Hospital pengajaran UiTM

View previous topic View next topic Go down

Hospital pengajaran UiTM

Post  lisee(U6A) on Wed Feb 10, 2010 12:57 pm

Bakal dibina di kawasan seluas 400 hektar

FAKULTI Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mempunyai hospital mengajarnya sendiri apabila kemudahan berkenaan disediakan tidak lama lagi di tanah seluas 400 hektar di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Zaini Abdullah, berkata kemudahan itu akan dioptimumkan bagi melancarkan proses pengajaran, pembelajaran, perkhidmatan kesihatan dan penyelidikan.


Beliau berkata, UiTM sudah mengemukakan cadangan mengenainya beberapa tahun lalu dan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, pembinaan itu perlu disegerakan bagi memperkemaskan operasi universiti yang sekali gus mampu melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang kritikal terutama perubatan dan perkhidmatan kesihatan.

“UiTM begitu mengharapkan sebuah hospital yang lengkap untuk tujuan berkenaan bagi membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal mengenai senario dunia perubatan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan projek UiTM Fakulti Perubatan Kampus Selayang oleh Global Flame Sdn Bhd (GFSB) kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof Datuk Dr Khalid Yusoff dan Pengarah Eksekutif GFSB, Datuk Abdul Karim Abu Bakar.

Majlis penyerahan projek bernilai RM152 juta itu disempurnakan Abdul Karim kepada Pengarah Kanan Cawangan Projek Kompleks JKR (Prokom), Salehuddin Mohd Isa.

Salehuddin mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kerjaya (Sektor Bisnes), Datuk Mohamad Husin.

Antara universiti yang mempunyai hospital pengajaran ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaini berkata, tenaga pengajar UiTM sudah bersedia untuk berkhidmat di hospital yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi membolehkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan dengan lebih selesa.

“Kita dapati 50 peratus jawatan pakar bidang perubatan masih belum dipenuhi disebabkan kekurangan mereka yang layak.

“Pembinaan lebih banyak hospital pengajaran membantu kerajaan meningkatkan jumlah golongan pakar bidang perubatan dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara,” katanya.

Bangunan UiTM kampus Selayang dibina dalam dua fasa iaitu meliputi kolej kediaman dan gelanggang permainan yang siap pada 2008. Bangunan akademik, pentadbiran, perpustakaan, muzium, bangunan klinikal, pula siap sepenuhnya Disember lalu.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum