Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

View previous topic View next topic Go down

Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

Post  yeeleng(L6A) on Wed Feb 10, 2010 2:45 pm

SANDAKAN: Penduduk Sabah terutama yang tinggal bersempadan hutan simpan kekal diminta tidak melakukan pembakaran terbuka kerana terdapat jangkaan berlakunya fenomena El Nino yang akan mengakibatkan cuaca panas dan kemarau berpanjangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Fidelis Edwin Bajau, berkata fenomena itu boleh menyebabkan kebakaran hutan besar seperti yang pernah berlaku pada 1983 apabila lebih 130 hektar hutan simpan kekal di negeri itu musnah akibat kebakaran.

"Ada laporan yang baru diterima mengenai kebakaran hutan simpan kekal di Sipitang disebabkan pembakaran ladang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Bajau berkata, langkah pencegahan perlu dipertingkatkan menerusi kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan tidak berlaku kemusnahan khazanah sumber hutan negeri.

Beliau berkata, bagi pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA), mereka perlu menyediakan pelan tindakan mencegah kebakaran dalam kawasan hutan masing-masing.

"Pelan tindakan itu membabitkan rondaan secara intensif ke kawasan berisiko tinggi, memastikan semua kelengkapan pemadam api beroperasi dan mengawal kawasan hutan simpan daripada dimasuki pemburu haram," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

Post  S.Teng(U6A/2010) on Wed Feb 10, 2010 4:29 pm

Saudari yee leng, apakah maksud fenomena El Nino? Bagaimana ia mengakibatkan cuaca panas dan kemarau berpanjangan?? Bolehkah anda jelas tentang ini? Terima kasih~ Rolling Eyes

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

Post  xiaowen_U6B on Wed Feb 10, 2010 4:35 pm

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.
Keterangan lanjut berkenaan El Nino:
http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/cuaca/elnino.html

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 3:06 pm

Oh~terima kasih saudari Xiao Wen. Very Happy

Apakah perubahan iklim semasa El Nino?
Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia Utara semasa El Nino berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di Afrika Tenggara, India dan Brazil Utara. Cuaca lebih lembap berlaku sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara



Bagaimana kita memantau El Nino dan reaksi atmosfera?
Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Nino dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.

Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai negatif yang nyata bagi SOI, berpanjangan selama sekurang-kurangannya 6 bulan, kita mengalami keadaan EL Nino. Lebih besar nilai negatif lebih tinggi keamatan El Nino. Sebaliknya, nilai positif tinggi menunjukkan keadaan La Nina.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Elak pembakaran terbuka menjelang El Nino

Post  Sponsored content Today at 11:22 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum