Najib tinjau Petaling Street

View previous topic View next topic Go down

Najib tinjau Petaling Street

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 5:23 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat tinjauan mesra di Petaling Street di sini bagi melihat perkembangan terkini kawasan itu yang juga antara tumpuan pelancong asing.

Ketibaan beliau pada jam 4.50 petang disambut meriah dengan persembahan tarian Singa dan kehadiran lebih 500 pengunjung yang teruja untuk menemui dan bersalaman dengan Perdana Menteri.

Dalam tinjauan kira-kira 45 minit itu, Najib beramah mesra dengan peniaga dan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri serta Presiden Persatuan Penjaja Jalan Petaling, Datuk Ang Say Tee.

Kehadiran beberapa menteri menyebabkan keadaan menjadi sesak sehingga memaksa anggota keselamatan mengawal wakil media daripada memasuki sebuah hotel untuk membuat liputan pertemuan Najib bersama Ang.

Antara menteri yang mengiringi Najib ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.

Lawatan ke Petaling Street itu adalah lawatan kedua Najib sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April tahun lalu.

Lawatan pertama beliau ke kawasan itu adalah sehari selepas pelantikannya.

Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 26
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum