentaksiran membolehkan pelajar membelajari pelbagai kemahiran,serta melibatkan diri dalam aspek kokurikulum,sahsiah,dan nilai murni.tetapi saya bukan menyokongkan pentaksiran sepenuhnya kerana kebanyakkan pentaksiran adalah sama dan mudah diikuti oleh orang lain.
Peperiksaan boleh mendapat ilmu yang lebih luas berbanding dengan pentaksiran.
Pentaksiran boleh mendapat kemahiran yang lebih mendalam berbanding dengan peperiksaan.
Kedua-duanya mempunyai kelebihan juga mempunyai kelemahan,saya rasa kedua-duanya boleh diadakan serentak dan sama dititkberatkan supaya boleh "menghasilkan" generasi yang mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran yang mendalam.

nanyang

Posts : 1
Join date : 2008-03-19

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  pohblg Wed Mar 19, 2008 5:27 pm

Terdapat pelajar yang menganggap pentaksiran adalah lebih penting kerana pentaksiran membolehkan pelajar menguasai sepenuhnya yang dibelajari dan bukannya sekadar hafalan. Pada pendapat saya,mungkin pada UPSR dan PMR boleh main-main sahaja,tetapi apabila capai SPM dan STPM,peperiksaan ini adalah "teramat sangat penting sekali" kepada kita,kerana ia menentukan kejayaan kerap bagi kita. Kegagalan dalam STPM menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat masuk universiti yang baik, pentaksiran memang penting kepada kita,tetapi terlalu banyak subjek dan benda yang kena dibelajari, tidak kesemuaannya diminati oleh pelajar.Pelajar hanya menfokuskan kepada bahagian yang dianggap penting sahaja supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Dengan kata lain, peperiksaan adalah tempat menuju ke kejayaan dan memasuki pekerjaan. Keputusan yang baik menyebabkan pendapatan lebih tinggi semasa berkerja.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Peperiksaan vs Pentaksiran

Post  jackie_teng99 Wed Mar 19, 2008 9:41 pm

Pada pendapat saya,peperiksaan dan pentaksiran adalah sama penting dan harus dilaksanakan secara serentak. Peperiksaan adalah penting untuk mengukur tahap kefahaman murid-murid di dalam kelas setiap hari dan tidak harus dimansuhkan. Selain itu,peperiksaan adalah untuk memotivasi pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan rajin berusaha bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Sememangnya peperiksaan merupakan suatu dorongan kepada para pelajar,namun demikian peperiksaan sudah dijadikan sebagai alasan memberi tekanan kepada para pelajar dan dikenali sebagai suatu bebanan. Cuba fikirkan,jika peperiksaan dimansuhkan,apa yang akan terjadi terhadap sistem pendidikan di negara kita? Dan apa pula akan tejadi terhadap sikap para pelajar? Tanpa peperiksaan,pelajar akan menjadi malas dan kurang melibatkan diri di dalam kelas semasa pelajaran dijalankan. Selain itu,tiada peperiksaan maka tiadalah sijil peperiksaan....tanpa sijil peperiksaan,kita akan mengalami kesusahan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atau ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana dalam realiti ini,kebanyakan orang akan mengategorikan seseorang sama ada baik atau tidak berdasarkan sijil peperiksaan masing-masing,terutamanya pihak universiti-univerisiti dan pihak syarikat-syarikat. Bagi pelajar yang lahir dari keluarga yang miskin,memang tidak dinafikan bahawa sijil peperiksaan dengan keputusan yang begitu baik sekali adalah amat penting bagi mereka untuk mendapatkan subsidi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pentaksiran pula penting untuk membolehkan kita dilengkapi oleh pelbagai jenis kemahiran yang tidak dapat diperolehi semasa di dalam kelas. Dengan adanya pentaksiran,kita akan menjadi manusia yang serba guna. Maksudnya,bukan sahaja kita mempunyai ilmu pengetahuan di dalam kelas malah kita juga mempunyai pelbagai jenis kemahiran. Oleh hal yang demikian,pelajar tidak lagi dikenali sebagai "ulat buku" yang hanya tahu membaca buku tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran. Dengan mempunyai kemahiran-kemahiran ini,kita akan lebih mencenderung ke arah realiti. Kita akan kurang mengalami masalah keupayaan semasa bekerja,masalah berkomunikasi dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,lahirnya generasi yang berkaliber yang akan menyumbang ke arah pembangunan negara kita.
Kesimpulannnya,peperiksaan dan pentaksiran haruslah dilaksanakan secara serentak bagi memastikan sistem pendidikan negara kita menjadi lebih sempurna. Sekian,terima kasih. Surprised

jackie_teng99

Posts : 4
Join date : 2008-02-18

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  lim Thu Mar 20, 2008 6:15 am

Pada pendapat saya, saya merasa kedua-duanya juga adalah sama penting.Ini kerana berdasarkan petikan di atas ia memberikan pentaksiran bermaksud adalah integrasi proses mengumpul maklumat,menginterprestasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berasaskan interprestasi yang dibuat ke atas maklumat.Ini bermaksud melalui cara ini pelajar dapat melengkapi diri dengan pelbagai jenis kemahiran yang tidak dapat diperolehi semasa waktu pelajaran di kelas.Selain itu,pelajar bukan hanya tahu menghafalkan buku sahaja untuk mengangani peperiksaan.Justeru,pelajar juga bukan hanya sebagai "ulat buku" yang hanya tahu membaca buku sahaja tidak mempunyai sebarang kemahiran lain.dengan kemahiran ini kita boleh lebih mencenderungankearah realiti.Pentaksiran ini juga kurang memberikan tekanan kepada pelajar.Manakala,peperiksaan adalah juga penting kepada pelajar kerana pada masyarakat masa terkini,setiap ornag dan majikan akan melihat keputusan dan sijil pepersikaan untuk menentukan seseorang itu kebolehan dan kemahiran.Oleh itu,peperiksaaan adalah sangat penting dalam menentukan masa depan pelajar.Selain itu menjalankan peperiksaan boleh memberi peluang kepada pelajar peluang untuk menilai prestasinya dan menunjukkan kebolehannya dalam pelajar yang telah berusaha selama ini.Ia juga menyebabkan pelajar tidak akan menjadi malas untuk belajar.Tetapi ia akan memberi banyak tekanan kepada pelajar dari segi fizikal dan mental iaitu datang dari pada ibubapa,guru-guru,dan sebagainya.Oleh itu,pentaksiran dapat membantu pelajar mengatasi masalah ini.Kesimpulannya,saya merasa peperiksaan dan pentaksiran adalad sama penting terhadap pelajar.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty RE : PEPERIKSAAN VS PENTAKSIRAN

Post  NCH CHEAN Thu Mar 20, 2008 7:20 pm

Peperiksaan dan pentaksiran adalah sama penting . Peperiksaan dikatakan boleh menguji tahap seseorang pelajar dalam pembelajaran mereka.Peperiksaan merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan.Oleh itu , peperiksaan dikatakan penting dalam menguji pelajar .Pada pendapat saya, jika tidak ada peperiksaan ,maka terdapat sesetengah pelajar akan malas belajar dan lama-kelamaan mereka akan menjadi tidak berminat lagi untuk berlajar.Jadi peperiksaan dikatakan boleh mengarah pelajar belajar, agar mereka memahami apa yang mereka belajar.Sebaliknya, pentaksiran adalah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pelajar bukan sahaja boleh mengetahui kemajuan akademik mereka,pelajar juga dapat belajar aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah melalui pentaksiran.Walaubagaimanapun, peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.Daripada perkara yang disebut di atas ,saya berpendapat peperiksaan dan pentaksiran adalah sama penting dalam menghasilkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  vinclam1314 Fri Mar 21, 2008 10:31 am

Oleh kerana kebanyakan kakak dan abang telah menjelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kepentingan pelaksanaan pentafsiran dan peperiksaan serentak, jadi, saya ingin memberikan serba sedikit tentang kepentingan peperiksaan..

Seperti apa yang dipostkan oleh cikgu dan kakak serta abang kalian, pentafsiran adalah dibuat berdasarkan penilaian yang dibuat oleh guru. Akan tetapi, hal ini mungkin akan mewujubkan satu keadaan berat sebelah yang diberikan oleh guru. Guru mungkin akan memberikan markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang disukai olehnya. Selain itu, Hal ini juga akan menggalakkan keadaan penerimaan rasuah di kalangan guru. Guru mungkin akan menerima rasuah yang diberikan oleh pelajar supaya mereka akan dapat markah atau penilaian yang bagus daripada guru.

Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku, peperiksaan haruslah dijalankan. Pelajar perlu menjawab soalan peperiksaan dengan pengetahuannya. Dengan inilah ketahapan pelajar tersebut boleh dan dapat ditentukan ( Kecuali pelajar memberi rasuah kepada guru untuk mendapatkan soalan peperiksaan, akan tetapi, dia masih dan perlu mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan di peperiksaan ) Selain itu, peperiksaan juga boleh dijadikan satu pengukuran ketahapan pelajar yang berasal dari tempat yang berlainan. Dengan ini lah keputusan peperiksaan dapat menjadi satu rujukan kepada pihak penggaji. Wink

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty RE:PEPERIKSAAN VS PENTAKSIRAN

Post  NCH CHEAN Wed Mar 26, 2008 7:41 pm

Terdapat satu maklumat yang saya mahu tambah kepada peperiksaan .Tidak dinafikan bahawa peperiksaan dapat memaksa pelajar untuk belajar dan dapat menguji tahap atau kefahaman pelajar dalam pembelajaran mereka.Namun,saya berpendapat bahawa peperiksaan perlu dijalankan mengikut rancangan.Misalnya bilangan kali peperiksaan yang diadakan haruslah diaturkan sesuai dan bilangannya tidak semestinya banyak agar pelajar tidak berasa amat tertekan apabila menghadapi peperiksaan .Hal yang amat serius pernah berlaku di kalangan pelajar seperti ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada menduduki peperiksaan .Mereka berasa tertekan sebab harapan guru serta ibu bapa mereka yang terlalu tinggi terhadap mereka dalam pencapaian akademik telah menyebabkan mereka berasa tertekan dan seterusnya takut untuk menduduki peperiksaan .Lama-kelamaan ,mereka akan menghadapi masalah mental ataupun menjadi aggresif sebab mereka tidak tahu bagaimana mereka nak lepaskan tekanan dan tamparan mereka.Hal sedemikian adalah amat serius sebab akan menjejaskan kesihatan mereka.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:23 am

Bagaimanakah pendapat kalian tentang ujian semesta peperiksaan umum yang asyik didengari daripada guru dan orang ramai? Saya berdengar bahawa ujian umum akan dijalankan pada masa depan. Adakah kalian bersetujui?

Pada pendapat saya, saya tidak bersetujui dengan cara ini kerana ujian secara semeste akan menyebabkan pelajar mudah lupa apa yang mereka pelajari. Seperti ujian semesta di kolej dan universiti, kebanyakan pelajar akan lupa apa yang mereka pelajari daripada semesta yang telah lalui ( inilah yang saya tahui daripada kebanyakan kawan yang belajar di kolej) Dengan adanya peperiksaan secara semesta, pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dengan lebih mudah berbanding dengan peperiksaan secara seluruh. Ini adalah kerana pelajar akan lebih mudah untuk memahami dan menghafalkan apa yang mereka pelajar pada masa yang singkat. Seperti peperiksaan yang kita sedang menghadapi-- STPM, banyak pelajar tidak dapat menghafali pelajaran yang mereka telah belajar pada tahun lepas. Mereka beralasan bahawa silibus mereka adalah terlalu luas. Tetapi, apa gunanya sekira seseorang belajar tetapi tidak mengingatinya selama-lamanya? Ujian semesta ini telah mengubahkan tujuan utama pelajaran, iaitu mendapati ilmu kepada menghadapi peperiksaan umum..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peperiksaan Vs Pentaksiran Empty Re: Peperiksaan Vs Pentaksiran

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum