Media diguna tingkat inovasi masyarakat

View previous topic View next topic Go down

Media diguna tingkat inovasi masyarakat

Post  S.Teng(U6A/2010) on Fri Feb 19, 2010 10:17 am

PUTRAJAYA 18 Feb. - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan menggunakan saluran media bagi meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang kreatif dan inovasi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, usaha itu perlu memandangkan ia satu bidang strategik yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

''Saya menganggap masyarakat khususnya di luar bandar masih belum dapat memahami betapa penting bidang tersebut yang bukan hanya kepada negara tetapi juga diri sendiri.

''Jadi, peranan media penting untuk membantu secara terus dari segi penulisan kreatif mengenai program dan pencapaian demi menarik minat masyarakat menceburkan diri dalam bidang itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Inovasi Mosti anjuran Standards Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.

Sehubungan itu, Maximus memberitahu, beliau akan berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.

''Ia penting bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang terancang khususnya melibatkan pihak media dalam soal menggalakkan semangat berinovasi," katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, kesedaran mengenai budaya inovasi dan kreativiti merupakan asas penting kepada percambahan lebih ramai bilangan penyelidik, saintis dan jurutera.

''Setakat ini masih terdapat jurang yang agak besar dalam kemahiran kritikal dan kepakaran yang diperlukan bagi menampung permintaan modal insan yang berkualiti.

''Oleh itu, program pembangunan modal insan hendaklah terus diperkukuh dan diperhebatkan bagi menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera tempatan," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum