Musim perayaan: JPJ tingkat operasi di lokasi panas

View previous topic View next topic Go down

Musim perayaan: JPJ tingkat operasi di lokasi panas

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Wed Feb 10, 2010 6:23 pm

TAPAH 10 Feb. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan secara penyamaran di beberapa lokasi “panas”, iaitu kawasan yang tinggi kadar kemalangan, terutama pada musim perayaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan hari ini.

"Penguatkuasaan secara penyamaran ini akan memberi tumpuan di lokasi berlakunya pelanggaran undang-undang... seperti kesalahan tidak memakai topi keledar, memandu secara berbahaya, memandu di lorong kecemasan dan lain-lain,” kata Solah.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa JPJ yang berpakaian preman akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti itu dan mengambil tindakan tegas dengan mengenakan kompaun maksimum ke atas pesalah.

Bercakap kepada pemberita sempena pelancaran Operasi Penguatkuasaan Tahun Baru Cina 2010 (Ops Sikap 21) di Kawasan Rawat dan Rehat Tapah Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, beliau berkata, operasi berkenaan akan dijalankan serentak dengan rondaan biasa.

Mengenai Ops Highway yang bermula 25 Januari lalu hingga 24 April depan terhadap bas ekspres dan bas persiaran di sepanjang lebuh raya itu, Solah berkata, operasi itu turut membabitkan penyamaran.

Katanya, kenderaan JPJ yang tidak berlogo akan meronda sepanjang lebuh raya dan mengekori bas-bas yang dikesan melanggar peraturan seperti memandu laju sebelum ia diarah berhenti di kawasan rehat atau plaza tol untuk diambil tindakan.


Adakah dengan menggunakan langkah tersebut dapat mengurangkan kemalangan berlaku atau akan membawa keburukan?

Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 26
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum