PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RM7j bangunkan industri tenusu

Go down

RM7j bangunkan industri tenusu Empty RM7j bangunkan industri tenusu

Post  leeyoong_U6B Fri Feb 19, 2010 8:50 pm

ALOR GAJAH 18 Feb. – Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk membangunkan industri tenusu di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, peruntukan itu berasaskan pengeluaran susu segar yang meningkat 100 peratus pada tahun lalu berbanding 2008.

Menurut beliau, pada 2008, negara cuma mengeluarkan satu juta liter susu segar sebulan tetapi meningkat kepada dua juta liter pada tahun lalu.

“Industri tenusu kini berkembang begitu pesat dan memerlukan peruntukan untuk dibangunkan lagi berbanding teknologi sedia ada.

“Peruntukan di bawah Jabatan Veterinar ini akan digunakan untuk menambah baik makmal penyelidikan agar dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan,”
katanya.

Mohd. Johari berkata, demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira satu jam meninjau Ladang Tenusu Paabas, Jalan Ulu Rantau, Air Pa‘abas di sini hari ini.

Beliau sebelum itu turut melawat Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) di Pengkalan di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Ibrahim Che Embong.

Mengulas lanjut, Mohd. Johari berkata, pihaknya turut menggunakan peruntukan RM7 juta itu untuk membeli empat buah lori tangki baru bagi mengangkut susu segar dari tempat pengumpulan susu ke PPIT.

Ia perlu untuk menjamin kesegaran susu kerana 10 lori tangki yang digunakan di seluruh negara ketika ini sudah lama.

“Kita juga perlu membeli 11 buah tangki simpanan susu untuk diletakkan di 11 PPIT seluruh negara dan bakinya akan digunakan untuk membangunkan makmal kajian di PPIT,” katanya.

Ladang Tenusu Paabas diasaskan di bawah modul Program Pembasmian Kemiskinan Melaka dengan pembiayaan asas oleh Unit Perancangan Ekonomi negeri (UPEN) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Mula beroperasi pada Februari 2008, ia bertujuan membantu kerajaan negeri menangani cabaran kemiskinan dan kini mempunyai seramai 64 peserta.

Ketika ini, ladang itu mempunyai 259 ekor lembu dengan 58 daripadanya mengeluarkan susu sebanyak 650 liter sehari.

(DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum